Adsense

Jumaat, 25 Mei 2012

Celebrity News

Celebrity News


Gossip Panas : Cerita Anzalna Isu Usung Kekasih Depan Khalayak !!!

Posted: 25 May 2012 10:11 AM PDT

Anzalna Bersama Kekasih

Pelakon Nur Anzalna Nasir tidak kisah dengan persepsi dan pertikaian umum berhubung kekerapannya membawa teman lelaki, Hanif Zaki menghadiri pelbagai acara hiburan.

Menurut Anzalna, 24, perkara itu bukan satu masalah kerana jejaka yang sebaya dengannya itu telah diberikan kepercayaan oleh keluarga untuk menemaninya memandangkan dia tidak mempunyai pembantu peribadi.
"Keluarga tahu Hanif selalu menemankan saya atas urusan kerja. Jika ibu atau adik-beradik tidak sempat menemankan saya, maka Hanif akan diberikan amanah itu.
"Ia bukan satu isu buat saya atau keluarga kerana Hanif sudah lama saya kenali, sejak kami berusia 17 tahun lagi. Dia hanya menemani saya dan bukan kami melakukan perkara yang tidak manis pun," katanya kepada mStar Online.

Anzalna dikritik segelintir pihak yang mendakwa dia kerap 'mengusung' kekasihnya di depan khalayak dan majlis-majlis hiburan.

Malah, ada juga dakwaan kononnya kekasihnya itu cuba menumpang populariti aktres tersebut.

Ditanya mengenai reaksinya apabila timbul pertikaian yang remeh itu, Anzalna berkata dia berasa kecil hati dan kecewa kerana orang mudah menjatuhkan hukum tanpa mengetahui alasan di sebalik sesuatu tindakan itu diambil.

"Walaupun ia bukan isu besar tetapi terdetik juga perasaan kecewa di hati saya kerana orang mudah bercakap apa saja tanpa mengetahui secara mendalam mengenai sesuatu perkara.
 
"Saya selesa ditemani oleh dia kerana saya percayakan dia. Malah, dia juga sanggup berkorban masa dan bertolak ansur untuk menemani saya. 
"Tiada niat langsung untuk 'tayang' kekasih atau menimbulkan perasaan kurang selesa kepada mana-mana pihak," tambahnya yang hampir setahun menjalin hubungan dengan Hanif.

Sumber

ZooM : Cepat-cepatlah kahwin Anzalna supaya mulut dan jari-jari dekat luar sana tu boleh senyap ye... :)
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita : Nina Montok Jadi Pemuas Nafsu Penoreh !

Posted: 25 May 2012 10:00 AM PDT

SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.

"Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.

"Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

"Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sumber : Hmetro

ZOoM : Huh macam-macam cara pelacur murahan ni nak cari duit, dalam kebun getah pun jadi. Siap hantar SMS pulak tu, kalau sudah nak cari duit lebih, halal haram tak jadi masalah.

Apa komen anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Artis Malaysia : Video Lagu Diam Dan Doaku Daripada Lufya Kepada Zarina atau Anju !!!

Posted: 25 May 2012 09:51 AM PDT

Lufya berkata, dia mahu Zarina menghayati lagu yang berbentuk ketuhanan itu dan dapat memaafkan antara satu sama lain, bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba pada 21 Julai depan.

"Sebelum ini, terlalu banyak perkara yang berlaku antara saya dan dia. Saya agak malu dengan kejadian itu semua namun tidak pernah membalasnya sebab tak nak besarkan isu.

"Apa-apapun, saya ambil perkara ini sebagai benda positif, dan bagi tujuan berdamai, saya tujukan lagu 'Doaku' untuknya," kata penyanyi itu lagi.

Pada pertengahan April lalu, sebuah blog hiburan menyiarkan kenyataan Lufya di mana ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina dan hal tersebut menyebabkan dia pernah diraba oleh seseorang sambil dipanggil 'Anju' yang jelas merujuk kepada pelakon itu.

Kemudian, Zarina melancarkan 'perang' terhadap Lufya sebagai respons terhadap artikel berkenaan menerusi akaun Twitter miliknya dan mengejek penyanyi berkenaan dengan

panggilan yang tidak enak didengar.

Tambah Lufya, walaupun dikutuk hebat oleh pelakon seksi itu, dia menerima dengan tenang dan ia juga sebahagian daripada promosi untuk dirinya kepada peminat-peminat yang baru ingin mengenalinya. 



Video :
Video : Doaku



Video : Diam

ZooM : Apa-apalah Lufya jangan sampai ada isu pula yang timbul kerana lagu "Doa" ni, kalau dulu "Diam" kini Doa...Insyallah mereka yang terasa akan mengambil iktibar dengan lirik dan maksudnya.

Apa KOmen Anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Politik : Video Ceramah Anwar Di Baling Telur, Botol dan Batu

Posted: 25 May 2012 09:28 AM PDT


Inilah Video yang sempat ZoOM jumpa di Youtube.


Apa Komen Anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Politik : Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim Dibaling Botol,Telur dan Batu

Posted: 25 May 2012 09:24 AM PDT

Pakcik Yang Cedera
Ceramah Datuk Seri Anwar

KUALA LUMPUR: Batu, telur dan botol air dilemparkan ke arah orang ramai semasa ceramah Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pantai Dalam, malam Khamis, mencederakan seorang warga emas dan seorang gadis berusia 12 tahun.

Warga emas cedera di bahagian dahi, manakala gadis itu patah pergelangan tangan.

Kedua-dua mereka diberi bantuan perubatan, kata Setiausaha Politik kepada Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata sebuah kereta yang dimiliki Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad yang diletakkan di sepanjang jalan, telah dikelar tayarnya.

Terdahulu, apabila Nurul Izzah berucap, elektrik terpadam, katanya.

"Tetapi lontaran bermula apabila Anwar mula berceramah," katanya.

Fahmi berkata Nurul Izzah akan membuat laporan polis sebelum sidang akhbar pada tengah hari yang akan diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada Jumaat.

Ini adalah kali ketiga bahawa majlis Pakatan Rakyat terganggu.

Hujung minggu lalu, insiden yang sama berlaku di Merlimau dan Melaka.

Sumber 

ZoOM : Semakin dekat PRU, semakin panas dan hangatnya suasana diluar sana.

Apa Komen Anda ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Artis : Fizz Fairuz Tidak Salahkan Almy Keluar Kenyataan Hubungan Retak

Posted: 25 May 2012 08:59 AM PDT

"Saya tidak salahkan Almy. Mungkin dia terlebih cakap kerana orang tuanya sudah bising (dengan status hubungan Fizz dan Almy) sehingga menyebabkan dia mengeluarkan kenyataan sedemikian. 
"Sebenarnya tidak ada-apa yang berlaku dan tiada masalah dalam hubungan kami. Kami baru saja bermain badminton bersama pada malam semalam (malam Selasa)," katanya dalam nada bergurau kepada mStar Online.

Fizz berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Ibu Rafflesia bersama 20 selebriti di Hotel Royal di sini, malam Rabu lalu.

Dalam kenyataan Almy kepada akhbar mingguan itu Ahad lalu, dia menyifatkan hubungannya dengan Fizz boleh diibaratkan seperti retak menanti belah kerana mereka tidak lagi mesra sejak dua tahun kebelakangan ini dan dia tidak lagi diendahkan oleh aktor itu.

Ditanya mengenai punca atau faktor yang menyebabkan Almy mengeluarkan kenyataan tersebut, Fizz berkata dia tidak pasti di sebalik tindakan aktres itu.



"Saya pun tidak berkesempatan untuk membaca kenyataan itu lagi. Tidak pasti pula jika dia terlepas cakap atau melatah kerana terlalu beremosi atau mungkin kenyataan itu sudah ditokok tambah (daripada fakta sebenar).

"Saya sedar terlalu banyak persoalan mengenai status hubungan kami ditanyakan oleh media sejak beberapa tahun lalu dan ia pasti menimbulkan tekanan kepada dia dan keluarganya," jelas pemenang trofi Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 itu.

Sempat diusik adakah dia akan mengotakan hasratnya untuk memperisterikan Almy, Fizz berkata dia tidak dapat memberikan sebarang kepastian kerana dia tidak mahu menjanjikan sesuatu yang berada di luar kawalannya.

"Ini (jodoh) semua ketentuan Tuhan. Saya tidak boleh janjikan apa-apa kerana saya tidak suka membuat janji. Tunggulah sehingga ibu saya pulang daripada umrah dulu dan minta petunjuk di sana," kongsinya.


ZoOM : Tak tahu apa yang bakal terjadi, tetapi semoga mahligai indah yang pasangan ini idam-idamkan akan termakbul dan gossip panas diluar sana hanyalah omong kosong.

apa komen anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!