Adsense

Sabtu, 26 Mei 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Najwa Latif - Kosong sindir Wartawan?

Posted: 26 May 2012 10:52 AM PDT


Penyanyi remaja, Najwa Latif, yang sebelum ini menjelaskan lagu "Kosong" nyanyiannya tidak menyindir sesiapa bertambah terkejut selepas membaca laporan terbaru kononnya karya itu ditujukan kepada wartawan.

Najwa, 17, berkata, dia tidak pernah berniat untuk menyindir wartawan tetapi ia dihasilkan sebagai pemangkin semangat kepada dirinya selain untuk dikongsi kepada orang lain jika menghadapi sebarang masalah.

Tidak pernah terlintas pun dalam fikiran saya untuk menyakiti mana-mana pihak melalui lagu apatah lagi ia ditulis semata-mata untuk memberi inspirasi kepada diri sendiri dan orang lain, ujarnya ketika dihubungi pada Isnin lalu.

Tambah Najwa, dia juga tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana wartawan sehingga ingin membalas dendam menerusi lagu dan menganggap mereka sering menyokong kerjaya seninya.

Walaupun kadang-kadang saya kena kritik tetapi saya mengambil perkara itu sebagai positif dalam memperbaiki diri tetapi setakat ini tidak pula saya mempunyai masalah atau bermusuh dengan mana-mana pihak media, katanya. Najwa Latif - Kosong sindir Wartawan?

Liyana Jasmay diganggu Lelaki Misteri

Posted: 26 May 2012 10:37 AM PDT

Adat sebagai artis popular, sering kali berdepan dengan peminat peminat fanatik terutama peminat yang mengganggu dengan cara pelik pelik terhadap artis kegilaannya.

Terkini, penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay yang baru sahaja melangsungkan pertunangan pula diganggu oleh seorang lelaki yang merupakan peminat fanatiknya.

Ini bukan kali pertama sebaliknya enam kali, kata pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, 24.

Liyana yang baru bertunang dengan jejaka pilihannya pada 29 Mac lalu mengulas insiden dia dan keluarga diganggu lelaki 20-an dipercayai peminat fanatiknya.

Lelaki terbabit dilaporkan mula 'menghantui' rumah Liyana di Hulu Klang, di sini, sejak November tahun lalu dengan membawa pelbagai hadiah, selain bertegas bertemu pelakon dan penyanyi berkenaan.

Lelaki terbabit dilaporkan menunggu di hadapan rumah keluarga artis itu, selain berlegar-legar di sekeliling kediaman berkenaan.

Antara hadiah yang dibawanya untuk diberikan kepada Liyana ialah baju-T, kasut, minyak wangi, cakera padat (CD), minyak wangi serta tuala wanita.

Pihak polis telah memberkas lelaki itu di hadapan rumah Liyana sekitar jam 11.40 malam, kelmarin. Keluarga Liyana telah membuat laporan polis selepas melihat gelagat yang mencurigakan lelaki tersebut melalui rakaman kamera litar tertutup.

Rumah Banglo Mewah Yusry dan Lisa Surihani

Posted: 26 May 2012 10:19 AM PDT


Yusry dan Lisa akan memasuki rumah baru pada Julai depan. Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang dekat sini.

Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.

"Rumah itu mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Ketika itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu fasal rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah.

"Bila dah kahwin, tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi, tiada masalah. Kami membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami serasi," katanya ketika dihubungi Kosmo. Pastinya Lisa akan senantiasa bahagia dengan suami tercinta.