OHBULAN! |
Gaya Rambut Miyavi, Trend Visual-Kei Yang Popular Posted: 16 Aug 2012 05:00 PM PDT Miyavi atau nama sebenarnya Takamasa Ishihara, 30, merupakan seorang penyanyi dan juga pemain gitar yangg bergerak secara solo. Dia mula menjejak ke dunia hiburan seawal umur 17 tahun apabila dia diterima masuk ke dalam kumpulan indie, Dué le Quartz's. 25 Julai yang lepas, Miyavi telah turun ke Malaysia untuk konsert mininya yang diadakan di The Stage, Avenue K, Kuala Lumpur. Dengan wajah yang kacak dan gaya yang menarik, Miyavi sememangnya mempunyai daya penarik yang unik. Namun bukan itu yang OHBULAN! mahu beritahu, tetapi gaya rambut Miyavi yang sentiasa bertukar dan kelihatan bergaya setiap masa. Jika anda seorang peminat trend Visual-Kei, Miyavi adalah salah seorang selebriti yang sentiasa tampil dengan fesyen terkini dan unik. Dibawah, OHBULAN! letakkan beberapa keping foto stail-stail rambut Miyavi yang sentiasa kelihatan segar. Menarik kan? Anda boleh lihat banyak kali gaya rambut Miyavi dengan mencari namanya di laman Google. |
Video : Iklan Minyak Wangi Lady Gaga, “Fame” Posted: 16 Aug 2012 04:55 PM PDT Mungkin minyak wangi ini boleh dikatakan minyak wangi yang paling 'jahat' antara minyak wangi lain. Minyak wangi yang berjenama penyanyi paling sensasi dan kontroversi di dunia, Lady Gaga ini bakal menguasai seluruh pasaran. Sebelum ini, sebuah iklan telah dilancarkan dan menampilkan Gaga yang separuh bogel sambil badannya dipanjat oleh lelaki-lelaki kerdil. Iklan itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan bantahan segelintir peminat. Kali ini, sebuah iklan komersial untuk kaca televisyen pula telah dilancarkan di Youtube dan ia menarik perhatian ramai penonton. Antara komen-komen para penonton termasuklah, "Cuma Gaga seorang yang boleh menghasilkan iklan wangian sebegini. Dia memang genius." – POPROYALTY91 "Ini adalah seni, efek dan visual yang sangat luarbiasa. Komersial ini mungkin salah satu idea yang paling terbaik buat masa kini." – DiiJaeProductions Untuk pengetahuan, minyak wangi Fame adalah minyak wangi pertama yang dicipta dalam warna hitam. Menurut sumber, minyak wangi ini dihuraikan sebagai "black like the soul of fame, but invisible once airborn." "Fame" dijangkakan ke pasaran pada September 2012 ini. Jom saksikan iklan "Fame" selepas ini! |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |