Adsense

Rabu, 27 Jun 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Ella Bakal Tamatkan Zaman Bujang, Nikah Pilot?

Posted: 27 Jun 2012 09:50 PM PDT

Ratu Rock Negara, Ella atau nama sebenarnya Norizal Aminudin, 46 tahun dikhabarkan akan berkahwin dengan seorang jejaka yang mempunyai kerjaya sebagai juruterbang bagi sebuah syarikat penerbangan swasta pada 7 Julai ini di kediaman perempuan berlokasi di Klang, Selangor.

Memetik laporan rakan media, Murai, Ella & jejaka yang dikenali sebagai A itu telah dilihat menghadiri kursus kahwin di Pusat Bandar Damansara pada 3 & 4 Mac yang lalu.

Pelontar suara Baldu Biru ini walau bagaimanapun masih belum mengesahkan sebarang berita mengenai perkahwinan ini. Pada OHBULAN, sekiranya apa yang disampaikan oleh saksi adalah benar, apa salahnya Ella mengaku. Perkara elok tak baik disorok, kan?

Ella merupakan salah satu penyanyi wanita yang berjaya memecah rekod sebagai Bestselling dengan jumlah jualan mencecah 300 000 ribu semasa zaman kemuncaknya melalui album Ella USA. Jasa Ella dalam mengharumkan nama Malaysia di persada dunia mendapat penghargaan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian pada tahun 2003. Selain itu, Ella turut menerima Pingat Setia Mahkota Pahang pada tahun 2010. (Wiki)

Peluang Untuk Temui Justin Bieber Secara “1-On-1″

Posted: 27 Jun 2012 09:28 PM PDT

Beliebers diluar sana, anda semua sudah bersedia? Pernah bermimpi untuk menemui Justin Bieber? Atau sebelum ini anda terlepas untuk menghadiri konsert Justin Bieber?

Buat pertama kali, anda bakal mengubah sejarah hidup anda dengan mengambil peluang ini kerana Universal Music bakal memberikan anda sebuah peluang seumur hidup untuk bertemu Justin Bieber. Apa yang lebih menarik, anda bakal menemui Justin Bieber secara individu dan menghabiskan masa bersama penyanyi yang popular dengan lagu "Boyfriend" ini.

Untuk pengetahuan, Justin Bieber akan kembali ke Malaysia pada 14 Julai ini bersama dengan album terbarunya berjudul "Believe". Dengan kehadiran bintang Hollywood muda ini, Universal Malaysia telah menganjurkan peraduan "Girlfriend's Day Out" di beberapa kedai muzik terpilih. Untuk memenangi peraduan ini, para peserta hanya perlu membawa "Ultimate Girlfriend Passport" di tempat-tempat yang terpilih dibawah pada tarikh yang ditetapkan.

• Johor Bharu: 30 June, 1:00 pm, Ground Floor Atrium, KSL City
• Penang: 30 June, 2:00 pm, Artist Gallery, Queensbay Mall
• Melaka: 30 June, 6:00 pm, South Entrance, Dataran Pahlawan Melaka Megamall
• Kuala Lumpur: 1 July, 2:00 pm, Speedy Video, IPC Shopping Centre (formerly known as Ikano Power Centre)

Dengan adanya pasport khas tersebut, anda boleh menebusnya dengan sijil yang mempunyai nombor serial iaitu, "Certification Of Participation". Sekeping pasport layak untuk sekeping sijil, lebih banyak pasport maka lebih banyak sijil dan lebih cerah peluang anda untuk menemui Justin Bieber!

Bagaimana pula cara untuk mendapatkan "Ultimate Girlfriend Passport"? Anda hanya perlu mendapatkan sebuah album "Believe" oleh Justin Bieber yang terbaru dan anda layak mendapat satu "Ultimate Girlfriend Passport".

Ini adalah peluang sekali seumur hidup, OHBULAN! rasa anda pasti tidak mahu melepaskan peluang ini bukan? Jadi, sila dapatkan album terbaru Justin Bieber dan untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.universalmusic.com.my.