Adsense

Rabu, 8 Ogos 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Berbuka bersama bekas suami

Posted: 07 Aug 2012 03:35 PM PDT

Walaupun hubungan sebagai suami isteri antara penyanyi terkenal Indonesia, Rossa, dengan Yoyo sudah terlerai sejak Julai 2009, ia tidak bermakna kedua-duanya saling bermusuhan.

Malah, pemain dram kumpulan Padi bernama Surendro Prasetyo itu tetap dialu-alukan hadir ke kediaman penyanyi Tegar terbabit, kerana dia masih bergelar bapa kepada cahaya mata mereka, Rizky Langit Ramadhan, 6.

Yoyo yang kini tinggal di Puncak, Bogor, itu juga sering singgah menjenguk mereka anak-beranak apabila dia berkunjung ke Jakarta. Bahkan, lelaki terbabit turut berbuka bersama mereka pada Ramadan ini.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Tunggu Penanggal

Posted: 07 Aug 2012 03:31 PM PDT

FILEM Penanggal arahan Elly Suraity menjadi taruhan Tayangan Unggul Sdn Bhd bagi mengembalikan kehebatan filem seram yang menjadi tarikan penonton ke panggung sekalipun mengakui kutipan tiket tidak memberangsangkan kebelakangan ini.

Meramalkan filem seram akan menjadi pilihan penonton tahun depan, Ketua Eksekutif Produser Tayangan Unggul, Gayatri Su-lin Pillai mahu menjadikan Penanggal suatu filem yang mencetus fenomena kepada penonton.

Pelaburan RM2.1 juta dengan tumpuan terbaik diberi kepada filem lakonan Ummi Nazeera, Fasha Sandha, Azri Iskandar, Zul Ariffin, Datuk Sharifah Aini, Kuswadinata dan Fauziah Nawi ini dijangka memberi pulangan berbaloi serta impak kepada penonton.
Kita tidak meletak harapan tetapi cukup sekadar box office. Dulu lagi memang kita fokus kepada filem seram tetapi sejak kebelakangan ini, filem aksi lebih mencuri tumpuan, jadi kita nak kembalikan genre seram.

Ketika ini, filem Penanggal masih dalam proses pasca produksi dan menunggu tarikh tayangan tahun depan. Ini adalah projek usaha sama dengan Grand Brilliance Sdn Bhd, katanya.

Filem pelbagai genre jadi taruhan

Lebih 10 filem terbitan Tayangan Unggul dan Astro Shaw akan ditayangkan mulai bulan depan termasuk tiga filem Mandarin berjudul The Collector, Ghost Buddies dan PaperMoon.
Filem sekual arahan Sharad Sharan berjudul Lagenda Budak Setan 2 yang akan ditayangkan November depan juga dijangka mencuri tumpuan peminat filem bergenre romantik drama. Ini disasarkan selepas kejayaan filem Lagenda Budak Setan yang ditayangkan pada Jun 2010 mengutip lebih RM4 juta.

Banyak filem baru yang kita tampilkan ada elemen dan berlainan genre. Ini kerana kita tidak mahu fokus kepada satu-satu genre saja. Tiga filem Cina adalah percubaan kita untuk menarik penonton bukan Melayu dan mahu menjadikan filem-filem kita diterima semua kaum.

Ketika ini, kita fokuskan kepada filem ini dulu mungkin tahun depan kita akan cuba terbitkan filem Tamil. Semua filem kita ini sudah dirancang sejak dua tahun lalu, katanya.

Pertama kali bekerjasama dengan pengarah Profesor Madya A Razak Mohaideen menerusi filem Mana Mau Lari, Gayatri yang ditemui pada majlis Iftar Astro Shaw baru-baru ini berkata, pemilihan Razak sudah lama dirancang untuk filem aksi itu.

Mengakui ramai yang mengenali hasil kerja Razak membuatkannya tertarik untuk menjalinkan kerjasama berlandaskan idea dan kreativiti Razak.

Walaupun orang tidak berapa gemar hasil pengarahannya tetapi bagi saya, dia ada rekod yang bagus dalam berkarya. Kita perlu memberi peluang kepada pengarah lain juga, katanya.