Sensasi |
- Sharifah Aleya kini bertudung litup
- Johan Asari luah cinta kepaada Nabila menerusi twitter
- Bekas pengurus pentas yang dikaaitkan dengan Adira dulu,saman Hafiz RM200,000
Sharifah Aleya kini bertudung litup Posted: 31 Jul 2012 08:12 AM PDT Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya. Alhamdulillah juga kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan. "Alhamdulillah juga kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan," katanya Selain mahu membuka satu lambaran yang baru, ramadan ini juga merupakan ramadan pertama Aleya tanpa suami serta bergelar ibu tunggal kepada kepada 2 orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang masing-masing berusia 3 tahun. Sungguh pun begitu, keadaan tersebut langsung tidak memberi kesan yang begitu mendalam terhadap pelakon Idola dan Man Laksa ini kerana dia akui kehidupannya kini lebih gembira apabila dikelilingi orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakannya. "Ramadan adalah bulan yang sangat tenang dan senyap kerana pada bulan inilah masa untuk kita melakukan muhasabah diri terhadap apa yang telah kita lakukan sepanjang bulan-bulan yang lalu. "Ramadan ini juga akan membuat saya rasa boring dan keseorangan jika tiada keluarga dan rakan-rakan di samping saya. Oleh itu sepanjang ramadan ini, saya banyak menghabiskan masa bersama mereka. "Saya akan bersama mereka setiap kali saya berbuka supaya saya tidak rasa keseorangan," luahnya yang mengaku masih menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas suami, Muhammad Ashraf Aasimuddin |
Johan Asari luah cinta kepaada Nabila menerusi twitter Posted: 31 Jul 2012 07:59 AM PDT "Apa yang diliahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain. "Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih. "Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum,"ujarnnya. Jelas pelakon berusia 26 tahun ini, dia meletakkan ungkapan cinta itu sebagai satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas berkahwin. Ketika ramai yang mempersoal tindakannya meletakkan entri itu, Johan memberitahu dia tidak menyesal dengan tindakannya itu kerana baginya itu adalah satu tanda penghargaanya kepada Nabila yang sentiasa menjadi tulang belakangnya. Cuma Sensasi rasa agak poyo jugaklah si Johan nak luah cinta pastu ckp hubungan sebagai kawan je..mana de kawan ucap cinta-cinta nie... |
Bekas pengurus pentas yang dikaaitkan dengan Adira dulu,saman Hafiz RM200,000 Posted: 31 Jul 2012 07:46 AM PDT Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000. Beliau memfail saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co. Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas. Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara. Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya. Beliau mendakwa tindakan Mohd Hafiz itu menyebabkannya mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa penyanyi itu tidak membantunya. Nur Haniza mendakwa beliau telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Mohd Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Mohd Hafiz menafikan ada mencederakannya. Nur Haniza mendakwa akibat kejadian itu, beliau kini masih merasa sakit pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan hilang mata pencarian kerana disenarai hitam daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media. Oleh itu, Nur Haniza menuntut gantirugi am, gantirugi khas, gantirugi teruk, gantirugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |