Berita Harian: Hip |
Posted: 17 Sep 2012 03:40 PM PDT Pelakon jelita, Rozita Che Wan ada pendekatan baru dalam memantapkan lagi portfolio lakonannya selepas lebih lima tahun bergelumang dalam dunia seni. Akur dirinya tidak tersenarai sebagai calon Anugerah Skrin (ASK) 2012, bulan depan, Rozita menyedari ia mungkin disebabkan banyak menjayakan watak komedi, sehingga tidak satupun drama dibintanginya tersenarai. Berikutan itu, mulai sekarang, Rozita atau mesra disapa Che Ta hanya akan memilih watak yang kuat dari aspek jalan cerita dan karakter."Mulai bulan ini, saya bercadang memilih drama sebab tawaran yang saya terima memang banyak. Namun, saya tak nak terima semua, jadi saya akan memilih yang terbaik. "Memang susah nak tolak, tapi saya terpaksa. Saya tak nak macam sebelum ini di mana saya terima saja tanpa pilih," katanya yang ketika ini serius mengusahakan perniagaan menjual tudung. Sertai dunia facebook Akur perubahan dalam dunia komunikasi, Rozita akhirnya mempunyai laman sosial Facebook yang diterajui sendiri. "Ini kali pertama saya mempunyai laman sosial untuk peminat. Mungkin selepas ini saya akan menubuhkan kelab peminat pula. Baru saja beberapa hari, saya sudah menghimpun lebih 400 pengikut. "Sebelum ini, saya dapat tahu ada 10 laman yang diusahakan peminat. Saya harap dengan akaun rasmi saya iaitu Rozita Che Wan (RCW), saya dan peminat akan lebih dekat lagi. Laman sosial itu saya gunakan untuk mempromosi drama lakonan selain memaklumkan peminat aktiviti harian," katanya yang berjanji mencari masa untuk mengemaskini laman sosial berkenaan. Rozita berkata, dia menyertai LOL supaya aktiviti seninya lebih teratur. "Selain mengurus jadual, syarikat itu juga menjadi orang tengah atau ejen yang mengawal urusan bersama media. Sebelum ini, kita dengar banyak gosip mengenai diri saya tersebar, sekarang melalui LOL, mereka akan memantau informasi yang disebarkan," tambahnya. Nafi sudah kahwin Berbicara mengenai gosip, Rozita pantas menafikan dirinya sudah berkahwin lagi. Tidak mahu gosip mengenai perkahwinan 'palsunya' terus menjadi bahan bualan, Rozita mengakui bosan dengan kontroversi sama melingkari hidupnya. Bakal berangkat ke Jepun selama seminggu, bulan depan bagi menjayakan projek drama bersiri, Rozita akan muncul dengan telefilem bertajuk Bila Daddy Buat PHD dan PA Diva di Astro Warna, bulan ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |