Berita Harian: Hip |
Posted: 24 May 2012 04:23 PM PDT Hip Pekerja kedai pajak gadai juara American Idol ke-11SEMEMANGNYA jejaka dari Georgia ini dianggap peserta pilihan untuk memenangi American Idol musim ke-11, yang melabuhkan tirainya di Nokia Theatre, Los Angeles, semalam. Selepas 132 juta undian dikira, iaitu jumlah tertinggi pernah diterima dalam sejarah pertandingan berkenaan, maka benarlah ramalan ramai, Phillip Phillips diumumkan pengacaranya, Ryan Seacrest, sebagai pemenang. Dia mengetepikan cabaran diberikan 'diva' berusia 16 tahun dari San Diego, Jessica Sanchez. Pengumuman itu dilakukan pada penghujung siaran langsung yang menemui penonton seluruh dunia selama kira-kira dua jam.Phillips, pemuzik yang cukup dikenali dengan sikap rendah diri, dilihat sebagai calon kegemaran ramai sejak awal, dan kekal dengan imej bersahaja sehingga akhir pertandingan. Sebaik saja dia menerima trofi disampaikan pemenang musim lalu, Scotty McCreery, Phillips diminta menyanyikan kembali lagu Home yang mungkin menjadi single pertamanya. Lagu itu dinyanyikannya pada persembahan Top 2, kelmarin, serta mendapat pujian juri. Namun dia yang dikuasai emosi gagal menyudahkan lagu berkenaan, lalu turun ke bawah untuk memeluk keluarganya. Anak muda yang bekerja di kedai pajak gadai milik bapanya di Leesburg itu ialah peserta lelaki kelima berturut-turut memenangi pertandingan popular berkenaan selepas David Cook, Kris Allen, Lee DeWyze dan McCreey. Agak menarik apabila kelima-limanya ialah penyanyi kulit putih yang bermain gitar! "Rasanya, sebahagian daripada mereka menggemari muzik yang saya bawa. Saya cukup bertuah dan saya cuma melakukan yang terbaik pada setiap minggu," katanya "Dia lebih kepada artis indie dan rock alternatif, manakala saya pula pop R&B. Cuma jumlah peminat yang memisahkan kami," kata Sanchez yang mengagumkan penonton di arena dan di rumah menerusi duetnya bersama Jennifer Holliday, menyanyikan lagu And I'm Telling You I'm Not Going. Peserta bersuara lantang ini pasti mempunyai masa depan cerah dalam dunia muzik, bak kata Tyler, berbekalkan bakat hebat dimilikinya. Apatah lagi rekod lalu turut membuktikan, naib juara juga punya peluang cerah untuk menyerlah, seperti dilakukan Adam Lambert, David Archuleta, Katharine McPhee dan Clay Aiken. Selain Holliday dan barisan peserta Top 12, grand finale semalam turut dihangatkan dengan persembahan juri pertandingan, Jennifer Lopez, Steven Tyler dan Aerosmith, Rihanna, serta gandingan peserta bersama beberapa ikon muzik tersohor seperti Neil Diamond, Reba McEntire, Chaka Khan dan John Fogarty. Turut mencuri perhatian ialah babak pertunangan antara bekas peserta, Ace Young bersama Diana DeGarmo, di atas pentas. Sementara itu, mentor program itu yang juga penerbit album terkenal, Jimmy Iovine, berkata kedua-dua peserta memang mempunyai pengikut berbeza. Namun kemenangan menjadi milik Phillips kerana dia lebih dekat dengan masyarakat Amerika dan mampu meraih perhatian peminat perempuan. Tyler pula berkata, Phillips ialah pemuzik sejati dan mereka acap kali menyaksikannya menyerlahkan keghairahan itu sepenuh jiwa sepanjang pertandingan berlangsung. Bagi mereka yang terlepas menyaksikan acara kemuncak pertandingan ini di Star World, mereka boleh mengikuti siarannya di 8TV, 10.30 malam esok. |
MasterChef Selebriti penuh drama, kontroversi Posted: 24 May 2012 04:19 PM PDT Hip BAYANGKAN apa yang akan terjadi jika mereka yang sebelum ini memegang mikrofon untuk menyanyi dan mengacara atau berlakon di depan kamera tiba-tiba dikehendaki menunjukkan bakat di dapur? Pasti gamat dan kecoh jadinya. Itulah juga yang bakal penonton saksikan apabila MasterChef Selebriti Malaysia bakal bersiaran mulai esok di Astro Ria.Jika program MasterChef Malaysia yang diperkenalkan tahun lalu penuh dengan drama, walaupun hanya membabitkan orang biasa, tentunya kali ini babak yang disajikan lebih hebat memandangkan 16 selebriti terpilih mempunyai karakter tersendiri. Perkara ini diakui sendiri Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, sambil memberitahu dapur program yang diadaptasikan daripada sebuah rancangan luar negara itu hangat gara-gara kehadiran mereka. Enam belas selebriti terbabit ialah Datuk Fazley Yaakob, Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Angah Raja Lawak, Farouk Hussein, Mejar Dr Faiz, Juliza Adlizan, Thanuja, Siti Sarah Raisuddin, Serina Redzuawan, Raja Azmi, Salamiah Hassan, Louisa Chong dan Soo Wincci."Biasalah masing-masing mempunyai perangai dan karakter tersendiri. Apatah lagi ada di antara mereka memang terkenal dengan sikap 'laser' dan drama, membuatkan rancangan ini penuh dengan rempah ratus yang mengundang pelbagai kontroversi.
Melihat senarai peserta, tidak dapat dinafikan ada di antara mereka memang handal di dapur. Malah keenakan masakan mereka pernah diuji sebelum ini serta sering mendapat pujian. Justeru tidakkah ia seperti satu kelebihan buat mereka untuk dinobatkan sebagai juara?
"Sebelum mereka terpilih, masing-masing terlebih dulu menjalani sesi uji bakat dan ternyata mereka ada pengetahuan dalam bidang masakan. Mengenai dakwaan berkenaan, selepas melihat program ini kembali, saya dapati ada peserta lain yang lebih menyerlah, manakala mereka yang disangka hebat, ternyata amat mengecewakan," katanya. Sama seperti program membabitkan selebriti yang lain iaitu Sehati Berdansa dan Serasi Bersama, setiap peserta juga mewakili sebuah rumah kebajikan dan wang yang berjaya dikumpulkan pada setiap minggu, sehinggalah mereka tersingkir, akan diserahkan kepada rumah amal berkenaan. Sementara itu, selepas menobatkan doktor gigi iaitu Dr Ezani Farhana Md Monoto sebagai juara musim pertama, Astro kini bersedia memulakan pencarian juara musim kedua MasterChef Malaysia. Justeru, sesi uji bakat akan dijalankan bermula esok bertempat di Kompleks Pelancongan Sarawak (Mahkamah Lama, Kuching) dan Hotel The Pacific Sutera, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |