Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Ruslan Shah Nafi & Tak Mengaku Minum Arak Posted: 08 Aug 2012 03:02 PM PDT Penghibur kelahiran Singapura, Roslan Shah kembali menghangatkan industri dengan kontroversi terbaru yang mengatakan dia telah meneguk bir atau arak di khalayak ramai seperti yang dilaporkan sebuah blog. Menjawab mengenai isu tersebut kepada murai.com.my, Roslan Shah berkata dia sendiri terkejut apabila mendapat tahu mengenai khabar itu menerusi seorang peminat yang memberitahunya melalui Facebook kira-kira 2 minggu lalu. Malah, Roslan Shah juga menegaskan tuduhan itu langsung tidak berasas dan menganggap ianya sebagai fitnah semata-mata.
Dalam blog tersebut, menuduh Roslan Shah dilihat keluar dari kedai serbaneka, 7-Eleven dan menuju ke kedai mamak yang terletak di Setapak dengan membawa sebuah beg plastik dipercayai berisi beberapa botol bir. Tidak lama kemudian beberapa remaja lelaki dalam belasan tahun dan awal 20-an yang didakwa sebagai mat rempit menyertainya. Menurut Roslan, dia sudah memaafkan penulis blog itu, cuma berharap pemilik blog tersebut segera memadamkan entri tersebut daripada terus dipaparkan atau disiarkannya di dalam laman blog berkenaan. Jika tidak, Roslan memberitahu, dia tidak teragak-agak untuk menyaman blog berkenaan di atas tindakan yang tidak bertanggungjawab itu.
Sementara itu, Roslan juga menyangkal dakwaan kononnya tindakan beliau itu hanyalah untuk meraih publisiti murahan. Menurut Roslan, maruah serta harga diri beliau sebagai seorang selebriti menjadi taruhan. Tags: Gossip Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Komposer Ajai Nafi Dapat Pangkat Datuk Posted: 08 Aug 2012 02:52 PM PDT Gosip Dapat Gelaran Datuk Mengarut – Ajai Komposer Ajai menyifatkan gosip kononnya dia akan mendapat darjah kebesaran bergelar Datuk dalam waktu terdekat merupakan khabar angin yang mengarut. Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 36, berkata, gosip tersebut benar-benar membuatkan dia dan isterinya, Norliza Ilyas, terkejut, apatah lagi dia tidak pernah menerima apa-apa surat bagi memaklumkan hal berkenaan.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Ajai kononnya akan menerima penganugerahan yang membawa kepada gelaran seperti rakan seperjuangannya iaitu Datuk M.Nasir dan Datuk Ramli MS. Bagaimanapun tambah Ajai, dia tidak ada masalah berhubung dengan gosip tersebut kerana menganggap ia merupakan salah satu rencah normal yang harus ditempuhi bagi seorang artis.
Dalam pada itu, ditanya adakah Ajai pernah mengimpikan untuk mendapatkan gelaran tersebut, katanya, dia belum bersedia untuk menerima penganugerahan besar itu.
Mengenai perkembangan terbaru, Ajai bakal muncul dengan sebuah album khas berjudul Satu dengan menampilkan penyanyi Ella, Azlan The Typewritter dan Kris Dayanti. via Mstar Online Tags: Ajai, GossipClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |