Adsense

Isnin, 14 Mei 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Nora Danish Belum Sedia Jawab Isu Foto Ghairah

Posted: 14 May 2012 10:55 PM PDT

Isu foto ghairah Nora Danish yang diterbitkan dalam majalah Glam edisi Mei/Jun 2012 semasa pemergiannya ke tanah suci tempoh hari telah mencetuskan kontroversi di kalangan peminatnya. Walaupun sudah kembali semula ke tanah air, Nora Danish masih belum memberikan sebarang penjelasan atau kenyataan mengenai isu tersebut.

Memetik kenyataan pengurusnya, Elly kepada Sinar Harian, Nora Danish dikatakan masih belum sedia menjawab isu foto-foto berkenaan kerana baru sahaja menandatangani kontrak sebagai artis MIG (Metrowealth Production).

"Nora baru sahaja menandatangani perjanjian sebagai artis MIG (Metrowealth Production). Apa sahaja isu yang timbul akan dijawab oleh pihak syarikat dan buat masa sekarang dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan," jelas Elly.

“Nursuhaila Pernah Ditampar Ibu Sendiri” – Jimmy Shanley

Posted: 14 May 2012 10:36 PM PDT

Harian Metro melaporkan keterangan Jimmy Shanley kepada Mahkamah Rendah Syariah bahawa Nursuhaila pernah ditampar oleh ibu mentuanya kerana tidak tahan dengan sikap serta perangai anaknya pada 1 Oktober 2011. Kata Jimmy lagi, pada hari yang sama ibu mentuanya lari dari rumah dan menghubunginya untuk tumpang bermalam di rumah.

"Ibu mentua hubungi saya untuk tumpang bermalam kerana tidak ada tempat lain untuk pergi," terang Jimmy.

Pada 4 Oktober 2011, ibu mentuanya memaklumkan bahawa Nursuhaila ingin bertemu dengan Jimmy kerana mahu meminta maaf serta meminta penceraian daripadanya.

"Menurut ibu mentua, isteri nak jumpa saya untuk minta cerai dan memujuk ibunya pulang ke rumah. Pada 4 Oktober 2011, isteri datang ke rumah saya meminta maaf dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan," katanya lagi.

Jimmy juga memaklumkan bahawa dia pernah bertunang dengan orang lain, namun pertunangan itu putus sebelum dia bertunang dengan Nursuhaila.

Jimmy juga memberitahu tiada benda milik Nursuhaila yang dia ambil dan perlu dipulangkan ketika merujuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Nursuhaila kepadanya berbunyi 'Bagi balik harta benda I dan tinggalkan I'.

"Tidak ada benda dia yang saya ambil kecuali kereta yang ibu bapa dia beri untuk pergi kerja," katanya.

Perbicaraan bersambung semula 19 Julai 2012.