Adsense

Sabtu, 5 Mei 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Dulang Hantaran Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari

Posted: 05 May 2012 01:22 AM PDT

Jika malam tadi kita sudah tengok gambar di sekitar majlis pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, hari ini kita tengok pula gambar dulang hantaran dari kedua-dua belah pihak.. Pada malam semalam semasa majlis pernikahan kedua-dua pengantin baru ni berlangsung, Scha Al Yahya telah menerima 7 dulang hantaran dan dibalas oleh Scha kepada Awal sebanyak 9 dulang hantaran..

Antara 7 dulang hantaran yang diterima oleh Scha adalah seperti set barang kemas Lazard Diamonds, kasut berjenama Christian Louboution, beg tangan jenama Dior, sehelai pakaian, senaskah Al-Quran, manisan kurma bersama kek, sirih junjung dan bunga rampai sementara jumlah wang hantaran pula dirahsiakan..

Manakala 9 dulang hantaran yang diterima oleh Awal Ashaari pula adalah seperti sebuah Mac Book, sepasang kasut jenama Hermes, seutas jam tangan Cartier, dompet jenama Bottega Veneta, sehelai baju melayu, senaskah Al-Quran, coklat berserta kek, sirih junjung dan bunga rampai.

Jadi, tanpa membuang masa lagi jom kita layan gambar-gambar dulang hantaran Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya di majlis pernikahan mereka berdua dekat bawah ni…

Gambar 7 dulang hantaran buat Scha Al-Yahya dari Awal Ashaari

hantaran untuk scha al yahya

hantaran untuk scha al yahya

hantaran untuk scha al yahya

hantaran untuk scha al yahya

hantaran untuk scha al yahya

hantaran untuk scha al yahya

hantaran untuk scha al yahya

hantaran untuk scha al yahya

hantaran untuk scha al yahya

Gambar 9 dulang hantaran buat Awal Ashaari dari Scha Al-Yahya

hantaran untuk awal ashaari

hantaran untuk awal ashaari

hantaran untuk awal ashaari

hantaran untuk awal ashaari

hantaran untuk awal ashaari

hantaran untuk awal ashaari

hantaran untuk awal ashaari

hantaran untuk awal ashaari

hantaran untuk awal ashaari

hantaran untuk awal ashaari

hantaran untuk awal ashaari
Gambar: Murai

Awal Ashaari dan Scha Al Yahya Mohon Maaf Pada Peminat

Posted: 05 May 2012 12:12 AM PDT

scha nikah dengan awal
Semalam, selepas digembar-gemburkan disana-sini mengenai siaran langsung majlis pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya di astro ria dan awani, akhirnya ribuan penonton yang menanti siaran langsung itu hampa apabila Program Seia Sekata SchAwal itu ditukar dengan rancangan Gala TV.. Akibat masaalah teknikal yang berlaku tu, Awal dan Scha memohon maaf kepada peminat walaupun masaalah itu diluar kawalan mereka berdua…

"Saya dapat tahu perkara ini ketika menyalin baju untuk acara berinai tadi. Saya sempat lihat beberapa tweet peminat yang meluahkan rasa kecewa dan marah kerana tidak dapat menyaksikan majlis pernikahan kami secara langsung di televisyen. Walaupun perkara itu berada di luar kawalan kami, tetapi saya dan Scha ingin memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Saya dimaklumkan pihak Astro menghadapi masalah teknikal dan perkara itu tidak dapat diatasi dengan segera. Kami rasa bersalah juga sebab sebelum ini kami telah war-warkan beberapa kali supaya peminat tidak lupa berada di hadapan TV. Namun, apakan daya, masalah teknikal sebegini memang boleh berlaku pada bila-bila masa. Kami percaya pihak Astro telah cuba melakukan yang terbaik," (Gua)

Tambah Scha pula, dia mengharapkan peminat diluar sana memahami situasi yang berlaku diluar jangkaan ini.. Enggan dianggap menipu, Scha mengatakan yang kita hanya mampu merancang. Selebihnya ditentukan olehNya.

Walau bagaimanapun, rancangan ulangan majlis pernikahan Awal dan Scha ni sudah pun disiarkan jam 12.30 tadi.. bagi sesiapa yang terlepas boleh la menonton rancangan ni pada jam 5.30 petang ini di astro awani…