Adsense

Ahad, 19 Ogos 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Abby Abadi – Politik Bukan Bidang Saya

Posted: 15 Aug 2012 09:33 PM PDT

Abby Abadi Politik Bukan Bidang Saya
Abby Abadi yang berhijrah dan kemudianya menyertai ahli Pas sering di kritik dan di fitnah akibat kelantanganya menyuarakan sesuatu pendapat.. Namun bagi Abby Abadi sendiri, dia tidak mengambil peduli semua itu kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.. Apabila ditanya soal politik, Abby menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya sebagai ahli politik.

"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat."

"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik,"

"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH,"

Abby Abadi yang masih sayangkan dunia lakonan lantas menjelaskan kenyataannya sebelum ini berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang hiburan melainkan kerajaan tumbang.

"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan," tegasnya.

"Saya tahu rezeki itu daripada ALLAH tetapi kerajaan kita memang macam itu. Tak kira artis ke, cikgu ke, imam ke, kalau menentang kerajaan memang akan diberhentikan."

"Ini yang patut dijelaskan bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," (Sinar Harian)

Gambar Siti Nurhaliza Dan Datuk K Tunaikan Umrah

Posted: 14 Aug 2012 09:30 PM PDT

Gambar Siti Nurhaliza Dan Datuk K Tunaikan Umrah
pada 9 Ogos yang lalu, Datuk Siti Nurhaliza bersama suami tercinta, Datuk K, telah terbang ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah yang menjadi kebiasaannya setiap kali tibanya Ramadan.. Menurut Siti Nurhaliza, sejak kali pertama mengerjakan umrah pada tahun 1997, hatinya sentiasa rindu untuk menjejakkan kaki di sana lagi..

"Keseronokan menunaikan umrah ketika berpuasa sememangnya sukar untuk dilupakan. Di sana, ibadah menjadi perkara nombor satu yang difikirkan. Jika Siti tidak berpuasa di tanah suci, rasa seperti kurang lengkap kerana Siti terlalu merindui suasana di sana,"

"Kita selalu solat dengan Kaabah hanya di atas sejadah, tapi di Mekah, Kaabah betul-betul berada di hadapan kita. Itu yang selalu Siti rindukan untuk kembali ke sana. Lagipun ibadat yang dilakukan di MasjidilHaram berlipat ganda pahala berbanding kita solat di masjid-masjid lain."

"Suasana menyambut Ramadan di Mekah cukup berbeza. Walaupun makanan berbuka tidak semewah kita di sini yang rambang mata di pasar ramadan atau memasak, namun ia cukup nikmat. Susah untuk digambarkan dengan kata-kata. Sebab itu Siti selalu berdoa untuk kembali ke Mekah setiap tahun pada bulan Ramadan,"

Siti Nurhaliza dan Datuk K dengarnya akan Berada di Mekah selama seminggu dan akan pulang ke tanah air sehari sebelum Aidilfitri.. Apa-apa pun jom kita layan Gambar semasa Siti Nurhaliza Dan Datuk K Tunaikan Umrah kat bawah ni…