Berita Harian: Hip |
Posted: 12 Jul 2012 03:47 PM PDT Alyah minta semua pihak hormati perasaan, enggan ulas kes adik dijatuhi hukuman penjara PENYANYI lagu Kisah Hati, Alyah akur dengan keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas adiknya, Mohd Faizal Abu Hassan, 29, tetapi enggan mengulas lanjut kerana ia terlalu peribadi. Alyah menjelaskan, kes adiknya itu tidak ada kaitan dengan kerjaya seni, sebaliknya hanya masalah peribadi keluarga. Penyanyi itu sebaliknya memohon semua pihak termasuk peminat menghormati perasaannya ketika ini. Melalui pengurusnya, Shuib, penyanyi itu memberitahu HIP, tiada apa yang perlu diulas kerana hukuman sudah dijatuhkan terhadap Mohd Faizal. Alyah juga mengakui dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang proses undang-undang, sebaliknya akur dengan keputusan mahkamah. Terdahulu, HIP cuba menghubungi Alyah, tetapi panggilan tidak berjawab. Malah, kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada telefon bimbit penyanyi itu juga tidak berbalas. Tak hadir di mahkamah SEPANJANG proses perbicaraan, Alyah yang berasal dari Johor Bahru tidak hadir ke mahkamah kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seninya. Mohd Faizal didakwa menyamun Rohana Jamal, 30, dengan merampas beg tangannya di depan Masjid Taman Tampoi Indah, dekat sini, kira-kira jam 1.15 petang pada 23 Januari lalu. Tertuduh yang sudah bercerai dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |