Berita Harian: Hip |
Posted: 31 Jul 2012 03:07 PM PDT Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2011 tunai niat jamu peminat AIR muka Fizz Fairuz tiba-tiba berubah apabila media bertanya mengenai buah hatinya Almy Nadia yang tidak kelihatan ketika pelakon popular itu menganjurkan majlis berbuka puasa bersama peminatnya, baru-baru ini. Bukan saja media, malah rakan artis dan peminat yang dijamu hari itu tercari-cari tercari-cari kelibat pelakon jelita yang sudah diketahui umum menjalin hubungan istimewa dengan Fizz.Namun, sekalipun diasak soalan, Fizz hanya menggelengkan kepala beberapa kali bermaksud tidak mahu mengeluarkan walaupun sepatahpun jawapan. Penerima trofi Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 menganjurkan majlis berbuka puasa bersama peminat sebagai melepaskan hajat sejak memenangi anugerah itu. "Sejak memenangi trofi itu, saya memang berhajat membuat majlis kesyukuran, namun dengan kemenangan itu jugalah saya terus diintai penerbit dan pengarah dengan menawarkan peluang berlakon sehingga tidak ada ruang menganjurkan majlis ini. "Di bulan baik inilah saya merasakan masa paling sesuai untuk meneruskan hajat, lebih-lebih lagi saya juga sudah memasang niat untuk tidak mengambil apa-apa tawaran berlakon sepanjang Ramadan," katanya yang pertama kali berehat penuh sepanjang bulan mulia ini. Kata Fizz, dia tidak sesekali ralat menolak tawaran yang datang sekalipun bidang lakonan adalah periuk nasinya selama ini. "Apabila kita sudah memasang niat, kita harus tunaikan. Saya betul-betul mahu berehat pada bulan puasa ini. Saya juga bimbang sekiranya mengambil tawaran semata untuk memenuhi impian orang sedangkan kita tidak mahukannya," katanya yang terpaksa menolak dua tawaran filem dan drama episod baru-baru ini. Dalam pada itu, Fizz tidak sabar menantikan kemunculannya menerusi filem terbaru berjudul Mat Tudung terbitan KRU Studios. "Saya paling tidak sabar menantikan filem itu kerana ia berbeza dengan filem lakonan saya sebelum ini. Filem komedi itu saya terima kerana jalan ceritanya, mesej yang kuat dan cabaran buat saya membawakan dua karektor di dalamnya. "Bagaimana rupa agaknya bila saya memakai tudung? Tunggulah kemunculan lakonan saya sebagai Johari dan Johana dalam filem itu yang dijangka ditayangkan tahun depan. "Selain itu, dua filem lakonan saya yang akan menemui penonton pada September ini juga terbitan KRU Studios iaitu Hantu Kapchai dan Bisikan Syaitan terbitan Primeworks Studios," katanya. Sementara itu, majlis berbuka puasa itu turut dihadiri rakan artis seperti Diana Rafar, Fazli Zainal dan penerbit teater muzikal Tun Siti Hasmah, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Kata Fizz, dia mengundang lebih 10 rakan artis lain ke majlisnya namun akur dengan komitmen mereka yang sedang menjalankan tugas ketika itu. "Bagaimanapun, alhamdulillah lebih 100 tetamu yang hadir merangkumi peminat dan rakan-rakan lain yang diundang menerusi twitter termasuk 50 peminat yang cepat memberi jawapan untuk hadir di majlis ini," katanya. |
Syanie tangguh misi ke Melbourne Posted: 31 Jul 2012 03:00 PM PDT MEMANG pernah menyatakan hasrat berhijrah ke Melbourne, Australia dan mengusahakan perniagaan makanan Melayu. Tetapi nampaknya hasrat itu terpaksa dilupakan Syanie Hisham buat seketika. Kematian nenek bulan lalu mendorong Syanie menangguhkan keinginan itu kerana tidak sampai hati membiarkan ibunya, Ruhanie Abd Rahman yang masih bersedih. Mungkin tidak dalam waktu terdekat ini, namun Syanie mensasarkan akan tetap ke sana sebelum usianya mencecah 40, iaitu dua tahun dari sekarang. "Walaupun perancangan sudah separuh jalan, tetapi saya terpaksa batalkan rancangan itu kerana nenek baru meninggal dunia. Lagipun, bolehlah saya mencari individu yang sudi melabur untuk perniagaan ini."Mummy sendiri turut mempersoalkan apakah mudah berniaga di sana ketika saya menyatakan hasrat untuk buka perniagaan. Saya pula menganggap kepayahan yang akan dilalui sebagai cabaran. "Kalau berniaga di sini, saya mungkin tidak perlu bersusah payah. Tapi bila di sana, kita tahu kita merantau jadi hendak tidak hendak, saya kena berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan restoran beroperasi," katanya. Dua tahun lagi "Itulah timbulnya idea untuk membuka restoran makanan Melayu, kebetulan adik saya Syarina memiliki taraf penduduk tetap jadi lebih mudahlah proses kami untuk membuka perniagaan," kata Syanie. Dalam rancak bercerita mengenai perniagaan makanannya, Syanie sempat meluahkan tawaran lakonannya semakin kurang. Jangan kata sebulan sekali, dua atau tiga bulan sekali pun payah mendapat tawaran berlakon. Demi mengisi masa lapang pada Ramadan, pelakon berusia 38 tahun ini sibuk menjual kuih raya secara dalam talian. Perniagaan yang diusahakan sejak tahun lalu mendapat maklum balas menggalakkan, malah menerima banyak ulangan tempahan. Selain berniaga kuih raya, Syanie turut mengusahakan perniagaan katering untuk produksi penggambaran. Anak kepada pemilik syarikat produksi Nizarman Sdn Bhd itu berkata, sejak pelbagai syarikat produksi baru muncul, syarikat milik keluarganya itu semakin sepi. "Tak dapat dinafikan persaingan kini terlalu sengit, stesen televisyen pula lebih gemar kepada syarikat baru. Tetapi Mummy pula jenis yang tidak mudah mengaku kalah, dia selalu suruh saya cari 'job'. Selagi tidak dapat dia suruh saya cuba sedaya upaya. "Sekarang, Nizarman lebih tertumpu kepada pembikinan drama, selepas menanggung kerugian filem Pesona Non Grata, kami tidak mahu lagi buat filem. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |