Adsense

Selasa, 18 September 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Sibuk Bekerja Mungkin Faktor Gugur – Azza

Posted: 18 Sep 2012 12:18 AM PDT


Dua minggu yang lalu, artis wanita, Azza Elite tidak mampu untuk melawan takdir Tuhan apabila dia mengalami keguguran.
Selepas disahkan doktor yang dia mengalami keguguran, Azza seakan-akan menjauhkan diri dari semua pihak kerana inginkan masa untuk bersendirian.
Malah, Azza juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkhabaran sedih itu.
Bagaimanapun, sewaktu menghadiri rumah terbuka Rozita Che Wan yang diadakan di Spices Restaurant, Concorde Kuala Lumpur baru-baru ini, Azza sudah berani untuk berbicara mengenai keguguran yang dia alami.
Bagi Azza, bukan niat dia untuk tidak mahu memberitahu kepada umum.
Cuma, dia memerlukan kekuatan berhadapan dengan semua pihak untuk menceritakan tentang kegugurannya.
"Saya tidak ingin mengwar-warkan hal ini kerana ini benda yang menyedihkan jadi tidaklah perlu diperbesarkan.
"Namun saya harus menghormati permintaan media yang menanyakan kepada saya mengenai keguguran saya ini," katanya yang dipetik dari portal Gua.com.
Begitu pun, Azza mengakui pergerakannya yang mungkin lasak dan sibuk bekerja mungkin menjadi salah satu faktor dia mengalami keguguran.
"Ini merupakan kandungan saya yang pertama, jadi mungkin saya tidak begitu tahu bagaimana untuk mengawal tindak tanduk saya. Kesibukan bekerja mungkin salah satu faktor yang menyebabkan kandungan yang seawal 6 minggu 2 hari itu gugur," katanya.
Azza berharap agar peminat-peminatnya mendoakan kesihatan dirinya kembali pulih dan berdoa agar Tuhan memberikan dia rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. InsyaAllah.
- ---

Zaquan, Ayu Ingin Berdamai Dengan Rita

Posted: 18 Sep 2012 12:16 AM PDT


Kisah yang melanda tiga orang insan bernama Zaquan Adha, Ayu Raudhah dan Rita Rudaini seolah-olah tiada penghujungnya.
Ada saja perkara berbangikit yang berlaku diantara mereka bertiga ini terutamanya hal yang membabitkan rumah tangga dan keluarga.
Sepatutnya hal begini tidak boleh diketahui umum kerana ia bakal mengaibkan nama baik sendiri, tetapi sebaliknya pula berlaku diantara mereka.
Namun, semalam menerusi Pancaindera, Zaquan dan Ayu melahirkan rasa ingin berbaik dengan kakak iparnya itu.
Selaku peminat, ia adalah berita yang paling menggembirakan. Iya lah buat apa nak bermasam muka lama-lama. Menambah dosa adalah.
Perkara pertama yang akan Ayu cuba elakkan adalah daripada memberi kenyataan kepada pihak media. Dia mempunyai alasan yang tersendiri mengapa dia berbuat demikian.
Ayu berkata, selepas ini dia tidak akan membuat mana-mana kenyataan kepada pihak media kerana kadang-kala apa yang cuba disampaikannya tidak sama dengan cara penulisan seseorang wartawan itu.
"Saya tak nak bagi kenyataan lagi lepas ini sebab kadangkala apa yang saya cakap itu tak sama apa yang ditulis di akhbar. Jadi maksud sebenar yang nak saya sampaikan itu tak tercapai.
"Contohnya, dalam satu ayat itu ditulis ada perkataan yang berpotensi nak provokasi pihak sana. Hah, itu yang cetuskan masalah sebab boleh tambah keruh keadaan.
"Jadi, bila dah diterbitkan, pihak sana pula terasa. Kemudian dia buat kenyataan balas. Tak kiralah sama ada di Twitter atau medium mana pun. Kalau macam itu, bila boleh selesai masalah.," kata Ayu yang dipetik melalu Pancaindera,.
Sementara itu, menurut Zaquan pula, prinsipnya cukup mudah. Dia tidak suka orang pijak nama baik keluarganya.
"Jadi dalam masalah macam ini, berdamai adalah jawapannya. Jujurnya, saya dah letih bila orang cemuh bila isu ini dibangkitkan.
"Ikhlas dari lubuk hati, saya teringin nak berkenalan lebih rapat dengan kakak ipar saya itu. Saya juga nak tengok kami sekeluarga duduk satu meja, berborak, bergurau. Itulah impian saya," katanya.
Baguslah jika begitu. Kalau salah seorang tak mengalah dan asyik nak menang saja sampai bila pun perkara itu tidak selesai.
- ---