Adsense

Sabtu, 5 Mei 2012

Celebrity News

Celebrity News


Hollywood : Robert Pattinson Bintangi Filem Mengenai Saddam Hussein

Posted: 05 May 2012 01:34 AM PDT


LONDON: Aktor Twilight, Robert Pattinson dikatakan bakal membintangi filem aksi ngeri mengenai pemerintah Iraq iaitu Saddam Hussein yang berjudul Mission: Blacklist.

Laman contactmusic.com melaporkan, pelakon British itu akan menggalas watak penting dalam filem yang memaparkan mengenai misi pemburuan pemerintah yang masyhur itu.

Difahamkan, filem yang bakal diarahkan oleh Jean Stephane Sauvaire diilhamkan daripada novel Mission: Black List #1 tulisan Eric Maddox dan David Seay. - IANS

ZoOM L: Nak tengok apa yang ingin diketengahkan dalam filem ini.

Apa komen anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Panas dan Sedih : Luahan Ibu Azmin Ali Berkenaan Isu Panas Pemimpin Berkenaan

Posted: 05 May 2012 01:24 AM PDT

Wajah Seorang Ibu Yang Sedang Berasa Sedih

Keluarga Che Tom

Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.

Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.

Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun.

Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.

Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.



Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.

Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.

" Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur," kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.

Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.

Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.

Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.

Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

" Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya… melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

" Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum 'disamak', Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya 'benda haram'.

" Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim," kata Che Tom sambil menahan sebak.

Menurut Che Tom, Allah saja yang tahu betapa seksa dan azabnya dia sewaktu mengandungkan Azmin.

Tetapi, menurut Che Tom, dia tidak sangka segala kesusahan itu dibalas dengan sedemikian rupa.

Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.

Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.

" Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu," kata Che Tom.

Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.

Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya 'dijemput pulang' oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.

Cuma Che Tom berkata, beliau berharap benar agar Azmin perlu menjauhkan diri dari 'kumpulan' yang disertainya sekarang.

" Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat," katanya.

Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.

" Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah," katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut. 



Sumber :(Mynewshub.my) 


ZooM : Sedihnya baca luahan hati seorang ibu, walaupun belum dapat dibuktikan kesahihannya namun hati siapa tidak akan sedih dengan apa yang berlaku. Dan ia sudah tentu mengakibatkan hati seorang ibu berasa sebak dengan tomahan yang acap kali mendatang. Semoga ibu Azmin,Ummi dan Azwan Ali tabah dengan dugaan yang datang.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Artis : Zul Huzaimy Mengakui Sunyi Selepas Bercerai

Posted: 05 May 2012 01:09 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah drama Zul Huzaimy mengakui mula berasa sunyi tanpa kehadiran seorang wanita dalam hidupnya selepas bercerai dengan Nor Dalilah Muhammad, 29, dua tahun lalu.

Zul berkata, dia masih menduda kerana belum menemui calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendakinya untuk dijadikan sebagai isteri.

"Baru-baru ini saya ada menelefon ibu di kampung dan memberitahu kepadanya supaya mencari seorang calon isteri untuk saya kerana rasa sunyi tanpa seorang isteri," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Zul, keadaan itu telah membangkitkan semangat dirinya untuk memberikan tumpuan kepada kerjaya dan penulisan skrip untuk drama dan filem.
Dia juga sering menggunakan masa terluang untuk menghasilkan skrip dan memberitahu setakat ini telah beberapa hasil tulisannya itu telah diterjemahkan sebagai drama di televisyen.

"Menulis skrip memberikan satu kepuasan berbeza kepada saya kerana tanpa disedari imaginasi dalam kepala saya dapat diterjemahkan dalam bentuk skrip. Kadang kala saya sendiri terkejut dengan apa yang telah saya buat," katanya.

Dalam pada itu, bercerita mengenai kerjaya sebagai pengarah drama, Zul memberitahu dia semakin selesa memegang peranan tersebut dan seronok dapat melakukannya.

Namun lakonan tetap menjadi keutamaannya walaupun dia kini banyak duduk di kerusi pengarah.

Sumber

ZoOM : Carilah pasangan yang sesuai, mungkin dengan kehadiran seseorang akan membuatkan ZUL tidak berasa sunyi lagi.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Hollywood : Russell Brand Jalin Hubungan Dengan Bekas Kekasih David Hasselhoff

Posted: 05 May 2012 01:02 AM PDT

PERPISAHAN dengan Katy Perry beberapa bulan lalu nampaknya tidak meninggalkan kesan kepada Russell Brand kerana pelawak dari London itu dilaporkan telah menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita selepas bercerai.

Pernah kecoh dikatakan bercinta dengan Nikolett Barabas, Russell rupanya sudah mempunyai pengganti iaitu bekas kekasih David Hasselhoff.

Russell dikatakan menjalinkan hubungan dengan Anouska de Georgiou sejak akhir bulan lalu selepas bertemu dengannya di sebuah majlis di Los Angeles.

Selain Russell dan David, Anouska yang juga bekas model Playboy pernah bercinta dengan Jared Leto, Lee Ryan dan Mick Hucknall.

"Anouska mempunyai potensi untuk berjaya di Hollywood kerana dia sangat bercita-cita tinggi. Pasangan itu juga cukup serasi kerana mempunyai sikap dan minat yang sama," ujar sumber.

Sumber 

ZoOM : Apa-apalah Russell anda di Hollywood memang sudah biasa dengan kahwin cerai ni.....


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Baru : 8 Gambar Pernikahan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya

Posted: 05 May 2012 12:11 AM PDT

Ketika Majlis Akad Nikah Oleh Ayah Scha

Majlis pernikahan awal ashaari dan scha al yahya disiarkan secara langsung melalui Astro Ria(104) dan juga Astro Awani(501). Bagi yang tidak dapat melihat siaran langsung bolehlah tengok beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan awal ashaari dan scha al yahya.

ZoOM : Doakan semoga ikatan yang dibina atas nama cinta, dan kini tidak ada sesiapa lagi yang boleh mempersoalkan apa sahaja yang mereka ingin lakukan bersama. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

 Lagi Gambar di Bawah :







TAHNIAH SEKALI LAGI !!

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!