Adsense

Selasa, 7 Ogos 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Shila lebih tenang

Posted: 06 Aug 2012 03:26 PM PDT

Hasrat berhijrah sudah lama terdetik dalam hati Shila Amzah, namun tanggal 15 Ramadan lalu memberi petunjuk kepada penyanyi ini untuk berhijab.

Sebelum ini, pemakaian hijab bagi penyanyi ini lebih sekadar menghormati bulan mulia. Namun, sejak awal Ramadan, hati Shila terbuka untuk berhijab tanpa paksaan sesiapa.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Aidilfitri penuh makna

Posted: 06 Aug 2012 03:24 PM PDT

AIDILFITRI kali ini tentunya berbeza buat pelakon Anne Ngasri. Hatinya yang sebelum ini kosong rentetan dari keruntuhan rumah tangga, kini terisi dengan kehadiran insan tersayang.

Andai sebelum ini, agenda hari raya hanya tertumpu di sekitar Johor, langkah Anne nampaknya lebih panjang apabila dia akan menyeberangi Selat Tebrau untuk berhari raya.

Anne nyata cukup terbuka apabila diajak berbicara mengenai temannya yang satu itu, siapa lagi kalau bukan jejaka bernama Aliff Aziz. Jurang perbezaan umur tujuh tahun tidak menghalang mereka untuk menjalin hubungan lebih serius.
Ujar Anne yang ditemui di set penggambaran filem terbaru terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Pengapit, dia masih lagi sedang mengenal hati budi penyanyi kelahiran Singapura itu.

Biarpun mengakui mereka sedang mengenal hati budi, namun keintiman Anne dan Aliff ketika berbuka bersama di set penggambaran Pengapit, cukup menjelaskan status mereka.

Pendendang lagu Sayang Sayang itu sanggup meluangkan masanya singgah ke set semata-mata untuk berbuka bersama Anne. Mereka bagaikan tenggelam di dunia sendiri, intim dan cukup mesra. Sejurus berbuka, mereka pulang bersama.

Kata Anne, Aliff tidak punya kawan di Malaysia. Dialah satu-satunya teman rapat jejaka berusia 21 tahun itu. Mungkin kerana itulah mereka menjadi akrab.
"Walaupun jurang usia kami tujuh tahun tetapi Aliff matang. Dia seorang yang 'gentleman' kerana berani bertemu dengan orang tua saya biarpun ketika itu kami baru berkawan. Malah, dia boleh menerima anak-anak saya.

"Ibu bapanya juga sangat terbuka, mereka boleh menerima status saya. Saya tidak mahu hubungan yang tidak mendapat restu, malah sepanjang perkenalan sudah beberapa kali saya bertemu ibu bapanya," katanya.

Tambah Anne, pada hari raya nanti, dia mungkin akan berkunjung rumah keluarga Aliff.

Luah Anne, dia punya perancangan untuk melangkah setapak lagi dalam perhubungannya bersama Aliff tetapi belum memikirkan secara serius.

Gilir-gilir jaga anak dengan bekas suami

Dua tahun setengah hidup solo, Anne kini bahagia diulit dua putera dan seorang puteri. Berbicara mengenai persiapan raya mereka sekeluarga, kata Anne dia sebenarnya seorang yang cukup ringkas. Apa yang penting, setiap anak-anak memiliki baju Melayu. Cuma apa yang menggembirakan apabila Anne dapat bergaya sedondon dengan anak perempuannya. Ini adalah tahun kedua mereka akan menggayakan pakaian sama.

Seperti biasa, mereka sekeluarga akan pulang ke kampung halaman di Johor. Manakala pada hari raya keempat, dua anak lelakinya, Abdul Warits yang berusia enam tahun dan Abdul Wafri, empat tahun, akan bersama bapa mereka pula. Manakala Zara yang berusia dua tahun akan bersama Anne kerana masih kecil.

"Memang rutin saya sejak kembali solo begitu, mula-mula anak-akan akan beraya bersama saya. Kemudian mereka akan bersama Wafi pula. Walaupun kami sudah tidak lagi bersama, hubungan kami masih baik.

"Malah Zara juga rapat dengan bapanya walaupun ketika lahir, kami sudah berpisah kerana boleh dikatakan hampir setiap hari atau dua hari sekali, Wafi akan menjenguk anak-anak," katanya.

Anne berkata, jika dia sibuk dengan penggambaran, Wafi akan menjemput anak-anak dari sekolah.

"Walaupun kami sudah berpisah, saya tidak memutuskan hubungan Wafi dan anak-anak. Malah pada anak sulung, saya sudah menjelaskan kedudukan saya dan bapanya," kata Anne.