Berita Harian: Hip |
Posted: 22 Aug 2012 05:24 PM PDT Tidak kekok tutur dialek Melayu untuk popular di Malaysia, bangga ada program raya sendiri TIDAK seperti artis senegara yang lain, Randy Pangalila melihat bakatnya diterima di Malaysia dan mula mengatur langkah melebarkan sayap dalam bidang seni di negara ini. Bermula dengan telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang arahan Michael Ang, pelakon dari Indonesia ini juga akan terbabit dalam drama bersiri 13 episod berjudul Dalam Hati Ada Taman. Sekali lagi, Randy akan berada di bawah pengarahan Michael dan berlakon bersama Elfira Loy. Tidak hanya tertumpu kepada telefilem dan drama, bakat pelakon yang terkenal dengan sinetron Nada Cinta ini akan ke layar lebar pula berganding dengan Erra Fazira sebagai teraju utama dengan penggambaran bermula bulan depan."Saya banyak belajar mengenai selok belok dunia lakonan di Malaysia daripada Michael Ang sejak terbabit dalam telefilem lagi. Dari situ saya belajar bertutur bahasa Melayu kerana nak sesuaikan dengan penonton di negara ini. "Kedua-dua projek untuk drama dan filem ini akan bermula bulan depan tetapi tajuk filem masih belum dimaklumkan lagi. Manakala drama Dalam Hati Ada Taman akan menjalani penggambaran di Paris selama lima hari," katanya. Memilih Malaysia sebagai rumah kedua untuk mencari rezeki, Randy berasakan industri lakonan di negara ini lebih ke depan daripada Indonesia dari segi peralatan dan cara pengarahannya. Malah, jadual penggambarannya juga lebih singkat dengan episod yang tidak terlalu panjang membuatkannya selesa bekerja di negara ini dengan tenaga produksi yang cekap. "Sekarang saya sedang menjalani penggambaran sinetron Raja Dan Aku. Kalau dengan produksi di negara ini kita sudah tahu jumlah episod bagi sesebuah drama, tetapi di Indonesia bilangan episod bergantung kepada permintaan penonton sebab itu sinetron Nada Cinta ada lebih 200 episod," katanya. Tak terfikir rakam single Randy bertuah kerana diberi kesempatan mengendalikan program Raya Bersama Randy Pangalila arahan Amor terbitan Cube Film yang turut menampilkan barisan artis terkenal tempatan. Meskipun sukar untuk mengendalikan program yang memerlukannya bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi Randy tidak kekok belajar menguasainya supaya perkataan yang dipertuturkan tidak disalah erti penonton. "Kalau di Jakarta tidak pernah mempunyai program raya ini malah ini kali pertama saya melakukannya. Tidak pernah terfikir akan mempunyai single mahupun album sendiri walaupun memiliki bakat dalam bidang nyanyian, bagi pelakon berusia 22 tahun ini fokusnya bukan pada seni suara. Single berjudul Everything I Need dan Selalu Milikku hasil ciptaannya sendiri itu akan dimuatkan dalam drama Dalam Hati Ada Taman dan susunan muziknya dihasilkan oleh Tam Spider. "Saya menyanyi hanya untuk drama ini dan akan mempunyai mini album sendiri. Tetapi masih belum tahu jumlah lagu kerana ia bergantung kepada Michael," katanya. Info: Nama: Randy Dionisius Pangalila Drama: Alisha (2007), Gue Banget, Cinta Fitri 1, 3 dan Ramadan (2007-2009), Cinta Kirana (2008), Chelsea (2008), Karissa (2008), I Love You (2009), Sumpah I Luv U (2009), Hafizah (2009-2010), Putih Merah (2010), Cinta Melody (2010), Cinta Piano, Nada Cinta (2011), Kian 1,2,3, Selaginya Ada Cinta (2011), Aishiteru (2011) dan Si Miskin & Si Kaya |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |