Adsense

Sabtu, 15 September 2012

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Jawatan Kosong – yang perlu di isi

Posted: 14 Sep 2012 04:50 PM PDT

Kerja yang paling mulia di sisi Allah s.w.t

Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan

Posted: 14 Sep 2012 04:29 PM PDT

http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/bnara/zzmantap.jpg

Kata Zed Zaidi kepada Mstar Online:-

Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni. Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan.

Tambah panas apabila Zed Zaidi mengulas sikap sesetengah artis yang sudah berhijrah tetapi menceburkan diri dalam bidang politik:-

Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis. Ia bukan langkah yang bijak sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu sebelum pilihan raya umum sahaja. Selepas pilihan raya, saya pasti artis-artis ini akan senyap kerana sudah tiada jemputan untuk mereka sertai ceramah.Kalau nak berubah tu, berubahlah! Tak ada siapa yang larang tetapi mereka berubah dengan mengutuk dan menghina orang lain. Sebab itulah secara tidak langsung mereka diketepikan.

Memang lantang kata-kata Zed Zaidi ini. Pasti ada seorang dua artis yang terasa. Mungkin ada kebenarannya kata-kata Zed Zaidi ini. Dekat-dekat nak pilihanraya ini memang semua orang ada agendanya yang tersendiri. Kita mana tahu kan? Apa kata anda?

Info kredit Mstar Online.