Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Pelakon Wanita Terkenal di Slot Citra TV2 Posted: 30 Apr 2012 08:50 PM PDT Slot Citra Di TV2 Sepanjang Mei Ini Tampilkan Pelakon Wanita Terkenal Penghargaan kepada kaum wanita sepanjang Mei ini dengan sambutan Hari Ibu yang diraikan masyarakat seluruh dunia. Jasa dan pengorbanan seorang wanita diangkat RTM dengan menjanjikan tayangan drama-drama terbaik mengisi Slot Citra, setiap Selasa, jam 10.00 malam di TV2 yang membariskan pelakon-pelakon wanita terkenal tanah air. Kemunculan pelakon Nasha Aziz, Umie Aida, Wan Sharmila, Bety Benafe dan Juliana Evans membintangi drama Diari Bella (1 Mei 2012), Sepatu Merah Sepasang (8 Mei 2012), Arah Lain Ke Syurga (22 Mei 2012) dan Puteri Pulau Tuba (29 Mei 2012) pastinya dinantikan semua peminat mereka dalam membawakan watak seorang wanita yang cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan kehidupan. Kisah Diari Bella yang menyaksikan lakonan mantap Nasha Aziz bersama Betty Benafe, Qiela Malik, Zulkifli Ismail, Kismah Johar dan Tony Eusoff mengangkat watak Bella yang disangka mengalami masalah mental lantaran suami dan anaknya, Karina dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan samseng. Ketika bertugas sebagai pengasuh di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Bella bertemu seorang anak yatim bernama Tina yang kematian ibu dan ayahnya akibat kemalangan di England. Tina dijaga oleh ibu saudaranya, Alia yang dalam diam rupanya mendera Tina. Bella cuba menyelamatkan Tina dengan membawa lari kanak-kanak tersebut. Namun sebaliknya Bella pula didakwa menculik Tina. Khas Hari Ibu, saksikan drama Sepatu Merah Sepasang terbitan Rumah Karya Citra arahan Erma Fatimah kisah tentang pengorbanan seorang ibu yang membesarkan anaknya dengan serba kekurangan di lorong-lorong. Anaknya, Bulan sedaya upaya mahu menggembirakan hati ibunya yang semakin tua. Pada Hari Ibu, Bulan berhasrat mahu memberikan hadiah yang istimewa buat ibunya. Tetapi hasratnya kecundang apabila sekumpulan samseng merampas duit yang dipinjam daripada majikannya. Hadiah yang dibeli untuk ibunya turut dirampas. Demi menyelamatkan hadiah tersebut Bulan telah dilanggar oleh sebuah kereta. Drama ini lakonan Umie Aida, Zamarul Hisham, Ku Haris, Afi dan Beety Rahmad. Saksikan kemudiannya drama Arah Lain Ke Syurga dibintangi oleh Wan Sharmila, Aznah Hamid, Norman Hakim, Kenchana Dewi dan Tan Mei Ling berlatarkan cerita Qaseh yang melarikan diri untuk berkahwin dengan Haikal. Namun sebenarnya Haikal memiliki niat jahat dan telah merogolnya. Qaseh diselamatkan oleh sepasang suami isteri berbangsa India bersama anaknya yang masih kecil. Berlaku kejadian yang tidak diingini apabila mereka terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan suami isteri itu meninggal di tempat kejadian. Bayi mereka terselamat dan Qaseh menjaga anak itu dengan penuh kasih sayang. Anak itu diberi nama Soraya. Setelah beberapa tahun berlalu, Soraya dijejaki oleh neneknya, Prema. Puteri Pulau Tuba pula mengisahkan enam orang sahabat yang menyertai aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh sekolah ketika musim cuti persekolahan. Perkhemahan ini diadakan di Pulau Tuba. Mereka sememangnya menyimpan impian untuk ke Pulau tersebut yang kaya dengan sejarah dan keindahannya. Tetapi berlaku kejadian yang tidak diingini apabila Ari tiba-tiba hilang. Apakah yang berlaku pada Ari? Adakah impian untuk bertemu Puteri Pulau Tuba menjadi kenyataan? Drama ini lakonan Juliana Evans, Amin Abu Bakar, Faizal Husein, Enka Farhana, Ruminah Sidek dan Finie Don. Tags: Drama, TV2Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Beri Alasan Cerai Posted: 30 Apr 2012 08:37 AM PDT Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Beri Alasan Cerai Pelakon Rita Rudaini, mahu suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak memberi alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum diceraikan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini, Isnin. Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, dia tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil, 25, memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak suaminya itu keluar dari rumah empat bulan lalu. "Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu. Rita Rudaini mahu alasan kukuh sebab Aidil Zafuan minta cerai daripadanya. Foto BRIAN MOH "Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung," katanya yang ditemui selepas perbicaraan tamat. Rita yang memakai jubah hitam dan tudung warna biru itu hadir bersama peguamnya serta ibu, ayah dan saudaranya manakala Aidil yang bersut hitam turut hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari dan ibu bapanya. Bagaimanapun tambah Rita, dia masih lagi ingin menyelamatkan rumah tangganya memandangkan dia dan Aidil telah melalui pelbagai dugaan bersama sejak berkahwin pada 25 Februari 2008 dan masih lagi menyayangi perkahwinannya itu. "Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa," ujarnya. Dalam pada itu, Rita turut berkata, Aidil seorang yang tidak berpendirian tetap kerana hal rumah tangganya sering dicampuri pihak keluarga Aidil. "Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain. "Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah. Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain," katanya. Sementara itu, Aidil yang terus beredar selepas perbicaraan membuat kenyataan ringkas dengan berkata: "Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah." Mahkamah menetapkan sebutan kes permohonan cerai itu pada 16 Mei ini dengan melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak. Pasangan yang bernikah secara rahsia itu, telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan. Dalam pada itu, hubungan mereka mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki sejak awal lagi. via Mstar Online Tags: Artis Bercerai, Rita RidainiClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |