Berita Harian: Hip |
Posted: 13 Sep 2012 03:11 PM PDT Sekian lama menyepi selepas mendirikan rumah tangga setahun lalu dan memberi tumpuan kepada perniagaan Pusat Rawatan Islam AlHidayah, pelakon Ashraf Muslim, 31, kini kembali beraksi dalam dunia seni. Menganggap sekarang adalah masa terbaik untuk aktif semula, Ashraf bagaimanapun tidak mahu terlalu menonjol dan hanya memilih watak yang sesuai dengan imej dan dirinya. Alhamdulillah perniagaan makin maju dan ramai yang datang ke klinik. Saya memang minat berlakon sejak dulu lagi tetapi selepas berumah tangga, saya terima tawaran yang sesuai dengan diri. Bukan memilih, sebaliknya biarlah kena dengan imej dan status saya sekarang.Nak kata memilih drama yang bersifat Islamik sangat tidaklah juga, apa yang penting kena dengan diri saya, katanya. Kali terakhir bakat lakonannya dilihat ialah ketika dia membintangi filem Aku Masih Dara dan drama Ustaz Amirul. Selepas dua tahun, Ashraf mula mengatur langkah kembali ke dunia lakonan dengan membintangi telefilem berjudul Aku Bukan Haji untuk TV AlHijrah. Enggan persiakan bakat Kembalinya Ashraf ke dunia seni bukan kerana perniagaannya kurang mendapat sambutan, sebaliknya tidak mahu bakat yang ada disia-siakan. Apabila melihatkan perniagaan semakin mendapat sambutan, barulah saya ingin kembali berlakon. Ketika ini, saya mahu menumpukan kepada drama dulu. Jika ada tawaran filem, insya-Allah saya akan pertimbangkan, katanya. Terus bercerita, Ashraf memberitahu dia menubuhkan Al-Hidayah Productions, Julai lalu dengan matlamat menghasilkan produk berunsur dakwah untuk memberikan kesedaran kepada khalayak. Nafi jadi guru Anuar Selepas Adam AF menjadi anak didiknya dalam mendalami ilmu perubatan alternatif, penyanyi bersuara lantang, Anuar Zain pula dikatakan mempelajari ilmu itu dengannya, namun cepat disangkal Ashraf. Setakat ini, saya belum dimaklumkan apa-apa mengenai perkara itu atau bertemu Anuar. Kali terakhir berjumpa dengannya ialah pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) lalu. Jika betul dia belajar ilmu perubatan itu, mungkin bukan dengan saya, katanya yang masih menantikan kehadiran cahaya mata bagi menyeri mahligai cinta yang dibina bersama Noor Dayana Lokman, 24. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |