Adsense

Rabu, 1 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Thursday Trailer: “Premium Rush” Mengisahkan Ketangkasan Basikal Fixie

Posted: 01 Aug 2012 02:39 PM PDT

Premium Rush merupakan sebuah filem arahan David Koepp. Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Wilee, lakonan Joseph Gordon-Levitt yang bekerja sebagai penghantar surat. Bagi mengelakkan sebarang kesesakan lalu lintas, Wilee telah menggunakan basikal fixie sebagai medium pengangkutan untuk dia menjalankan kerja penghantaran surat setiap hari.

Pada suatu hari, seorang wanita muda dari sebuah kolej di kota Manhattan telah memberikan Wilee satu sampul surat dan dia hanya mempunyai masa 90 minit untuk sampaikan surat tersebut kepada alamat yang terletak di Chinatown. Akan tetapi, telah berlaku satu konflik antara Wilee dan seorang yang menyamar sebagai pegawai polis. Di mana pegawai polis tersebut meminta Wilee untuk menyerahkan sampul surat kepadanya atas alasan urusan peribadi.

Penyamaran polis tersebut akhirnya terbongkar melalui satu siri imbasan anggota polis, dan berlakunya insiden kejar mengejar antara mereka disepanjang jalan Manhattan. Dalam masa yang sama, Wilee turut mengejar masa untuk menyampaikan surat yang diamanahkan olehnya kepada si penerima dengan selamat.

Filem terbitan Columbia Pictures ini akan mula ditayangkan pada 23 Ogos 2012 di seluruh pawagam. Filem aksi ini turut dibintangi oleh beberapa pelakon lain seperti Jamie Chung, Dania Ramirez, dan Michael Shannon.

Biar Isu Rumah Tangga Selesai Di Mahkamah – Rita Rudaini

Posted: 01 Aug 2012 02:14 PM PDT

Kemelut yang melanda rumah tangga selebriti, Rita Rudaini nampaknya semakin menemui jalan buntu apabila Rita dalam kenyataan terbarunya kepada mStar Online menegaskan bahawa dia tidak berhasrat untuk menyelesaikan masalah rumah tangga bersama suaminya walaupun selepas dinasihati oleh mahkamah.

Rita menganggap bahawa perbincangan secara peribadi tidak lagi diperlukan memandangkan kes mereka sudah pun dibawa ke mahkamah.

"Perbincangan secara peribadi rasanya tidak perlu kerana kes kami telah pun dibawa ke mahkamah." – Rita Rudaini dipetik dari mStar Online.

Dalam pada itu, Rita memberitahu yang dia dan anak-anak bakal pulang berhari raya di kampung halamannya, Perlis dan Rita juga sudah pun membuat persiapan awal untuk anak-anaknya beraya.