Adsense

Jumaat, 2 Mac 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Adibah Yunus mahu dikenali kerana bakat

Posted:

Adibah Yunus mahu dikenali kerana bakat


ADIBAH Yunus mahu dikenali kerana bakat, bukan sekadar cantik semata-mata.


BARU sahaja menjejakkan kaki dalam dunia lakonan, kata gadis berusia 24 tahun ini, kesudian pihak MIG untuk menawarkan dia berada di bawah syarikat tersebut membuka satu peluang yang tidak pernah diimpikan oleh dirinya.

Malah menurut gadis ini dia sebenarnya juga amat bersyukur untuk diberi peluang bersama pelakon lain bagi memeriahkan industri hiburan negara.

"Saya memang ingin dikenali sebagai seorang pelakon sejak dari kecil lagi.

"Dan kepercayaan yang diberikan pihak MIG ini sebenarnya membuka peluang untuk saya berjinak-jinak dengan dunia lakonan," jelasnya yang sebelum ini memilih untuk berada dalam dunia peragaan.

Siti Adibah atau Adibah memberitahu, dia juga pernah menjadi perunding kecantikan sebelum terjun ke dalam dunia lakonan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Muzik bukan mainan politik

Posted:

Muzik bukan mainan politik

shazryn.faizal@utusan.com.my

MUZIK-muzik indah ciptaannya telah berjaya menjelajah dunia dan menambat hati bukan hanya umat Islam tetapi juga dari penganut agama lain.

Dalam usianya yang sudah mencecah 31 tahun, Sami bersyukur dan melahirkan rasa bertuah kerana muziknya mampu diterima dengan baik oleh masyarakat dunia.

Bukan mahu mendabik dada tetapi kata Sami, dia percaya dengan penghasilan lagu yang bagus, berkualiti dan mempunyai mesej yang baik, ia mampu diterima dengan positif oleh semua pihak.

Apa yang penting katanya, usah sesekali menjadikan muzik sebagai mainan politik kerana ia tidak akan membawa sebarang makna dalam perjuangan seseorang karyawan.

"Saya sendiri pernah berhadapan dengan situasi ini di mana ramai beranggapan dengan muzik spiritual yang membawa mesej positif, saya dikatakan menyokong fahaman agama atau politik haluan kiri.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.