Gosip Artis Malaysia |
- Neelofa bakal saman Anzalna?
- Jimmy, isteri gagal capai persetujuan
- Shila Amzah Labur RM40 Ribu Kerana Album Sendiri
- Kuza Enggan Anak-Anak Jadi Artis
- Osman Kering Kritikal Di ICU
- Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa Terima Padah Jika Terus Bergaduh
- Syafie Naswip Terima Tujuh Suntikan
- Tepati Ramalan, Caroline Juara Mentor 6
- Sein Tak Mahu Dicop 'Mat Bunga'
- Aiman Hakim Enggan Dedah Kisah Bersama Seorang Wanita
Posted: 11 Jun 2012 06:31 PM PDT Rata-rata lebih mengenali Neelofa yang diberi lebih banyak ruang dan peluang di dalam industri seni. Mana tidaknya, Neelofa juga turut menggalas peranan penting sebagai pengacara rancangan popular, Nona, walaupun masih baru dalam industri. Namun, kedinginan mereka dihidu sejak Dewi Remaja lagi. Menerusi teman terdekat, mereka dikatakan tidak mempunyai hubungan baik . Mencipta satu lagi kontroversi yang boleh mengeruhkan keadaan, Anzalna tampil berani mengeluarkan kenyataan terhadap pelakon utama filem Azura ini. Dalam temu bual sebuah akhbar, Anzalna mendakwa Neelofa tidak berpuas hati dan pernah menghinanya menerusi laman sosial Facebook. Anzalna turut mengatakan Neelofa turut mewujudkan akaun Facebook, Kami Benci Anzalna dan mengugutnya sekiranya dia memenangi Dewi Remaja. Tidak hanya berdiam diri, Neelofa menerusi Twitternya membidas kenyataan Anzalna. "Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan orang lain dalam surat khabar adalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for the truth. I will do it the official way", kata Neelofa menerusi Twitternya. Neelofa yang dihubungi , bagaimanapun enggan beri kenyataan. "Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya akan keluarkan kenyataan tidak lama lagi, tapi bukannya hari ini," katanya. - --- |
Jimmy, isteri gagal capai persetujuan Posted: 11 Jun 2012 05:59 PM PDT SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam menetapkan 28 Ogos depan sebagai perbicaraan berhubung tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) secara bersama yang dikemukakan isteri pengacara, Jimmy Shanley. Hakim Syarie, Mawardi Che Man memutuskan demikian setelah Jimmy, 32, dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy gagal mencapai persetujuan bersama dalam tuntutan itu. Mawardi berkata, Jimmy selaku defendan dalam kes ini diarahkan memberi keterangan terlebih dahulu. "Ini kerana defendan mempertikai kelayakan Suhaila sebagai seorang ibu dan Jimmy perlu buktikan dakwaannya itu," katanya. Sebelum itu, peguam syarie, Saadiah Din mewakili Suhaila menawarkan hak penjagaan bersama secara bergilir-gilir. Saadiah berkata, pihaknya menerima surat tawaran balas daripada Jimmy yang mencadangkan agar lawatan terhadap anaknya seminggu di bahagian dua. Bagaimanapun, Suhaila tidak bersetuju tawaran tersebut. "Anak guam saya hanya menawarkan hak lawatan dan Jimmy boleh bersama dengan anaknya Zahrah Shanley, tetapi tidak boleh bermalam. "Jimmy juga dilarang membawa keluar Zahrah dari rumah Suhaila," katanya. Pada 18 Oktober 2011, Nursuhaila, 26, menfailkan tuntutan hadanah terhadap Jimmy dan mencadangkan agak hak penjagaan itu diberi sama rata dengan cara bergilir-gilir setiap minggu. Sementara itu, peguam Jimmy, Mohd Noor Aizan Md Idrus berkata, Jimmy tidak bersetuju tawaran berkenaan. "Anak guam saya berpendapat tawaran itu adalah tidak munasabah," katanya. Jimmy atau nama penuhnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010. Pernikahan mereka berlangsung di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, di sini dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986. Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November dua tahun lalu apabila Jimmy tidak menyangkal perkahwinannya dilanda masalah seperti yang dilaporkan akhbar dan sudah tidak tinggal bersama sejak 21 Oktober 2010 iaitu 20 hari selepas bernikah. - --- |
Shila Amzah Labur RM40 Ribu Kerana Album Sendiri Posted: 11 Jun 2012 05:37 PM PDT PETALING JAYA: Demi mengukuhkan lagi tapak kerjaya seni nyanyian, penyanyi Shila Amzah berani mengambil risiko dengan melaburkan hampir RM40,000 untuk menerbitkan albumnya sendiri. Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata kesanggupannya itu disebabkan kerana ingin menguatkan profil kerjaya nyanyiannya selain enggan mengecewakan peminat-peminat yang sudah lama menunggu kemunculan album terbaru. "Sudah lama saya impikan untuk menerbitkan album sendiri, walaupun tahu hasil jualan album tidaklah banyak mana, namun ia adalah kepuasan buat saya. "Ia satu pelaburan yang besar untuk penyanyi seperti saya dan dianggarkan untuk sebuah lagu, kosnya lebih daripada RM5,000. Dan sebanyak lapan buah lagu akan dimuatkan pada album berkenaan. "Bukan itu sahaja, saya juga perlu melaburkan dalam penerbitan klip video serta urusan promosi," katanya. Tambah Shila, sebagai penyanyi muda yang masih lagi belajar mengenai selok-belok dalam pengurusan perniagaan muzik, albumnya itu akan dibuat secara berperingkat agar mendapat hasil yang berkualiti. "Pada album itu, saya akan memuatkan lagu-lagu ciptaan sendiri yang sudah lama saya hasilkan, malah sejak dari sekolah menengah lagi. "Cuma sebelum ini saya kurang keberanian untuk tunjuk kebolehan menghasilkan lagu kepada umum. Dan sejak muncul dengan lagu Patah Seribu, barulah saya yakin untuk merakam lagu-lagu berkenaan," ujarnya. Sementara itu, memandangkan telefilem lakonannya Patah Seribu mendapat respons positif, Shila berkata, buat masa ini dia ingin memberi fokus pada kerjaya nyanyiannya dahulu. "Kalau boleh saya tidak mahu mencampuradukkan dua bidang (lakonan dan nyanyian) ini dalam satu masa, kerana sukar untuk memberi fokus. "Malah ketika penyertaan saya dalam program Mania hampir tiga bulan, pembikinan album saya juga tergendala. "Jadi biarlah saya fokus dengan nyanyian dahulu. Lagipun bidang lakonan hanyalah sekadar untuk saya mencuba melihat sejauh mana kemampuan diri dalam bidang tersebut. - --- |
Kuza Enggan Anak-Anak Jadi Artis Posted: 11 Jun 2012 05:25 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Tengku Sariza Tengku Muzani atau Kuza tidak menggalakkan anak-anaknya untuk menjadi artis sebaliknya mahu mereka mengutamakan pelajaran. Kuza, 39, berkata, dia mahu melihat tiga anaknya iaitu Nizam Firdaus, 18, Puteri Nazihah, 17 dan Puteri Nadia, 7, mempunyai kerjaya tetap yang dapat menjamin masa depan mesing-masing. "Saya tidak menggalakkan mereka terlibat dalam bidang seni kerana saya sudah melalui pahit manis sebagai seorang pelakon dan ia bukan mudah seperti yang disangka. "Sebab itu saya mahu mereka mengejar cita-cita dalam bidang lain yang lebih menjamin masa depan," ujarnya . Tambah Kuza, setakat ini anak-anaknya tidak menunjukkan minat untuk terlibat sama ada sebagai pelakon atau penyanyi dan telah mempunyai haluan sendiri dalam menentukan masa depan mereka. "Macam anak saya yang sulung dia sangat berminat dengan dunia kulinari dan sedang menunggu keputusan untuk masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan saya sebagai ibu menyokong kehendaknya itu," ujarnya. Dalam pada itu, Kuza memberitahu dia tidak kisah jika tidak lagi menjadi pilihan para pengarah dan penerbit drama untuk memegang watak penting kepadanya kerana sedar zaman kegemilangannya sudah berakhir. Kuza memberitahu, dia menganggap situasi itu adalah perkara biasa bagi pelakon lama sepertinya dan peluang perlu diberikan kepada muka-muka baru untuk menyerlah. "Dulu saya sudah merasai popular sekarang ni bagi la pula kepada pelakon-pelakon muda dan saya lihat ramai yang mempunyai bakat besar selain wajah yang cantik. "Ia adalah kitaran normal dalam industri ini dan tiada apa yang pelik jika pelakon lama seperti saya tidak lagi mendapat watak utama dalam sesebuah drama," katanya. Bagaimanapun kata Kuza, sehingga kini dia masih menerima tawaran daripada pihak produksi dengan watak yang sesuai dengan usianya sekarang. "Umur dah 39 tahun, takkan nak bawak watak orang muda. Peranan sebagai emak sesuailah," katanya. Sementara itu, Kuza memberitahu selain berlakon dia juga sedang sibuk mengusahakan produk penjagaan kulit berasaskan herba yang diberi nama Kuza Gold hampir dua bulan lalu. Kuza memberitahu, walaupun produk berkenaan baru sahaja memasuki pasaran dia gembira dengan penerimaan pengguna dan memberitahu telah menggunakan produk berkenaan pada wajahnya sendiri selama setahun. "Saya tak mahu jual sesuatu benda yang saya sendiri tidak yakin apabila menggunakannya. Sebab itu saya cuba dulu selama setahun dan apabila nampak kesan ketara baru saya b erani untuk jual kepada orang. "Ia bagus untuk menghilangkan dan merawat jeragat pada wajah dan boleh digunakan oleh lelaki dan wanita dan saya cipta produk ini dengan bantuan pakar," ujarnya. Kuza bakal muncul dalam drama bersiri Waris arahan Kabir Bhatia bermula 14 Jun ini yang akan ditayangkan di slot Seram, setiap hari Rabu, pukul 10 malam di TV3. - --- |
Posted: 11 Jun 2012 05:11 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, Isnin. Sehingga berita ini ditulis pada pukul 9.40 malam, keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan. Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin. "Alhamdulillah, ayah masih hidup dan kini dibawah pemerhatian doktor di wad kecemasan dan akan dibawa ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya," katanya ketika ditemui di HUKM malam Isnin. Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali. Dia memberitahu seorang jiran yang datang untuk membantu kemudiannya mengesahkan bapanya telah meninggal dunia pada pukul 6.45 petang sebelum diperiksa sekali lagi oleh adiknya iaitu Nur Ain, 25, yang kebetulan bekerja dalam bidang perubatan. "Selepas adik periksa nadi ayah, dia memberitahu ayah masih hidup tetapi nadinya lemah dan kami bergegas membawanya ke hospital," katanya. Tambah Amin, ketika kejadian, ibunya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48, berada disisi bapanya bersama seorang lagi adiknya. Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini. "Doakan ayah saya kembali sihat dan dapat kembali seperti biasa," ujarnya. - --- |
Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa Terima Padah Jika Terus Bergaduh Posted: 11 Jun 2012 05:10 PM PDT PETALING JAYA: Sikap tiga orang artis iaitu Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa yang bertelagah akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas mereka disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Presidennya Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan. "Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'. "Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin. "Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya yang dihubungi di sini, Isnin. Zed diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa pelakon Neelofa telah memburuk-burukkan dua rakannya iaitu Anzalna dan Tasha. Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan. Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial. Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi. "Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah. "Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya. Dalam pada itu, pihak Seniman juga sedang merancang untuk menganjurkan sebuah kursus komunikasi buat artis-artis yang baru menyertai industri seni hiburan agar isu-isu mengenai disiplin tidak akan timbul lagi. Mengikut syarat, semua artis di negara ini perlu menjadi ahli Seniman sebelum boleh diambil berlakon. |
Syafie Naswip Terima Tujuh Suntikan Posted: 11 Jun 2012 02:09 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon remaja, Syafie Naswip, menerima nasib malang kerana digigit obor-obor ketika sedang mandi di Pantai Batu Empat, Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan selepas tamat penggambaran drama bersiri Miscinta Rabu lalu. Syafie, 20, ketika dihubungi pada Isnin berkata, akibat kejadian itu dia terpaksa menerima tujuh suntikan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson, selama dua jam bagi mengurangkan bisa dalam badan. "Semasa kejadian saya dan beberapa krew drama Miscinta telah mandi di pantai itu bagi meraikan tamat penggambaran drama tersebut yang telah selesai kira-kira pukul 6.45 petang pada hari berkenaan. "Bagaimanapun setelah hampir 10 ke 15 minit saya mandi tiba-tiba lengan sebelah kanan saya telah disengat oleh obor-obor sehingga menyebabkan rasa sakit seperti terkena renjatan elektrik. Krew lain yang mandi tidak mengalami gigitan tersebut," ujarnya. Tambah Syafie, walaupun doktor mengesahkan kecederaannya itu tidak serius, kesakitan akibat bisa obor-obor itu masih dapat dirasainya walaupun telah diberi tujuh suntikan. Dalam pada itu, Syafie berkata, dia juga telah membuat pemeriksaan susulan di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaannya sudah beransur pulih. "Alhamdulillahlah doktor memberitahu keadaan saya semakin pulih namun diarahkan berehat dengan secukupnya. Sepanjang minggu lalu badan saya terasa begitu lemah," katanya. Bagaimanapun kata Syafie, dia tidak dapat berehat lama kerana bakal kembali ke set penggambaran Miscinta yang akan dihasilkan dalam bentuk telefilem pada Isnin (hari ini). Syafie memberitahu, selain drama itu, dia juga akan muncul dengan telefilem lain berjudulCikgu Saodah arahan Azman Nor untuk siaran RTM. - --- |
Tepati Ramalan, Caroline Juara Mentor 6 Posted: 10 Jun 2012 08:21 PM PDT SHAH ALAM: Memperoleh 71 markah secara keseluruhan, protege Ella, Caroline menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor musim keenam (Mentor 6) yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Ahad. Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi. Protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah , sekaligus meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi. Manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan (50 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi. Ketiga-tiga mentor tersebut turut mendapat trofi dan habuan wang tunai mengikut kemenangan protege masing-masing dimana Ella mendapat RM100,000, Ogy (RM30,000) dan Faizal (RM10,000). Pada segmen pertama, Anas membawakan lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff, diikuti Zatul dengan dua buah lagu daripada kumpulan Search iaitu Pawana dan Pelesit Kota. Manakala Caroline membawakan lagu My Love (Justin Timberlake) dan I Don't Wanna Miss A Thing(Aerosmith). Kemudian ketiga-tiga protege ditugaskan untuk berduet dengan penyanyi profesional yang mana menyaksikan Anas membawakan lagu Selamat Malam (Faizal Tahir) bersama Hazama, Zatul dan Ziana Zain (Nakal-Gigi dan Sedang Ingin Bercinta-Dewa 19) manakala Caroline membawakan laguKau Kekasihku (Siti Nurhaliza) dengan Azlan The Typewriter. Tugasan terakhir, Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu. Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam. Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini. Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Najua P.Ramlee yang menyanyikan laguKisah Hati menerima hadiah wang tunai RM1,000. Mentor 6 akhir itu disiarkan secara langsung di TV3. - --- |
Sein Tak Mahu Dicop 'Mat Bunga' Posted: 10 Jun 2012 08:20 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Sein, 29, membuat keputusan tidak mahu mengambil watak-watak lelaki romantik sebaliknya memilih karaktor anatagonis agar tidak dicop sebagai lelaki 'mat bunga'. Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa berkata, dia menyifatkan wataknya sebagai hero romantik dalam kebanyakan drama yang dilakonkannya sebelum ini telah memberikan persepsi kepada orang ramai bahawa ia hanya sinonim dengan watak-watak sedemikian. "Diakui, salah saya juga kerana menerima terlalu banyak tawaran yang melibatkan watak lelaki romantik atau hero yang baik-baik sahaja sehinggakan dicop sebagai lelaki 'mat bunga'. "Sebelum lebih ramai lagi yang akan menggelarkan saya sebegitu, lebih baik saya beralih arah dengan memilih watak-watak antagonis sahaja buat sementara waktu ini," katanya. Tambah bekas ahli kumpulan Ruffedge itu, hal tersebut telah membuatkan dia sedar bahawa pada masa akan datang nanti dia akan lebih peka mengenai pemilihan watak supaya penonton dapat melihat dirinya dalam pelbagai watak yang dilakonkan. Justeru itu, buat kali keduanya (selepas filem Psiko arahan Namron), Sein membawakan watak antagonis iaitu Boy dalam filem Pencinta, arahan pengarah hebat Khir Rahman. Beritahu Sein, watak Boy benar-benar mengujinya dalam penghayatan lakonan selain ingin membuktikan kelainan karakternya dalam filem tersebut yang turut dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Johan As'ari, Miera Leyana dan Siti Saleha. "Dalam filem ini, ia benar-benar mencabar lakonan saya dimana saya perlu menjiwai watak Boy yang jahat dan pada masa sama bersifat pelik. "Walaupun baru kali kedua memegang watak jahat, ia amat menyeronokkan lebih-lebih lagi dapat melakukan babak-babak lawan kerana mencabar tahap ketahann fizikal diri. "Saya sangat gembira apabila Khir mempercayai saya untuk membawakan watak sedemikian, sebab itu saya cuba memberikan hasil lakonan yang terbaik agar lakonan itu seperti yang diinginkan," ujarnya. Dalam pada itu Sein kembali kepada aktiviti bersukan sebagai persediaan untuk dia melakonkan babak-babak lasak pada masa akan datang. Pencinta yang merupakan filem aksi romantik ini mengisahkan tentang cinta terlarang antara bekas ahli kongsi gelap, Amir (Johan) dan Aishah (Siti Saleha). Percintaan Amir dan Aishah menjadi rumit apabila ibu bapa Aishah mahu dia berkahwin dengan Boy (Sein), seorang lelaki yang berlatarbelakangkan keluarga kaya. - --- |
Aiman Hakim Enggan Dedah Kisah Bersama Seorang Wanita Posted: 10 Jun 2012 07:42 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Vanila Coklat, Aiman Hakim Ridza enggan mengulas mengenai penyebaran gambar dia bersama seorang wanita yang dikatakan kekasihnya. Aiman menjelaskan, tidak mahu memberikan perhatian kepada kontroversi yang melanda sebaliknya ingin menumpukan kepada kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi. "Mungkin ada peminat tertanya-tanya mengenai status wanita berkenaan dengan saya tetapi apa yang boleh saya katakan dia adalah seorang kawan rapat. "Selebihnya tidak perlulah saya menyatakan secara terbuka kerana tidak mahu kisah peribadi menjadi perbualan utama berbanding kerjaya seni saya," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Tambah Aiman, dia lebih selesa kisah peribadi tidak menjadi tumpuan dan yakin peminat faham mengenai pendirian itu. Dalam pada itu, bercakap mengenai single pertamanya yang berjudul Khalimah Janji iaitu duet bersama penyanyi Ernie Zakri, Aiman berkata peluang yang diberikan oleh syarikat rakaman FMC adalah satu ruang yang baik untuknya mengembangkan kerjaya dalam bidang seni. Dia bagaimanapun tidak melihat penghasilan lagu tersebut sebagai bonus disebabkan popularitinya sebagai pelakon. "Saya belum cukup bagus untuk tampil sebagai penyanyi secara serius dan penghasilan lagu duet ini adalah sebagai satu cubaan baik pihak FMC yang percayakan bakat nyanyian saya. "Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki sebelum benar-benar diterima peminat dalam kedua-dua bidang itu," ujarnya. Bagaimanapun Aiman memberitahu, dia cukup seronok dapat merakamkan lagu tersebut bersama Ernie dan berharap ia akan diterima baik oleh pendengar. "Saya sangat sukakan melodi dan lirik yang dibuat oleh Buddhi Hekayat dan Manusia Putih. Selain itu bekerjasama dengan Ernie sangat seronok dan tidak mempunyai sebarang masalah," ujarnya. Khalimah Cinta turut dijadikan sebagai lagu tema untuk filem Vanila Coklat yang bakal menjalani penggambaran pertengahan bulan ini. Dalam perkembangan lain Aiman juga akan muncul dengan telefilem Rania Si Ikan Duyung di Astro Ria pada 28 Jun ini bergandingan dengan pelakon Tasha Shila. - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |