borak kosong |
- Lelaki AS Tewas Terbakar Kerana Tak Sedar Minum Minyak Lalu Merokok
- Inikah kekasih Ariel Peterpan setelah putus dengan Luna Maya?
- Perompak Bank Ditangkap Kerana Tak Mampu Membayar Tambang Teksi
- Kesha Tindik Kepalanya dengan Logam?
- Aksi peha Angelina Jolie jadi virus di internet dan seluruh dunia
- Wanita enggan naik motosikal cedera ditoreh
- Aleya, Ashraf sah bercerai talak satu
- Gantung kertas pada leher semasa mengemis
- Hotel gay pertama di New York
- Beyonce menyusu anak di khalayak ramai
- Marah dirakam Google kencing depan rumah
- Pekerja dibaham singa betina
- Wajah bengkak seperti bola selepas guna pewarna rambut
- Rugi RM12,000 nak buang sial
- Gelek ghairah
- Zahida Rafik terkedu, RM200,000 tunai lesap
- 6 wanita kaki kelentong diburu
- Dakwa dipukul guru muzik
- Chef tawar menu daripada susu isterinya sendiri
- Besi tertusuk kedalam badan remaja 12 tahun
- Hobinya tukar jantina
- Mata pesakit terbuka ketika menjalani pembedahan jantung
- Tupai yang melindungi kawan yang dah mati daripada di makan gagak
- Kerusi dibuat daripada duit syiling
- Suami isteri 76 tahun terpaksa jual sayur dan keldai untuk cari duit ubatkan anak
Lelaki AS Tewas Terbakar Kerana Tak Sedar Minum Minyak Lalu Merokok Posted: 02 Mar 2012 09:00 PM PST Insiden nahas ini terjadi di sebuah apartment di Havelock, North Carolina, AS, pada Isnin (27/2), pukul 21.55 waktu setempat. Ketika tiba di lokasi, polis menemukan Gary Allen Banning terletak dalam keadaan hangus terbakar. Banning lantas dilarikan ke hospital UNC Burn Centre di Chapel Hill untuk mendapatkan pertolongan. Namun sayang, Banning meninggal dunia pada Selasa (28/2) pagi waktu setempat. Demikian seperti dilansir oleh Sydney Morning Herald, Rabu (29/2/2012). Menurut polis, Banning saat itu tengah berkunjung ke apartment temannya. Kemudian secara tidak sengaja, dia mengambil sebotol minyak ketika duduk di dekat wastafel dapur. Dia pun meminum isi botol tersebut tanpa mengetahui isinya. Setelah satu tegukan, Banning yang menyedari bahawa isi botol tersebut adalah minyak, langsung memuntahkannya keluar. Namun dia tidak menyedari bahwa ada semburan minyak dari mulutnya yang menempel pada kemeja yang dipakainya. Tanpa menyedari hal tersebut, Banning pun merokok. Ketika hendak menyalakan rokoknya, dia pun terbakar. Api langsung menjalar cepat kerana ada sisa minyak pada kemejanya dan Banning pun terbakar habis. Disebutkan bahawa penghuni apartment tersebut, yang juga rakan Banning adalah seorang tukang cat dan sering menggunakan minyak untuk membersihkan sisa cat di tangannya. Atas insiden ini, polis Havelock dan petugas pemadam kebakaran setempat masih melakukan penyelidikan menyeluruh. sumber |
Inikah kekasih Ariel Peterpan setelah putus dengan Luna Maya? Posted: 02 Mar 2012 08:45 PM PST Setelah putus dari Luna Maya, Ariel Peterpan selalu dikaitkan dengan para wanita cantik. Kini, Vokalis band Geisha Momo dikhabarkan menjadi pengganti sang kekasihnya di hati Ariel. Bahkan, Momo pun telah mengakui kedekatannya dengan personel Peterpan yang saat ini berada di balik jeriji besi. Momo juga mengaku sering berkunjung ke tempat Ariel di Kebon Waru, Bandung, Jawa Barat. "Dekat iya, memang kebetulan ada project dengan Ariel dan teman-teman jadi intensitasnya berkunjung sering," kata Momo di Kebon Jeruk, Jakarta Barat, Jumat (2/3). Namun Momo tidak mau menjelaskan soal kerja sama yang tengah dibinanya bekas kekasih Luna Maya itu. Momo berharap, kerja samanya dengan Ariel dapat mengubati kerinduan para penggemar, khususnya fans Peterpan. "Dalam hal apa ya, kasih tahu enggak ya? Kita satu label juga. Bisa featuring ada deh. Mudah-mudahan boleh mengubati kerinduan fans-fans biar lebih wah, ada yang baru nih. Intinya kerja bareng, tungguin aja ya," ungkapnya. Selama bekerja sama dengan Ariel, Momo mengaku merasa nyaman. Menurutnya, Ariel merupakan teman yang enak diajak sharing, dan sangat menyenangkan. Sosok Ariel dinilai mudah bergaul. "Ariel itu gimana ya? Easy going, sangat enak banget dijadikan teman, teman sharing untuk berbagi ilmu banyak hal juga dari dia kita ngobrol, dan kita ketemu," ujar perempuan kelahiran 7 Jun 1986 itu malu-malu. Bagi Momo, ini pertama kalinya dia bekerja sama dengan Ariel. Momo berharap, projek yang dikerjakannya bersama Ariel cepat rampung. "Mudah-mudahan sih secepatnya, jujur aku sendiri pertama kali mendapat berita ada project bareng senang," kata Momo. sumber |
Perompak Bank Ditangkap Kerana Tak Mampu Membayar Tambang Teksi Posted: 02 Mar 2012 08:30 PM PST Gagal merompak bank, seorang lelaki di Georgia, Amerika, sempat kabur dengan menumpang teksi, sayangnya ia lupa membawa wang lebih untuk membayar tambang terpaksa kembali ke bank untuk mengambil wang. Tebak apa yang terjadi? Pada hari Selasa kelmarin, Trevor Gladston, 40, datang ke sebuah bank di Chamblee, Georgia. Di hadapan teller, ia menyisipkan sebuah catatan yang menyebutkan agar segera memberi ia wang atau ia akan mulai menembak. Tanpa ia ketahui, ternyata bank tersebut menggunakan kaca anti peluru yang memisahkan antara pengunjung dari petugas teller. Setelah menyedari hal itu, Gladston memutuskan untuk cabut lari dengan tangan kosong. Di depan bank ia segera memanggil teksi . Setelah sampai di stesen MARTA tempat ia meletak keretanya, kepada pemandu teksi ia mengatakan tak punya wang untuk membayar tambang teksinya. Curiga, pemandu tersebut meletakkan teksinya di depan kereta milik Gladston dan segera memanggil polis. Petugas polis MARTA yang datang tidak menaruh curiga apa-apa terhadap Gladston. Mereka bertiga lalu berbincang dan polis tersebut sampai pada satu jalan keluar yang bijak: Meminta Gladston kembali ke bank untuk mengambil uangnya. Dihantar teksi tersebut kembali, Gladston segera meluncur balik ke bank yang baru saja gagal ia rampok. Di tengah jalan, polis Chamblee menghentikan teksi yang ditumpangi Gladston. Petugas teller yang menerima catatan dari Gladston ternyata belum melupakan wajah sang perompak. Kisah pun berakhir dengan Gladston dibawa polis ke penjara. |
Kesha Tindik Kepalanya dengan Logam? Posted: 02 Mar 2012 08:15 PM PST infospesial.net - Kesha nampaknya tak pernah berhenti mencari inovasi baru, setelah mencukur mohawk rambutnya, kini Kesha menindik kepalanya. Hal ekstrem tersebut pastinya tak mungkin dilakukan penyanyi lain yang juga senang berpenampilan pelik seperti Lady GaGa dan Nicki Minaj. Penyanyi muda berusia 24 tahun itu memposting sebuah foto di Twitter peribadinya, foto tersebut menunjukan gaya rambut barunya, dengan di kepala bahagian kirinya yang ditindik dengan beberapa kancing logam berbentuk kotak. Kesha memuat naik fotonya tersebut denga menulis tweet pada hari Selasa : 'I[t]s happening' with an accompanying picture of her new hair accessory. Penyanyi itu sedang mempersiapkan merayakan ulang tahunnya esok. Selain ingin mempamerkan gaya rambut logam barunya, Kesha juga ingin memperingati hari ulang tahunnya yang ke 25 di Twitter bersama para penggemarnya |
Aksi peha Angelina Jolie jadi virus di internet dan seluruh dunia Posted: 02 Mar 2012 08:00 PM PST berita-beritadotcom: Gara-gara kakinya yang terlihat sampai pangkal pehanya kerana bentuk gaunnya yang belah pinggir mulai dari hujung kaki sampai ke pangkal pehanya, saat ini terjadi demam peha Angelina Jolie di seluruh dunia. Itu kerana pehanya terlalu indah. Peha kanan Angelina Jolie itu 'dipakai' dimana-mana untuk berbagai macam aksi.Ahli photoshop pun memainkan peha itu di sejumlah gambar lain. Hal itu dilakukan kerana keindahan peha Angelina Jolie yang terlihat pada acara malam anugerah Oscar. Peha Angelina Jolie bagai virus di internet, cepat menyebar kemana-mana. "Seluruh dunia akan sulit melupakan peha itu kerana terlihat terlalu terang dan begitu indah," tulis dailymail minggu ini. Peha itu bahkan ada di gambar Patung Liberty,grub band legendaris The Beatles, Bruce Lee, Hitler, Mr Bean dan banyak lainnya lagi. |
Wanita enggan naik motosikal cedera ditoreh Posted: 02 Mar 2012 07:45 PM PST BESUT – Gara-gara enggan menerima pelawaan untuk membonceng motosikal, seorang wanita warga emas ditoreh sehingga terpaksa menerima tujuh jahitan dalam kejadian di Kampung Kuala Kubang, Jabi dekat sini baru-baru ini. Semasa kejadian pada pukul 3 petang Rabu lalu, mangsa Wan Mek Wan Omar, 63, dalam perjalanan ke kebun yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya. "Ketika dalam perjalanan, suspek yang dikenali dan tinggal di kampung berhampiran mempelawa saya menaiki motosikal tetapi saya menolak," cerita Wan Mek ketika ditemui di rumahnya dekat sini semalam. Katanya, suspek yang berusia 36 tahun itu berlalu meninggalkannya namun berpatah balik dan menghampirinya semula. "Saya terasa ada sesuatu yang berlaku pada lengan kanan saya tetapi saya biarkan. "Selepas lelaki itu beredar, baru saya perasan banyak darah terkena baju-T yang saya pakai malah lengan baju pun koyak," kata Wan Mek. Berikutan kejadian itu, Wan Mek memberitahu, dia membatalkan hasrat untuk ke kebun dan segera pulang ke rumah. sumber : kosmo online |
Aleya, Ashraf sah bercerai talak satu Posted: 02 Mar 2012 07:30 PM PST KUALA LUMPUR – Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32. Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam. Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik. "Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja," katanya. Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah. Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka. sumber : kosmo online |
Gantung kertas pada leher semasa mengemis Posted: 02 Mar 2012 07:15 PM PST LISBON, Portugal - Seorang lelaki berusia 30 tahun, Fabricio Vieira sanggup mengemis di dalam sebuah tren di sini kelmarin. Dia yang kini menganggur menggantung sekeping kertas pada lehernya semasa dia mengemis meminta wang di dalam tren itu. Kertas itu tertulis mesej yang menyatakan dia memerlukan pertolongan untuk membeli makanan. Vieira yang mengalami kecacatan mendakwa dia kadangkala terpaksa tidur di tepi jalan kerana tidak mampu menyewa kediaman. Pengangguran di 17 buah negara Eropah yang menggunakan mata wang euro melonjak kepada 10.7 peratus pada Januari lalu sekali gus menjadi kadar tertinggi sejak penubuhan zon mata wang berkenaan pada tahun 1999. - Agensi sumber : kosmo online |
Posted: 02 Mar 2012 07:00 PM PST NEW YORK - Sebuah hotel gay yang pertama di bandar raya ini telah dibuka di 42nd Street berdekatan dengan Times Square. Hotel The Out NYC itu dilengkapi dengan sebuah kelab malam, spa, kolam renang dan restoran. Ia dibuka secara rasmi kelmarin dan mempunyai 105 buah bilik dengan kadar penginapan bermula pada harga AS$250 (RM750) untuk satu malam. - Agensi sumber : kosmo online |
Beyonce menyusu anak di khalayak ramai Posted: 02 Mar 2012 06:45 PM PST NEW YORK - Penyanyi terkenal, Beyonce menyusukan anaknya, Blue Ivy semasa dia makan bersama suaminya, Jay-Z di sebuah restoran di sini, lapor laman majalah berita hiburan Us Weekly semalam. Beyonce yang berusia 30 tahun menyusukan anak perempuannya yang berusia lapan bulan semasa mereka makan malam di restoran itu. Menurut majalah itu, dua sumber mengesahkan bahawa penyanyi tersebut menyusukan anaknya. Beberapa saksi berkata, penyanyi tersebut bagaimanapun kelihatan tidak sihat. Menurut mereka, dia bersama suaminya berada selama 30 minit di dalam restoran itu baru-baru ini. Beyonce melahirkan anaknya itu pada 7 Januari lalu. - Agensi sumber : myMetro |
Marah dirakam Google kencing depan rumah Posted: 02 Mar 2012 06:30 PM PST NANTES: Seorang lelaki semalam menyaman Google berhubung gambar yang disiarkan di Internet oleh aplikasi Street Viewnya yang menunjukkan dia kencing di depan rumahnya. Lelaki itu percaya gambar itu menyebabkan dia menjadi bahan ketawa di kampungnya di kawasan pendalaman barat laut Perancis. Lelaki berusia kira-kira 50 tahun itu dan tinggal di wilayah Maine-et-Loire meminta Google membuang gambar berkenaan. Penduduk tempatan mengecam gambar itu adalah dia meskipun wajahnya dikaburkan. Dia juga menuntut bayaran ganti rugi berjumlah 10,000 euro (RM40,000). "Setiap orang ada hak terhadap satu tahap kerahsiaan," kata peguamnya, Jean-Noel Bouillard. Gambar itu dirakam kereta berkamera Google pada November 2010. - AFP sumber : myMetro |
Posted: 02 Mar 2012 06:15 PM PST SYDNEY: Seorang lelaki cedera selepas dibaham seekor singa betina di sebuah taman hidupan liar di Darwin semalam. Mangsa dikejarkan ke hospital dengan kecederaan pada lengannya. Kejadian berlaku selepas Peter Davidson menghulurkan tangannya ke dalam kandang haiwan itu menerusi jeriji kandang itu. "Seorang kanak-kanak perempuan datang dan memberitahu ada orang digigit oleh singa," kata Ketua Saintis di Taman Crocodylus, Charlie Manolis. Manolis berkata, lelaki itu bekerja di taman berkenaan dan sedang mencabut rumput berhampiran kandang itu apabila singa berkenaan, Shebe, 9, membahamnya. - AP sumber : myMetro |
Wajah bengkak seperti bola selepas guna pewarna rambut Posted: 02 Mar 2012 06:00 PM PST Wajah Carmen Rowe membengkak seperti "bola" selepas menggunakan pewarna rambut hitam Clairol "Nice n Easy" yang dibelinya di sebuah pasar raya tempatan di Asda. Dia dimasukkan ke Hospital Morriston Swansea keesokan harinya selepas mengalami wajah bengkak menyebabkan dia tidak dapat melihat. Bagaimanapun, wanita berusia 25 tahun itu berkata, dia menjalankan ujian pada kulit 48 jam sebelum menggunakan pewarna itu tanpa menghadapi sebarang masalah dan telah mewarnakan rambutnya sejak dia berusia 13 tahun. Carmen akhirnya dibenarkan keluar dari hospital selepas tiga hari rawatan apabila bengkak di wajahnya surut dengan pengambilan steroid dan antibiotik. Namun, dia dimasukkan semula ke hospital sebanyak empat kali bulan seterusnya selepas mengalami sakit dan bengkak di wajahnya. Doktor akhirnya mengesan tindak balas alahan terhadap Paraphenylenediamine di dalam pewarna rambut itu. Carmen dari Swansea berkata: "Saya bangun dan kepala saya bengkak hingga sya tidak dapat melihat. Saya sudah menjadi buta. "Saya lihat ke cermin dan separuh daripada wajah saya sudah bengkak. Kelihatannya separuh daripada kepala saya bagaikan telah dipam menjadi sebiji bola. "Saya terus ke hospital dan ketika sampai di sana, kepala saya makin membengkak, malah telinga saya juga menjadi besar. Doktor menahan saya di wad serta-merta. "Perkara paling teruk ialah apabila kepala saya mula keluar nanah. Saya terpaksa membungkus kepala dengan tuala, ia cukup teruk dan baunya seperti anjing basah," katanya. "Saya tahu remaja sering mewarnakan rambut mereka pada usia 13 atau 14 tahun dan ia mungkin bahaya untuk mereka. "Saya hanya ingin memberi amaran kepada ibu bapa apa yang mungkin terjadi. Ia adalah alahan yang boleh berlaku bila-bila masa saja," katanya. sumber : myMetro |
Posted: 02 Mar 2012 05:45 PM PST AMPANG: Seorang warga emas berputih mata selepas kerugian hampir RM12,000 akibat percaya kepada seorang tukang tilik yang kononnya mampu membuang sial dari tubuhnya. Difahamkan, ketika wanita berusia 76 tahun itu berjalan berseorangan untuk ke sebuah klinik di Bandar Baru Ampang, di sini, pagi kelmarin, dia dihampiri tiga wanita tidak dikenali. Menurut sumber, dalam kejadian jam 8 pagi itu, tiga wanita terbabit menghampiri mangsa dan seorang daripada mereka yang menyamar tukang tilik mendakwa tubuh mangsa membawa sial dan perlu berubat segera bagi membuangnya. "Mangsa yang terkejut dengan dakwaan itu bersetuju untuk berubat dengan wanita terbabit. Namun, dia dikenakan syarat supaya membuat bayaran terlebih dulu. "Mangsa yang tidak membawa wang tunai kemudian ditemani wanita terbabit pergi ke sebuah bank berhampiran untuk mengeluarkan wang RM12,000. "Sebaik menyerahkan wang itu, seorang daripada wanita terbabit memberikan sebungkus plastik berwarna hitam kepada mangsa. Mereka memberitahu mangsa supaya tidak membuka plastik itu dalam tempoh tujuh hari," katanya. Beliau berkata, mangsa kemudian pulang ke rumahnya. Sebaik tiba di rumah, anak perempuan mangsa yang melihat bungkusan plastik berkenaan membuka ikatan plastik itu dan hairan mendapati kandungannya adalah sebotol air mineral dan garam. Katanya, mangsa dibawa ke balai polis berhampiran membuat laporan kejadian berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan. sumber : myMetro |
Posted: 02 Mar 2012 05:30 PM PST KUALA LUMPUR: Aksi 'catwalk' sambil menari dan menyanyi dalam pakaian mengghairahkan menjadi santapan mata buat pelanggan selain menyajikan khidmat seks dengan harga lumayan adalah antara tarikan sebuah pusat hiburan di Kepong. Malah, pusat hiburan terbabit yang sudah lima tahun beroperasi didapati menyediakan pentas 'catwalk' di tengah-tengahnya sebagai tarikan kepada pengunjung melihat aksi ghairah wanita Thailand dan Vietnam. Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turus D7 IPK KL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, awal pagi tadi. Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, 15 GRO , termasuk 14 warga Thailand dan seorang warga Vietnam berusia 20 hingga 35 tergamam sebaik diserbu polis ketika mereka leka melayan tetamu. Malah, sebahagian daripada mereka ketika itu berada di atas pentas menyanyi sambil menari dengan pakaian mengghairahkan. Azman berkata, pihaknya sudah mengadakan intipan di pusat hiburan terbabit sejak seminggu lalu selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan maksiat di premis terbabit. Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan terbabit yang sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan bertukar majikan tidak mempunyai lesen selepas ia gagal diperbaharui. "Pusat hiburan ini menggunakan khidmat GRO dengan menyediakan sebuah pentas 'catwalk' di mana wanita terbabit akan menari, menyanyi dalam aksi mengghairahkan dengan pakaian seksi. "Kita juga percaya mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang memberi tawaran lumayan bergantung kepada cara mereka memujuk GRO terbabit," katanya selepas operasi terbabit. Beliau berkata, kesemua mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan penjaga. Azman berkata, seorang wanita tempatan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan. "Kita juga akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak memperbaharui lesen premis terbabit selain akan mengeluarkan saman kepada pemiliknya," katanya. sumber : myMetro |
Zahida Rafik terkedu, RM200,000 tunai lesap Posted: 02 Mar 2012 05:15 PM PST AMPANG: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi. Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah. Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu. "Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan," katanya. Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China. "Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama. "Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis," katanya. sumber : myMetro |
6 wanita kaki kelentong diburu Posted: 02 Mar 2012 05:00 PM PST IPOH: Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit jenayah penipuan khususnya membabitkan pelaburan haram dan skim cepat kaya. Enam wanita warga Malaysia itu layak dilabel 'ratu putar alam' ini kerana amat licik menjalankan penipuan hingga membolehkan mereka mengaut hasil penipuan bernilai ratusan juta ringgit. Sumber Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman memberitahu Harian Metro, keenam-enam mereka yang berusia 33 dan 51 tahun sukar dikesan kerana dipercayai sudah menyusup ke luar negara selain melakukan penyamaran fizikal dan menukar identiti pengenalan diri. Sehubungan itu, katanya, PDRM menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak mereka, tambahan pula sebahagian daripada mereka dikehendaki polis negara lain kerana melakukan jenayah di negara berkenaan. Menurutnya, seorang daripada penjenayah dikehendaki itu ialah Rohaniza Aladib, 33, yang disyaki terbabit penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta. sumber : myMetro |
Posted: 02 Mar 2012 04:45 PM PST KLANG: Hanya kerana menegur rakan sekelasnya bermain satu permainan tangan, seorang pelajar sekolah swasta cedera di kepala, muka, mulut, kaki dan bahagian belakang kerana dipukul guru muziknya. Menceritakan semula kejadian pada 29 Februari lalu, mangsa, Ng Shoon Vee, 14, berkata, guru muzik berumur 50 tahun itu mengarahkan dia keluar dari kelas tanpa memberitahu kesalahannya. "Saya tidak tahu apa kesalahan saya, tetapi cikgu terus mengarahkan saya ke luar kelas sebelum merotan bahagian belakang, kaki dan tangan saya. "Saya sempat menepis rotan itu, tetapi cikgu menumbuk pula muka saya bertalu-talu melebihi 10 kali hingga saya terhantuk ke dinding," katanya dalam sidang media di Kelab Eksekutif Klang, semalam. Ng berkata, guru terbabit hanya berhenti memukulnya selepas menyedari kehadiran guru lain di kawasan itu. Ibu mangsa, Tan Wan Ching, 40, berkata, selepas kejadian itu dia terus membuat laporan polis dan membawa anaknya menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). "Saya juga sudah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pengetua sekolah berkenaan, namun guru terbabit menceritakan cerita yang sebaliknya," katanya. Wan Ching berkata, dia harap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap guru itu sebelum lebih ramai pelajar lain menjadi mangsanya. Jurucakap Jabatan Pelajaran Selangor berkata, pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, namun jika pelajar terbabit bersekolah di sekolah swasta, Jabatan Pelajaran tiada kuasa. sumber : myMetro |
Chef tawar menu daripada susu isterinya sendiri Posted: 02 Mar 2012 04:30 PM PST Daniel Angerer, bersama isterinya, Lori, menjadi pemilik Klee Brasserie di Manhattan. Angerer memutuskan untuk melakukan percubaan ini setelah peti sejuk kecil di rumah mereka tidak punya ruang lagi untuk menampung sejumlah besar air susu isterinya. Daniel Angerer chef sekaligus pemilik restoran. Angerer menggabungkan sebuah menu yang mengandung empat cawan susu, yoghurt, rennet (bahan untuk membuat keju), dan garam laut yang dia sebut sebagai Keju Susu Ibu dalam blog-nya. Dia mengatakan bahawa keju itu terasa seperti versi manis dari keju susu lembu Menurut dia, orang-orang yang membaca hal itu di blog-nya telah meminta untuk mencuba. Ramai yang menyokong dan ramai juga orang merasa enggan untuk mencubanya.Tetapi pejabat kesihatan New York melarang dia daripada menghidangkan menu ini. |
Besi tertusuk kedalam badan remaja 12 tahun Posted: 02 Mar 2012 04:15 PM PST Kejadian ini sungguh luar biasa dialami seorang remaja yang masih berusia 12 tahun, ketika bermain di sebuah projek bangunan ,dia secara tidak sengaja tertusuk sebatang besi dengan diameter 1,5 cm masuk kedalam tubuh Kalim Ali. menunggu proses pembedahan di sebuah hospital di Mumbai India Besi itu tertusuk dengan posisi vertikal dari atas ke bawah sedalam 1 meter sehingga mengenai beberapa organ vital seperti usus besar dan hati. Namun tidak ada pembuluh darah yang pecah sehingga keadaaanya tidak terlalu buruk. Doktor bekerja keras untuk mengeluarkan batang besi tersebut sehingga pembedahan itu mengambil masa sehingga lebih daripada 3 jam.Dr.Hemanshi Shah mengatakan remaja itu memerlukan waktu hingga 4- 5 bulan untuk sembuh sepenuhnya. |
Posted: 02 Mar 2012 04:00 PM PST Seorang pemuda CharlesKane yang berasal daripada England yang juga dikenali sebagai jutawan dalam bidang hartanah .Pada asalnya dia seorang lelaki yang kemudiannya menjalani pembedahan jantina menjadi perempuan dan kerana ingin mengahwini kekasihnya ,dia menjalani pembedahan menjadi lelaki semula.Perempuan yang akan dinikahinya bernama Victoria Emms berusia 28 tahun sementara Kane berusia 50 tahun. Dia yang sudah dua kali bercerai memutuskan melakukan pembedahan kelamin pada tahun 1987 dan dia mengubah nama menjadi Samantha Kane. Dia menghabiskan duit sebanyak100 ribu poundsterling untuk pembedahan kosmetik dan memutihkan gigi serta memastikan dirinya boleh menarik perhatian laki-laki. Namun, setelah 7 tahun menjadi perempuan pada tahun 2004 dia merasa menyesal mengakhiri perkahwinannya yang di bina 12 tahun lalu dan menjauhi dirinya daripada anaknya. Lima tahun kemudian, Kane menghabiskan 25 ribu poundsterling untuk melakukan operasi plastik di klinik di London untuk membuatnya menjadi laki-laki semula. Organ laki-lakinya kembali dibuat yang diambil dari kulit tubuhnya meskipun tidak menjadi laki-laki tulen seperti sedia kala kerana kemaluannya tidak boleh lagi seutuh lelaki biasa. Katanya, ketika menjadi perempuan ia tak suka hormon yang berubah, selalu moody, dan seks yang tak memuaskan. |
Mata pesakit terbuka ketika menjalani pembedahan jantung Posted: 02 Mar 2012 03:45 PM PST Bagaimana kita mampu bayangkan kejadian ini ,mata seorang pesakit terbuka ketika sedang dibedah dengan bahagian perut yang terburai terbuka kerana sedang melakukan pembedahan jantung.Gambar kejadian ini diambil daripada kamera yang dipasang di bilik pembedahan. Inilah yang dialami oleh pemuda yang berusia 23 tahun bernama Swaroup Anand di hospital Wockhardt, Banglore India. Pakar bedah Dr Vivek Jawali menyebutkan telah melakukan pembedahan dengan keadaan seperti ini lebih dari 600 kali sejak tahun 1999. Menurutnya pula pembedahan yang dilakukan dengan teknologi modern dan sistem robot tersebut berusaha memberikan intervensi yang sedikit pada tubuh, dan membiarkan semua fungsi tubuh berjalan lebih semula jadi. |
Tupai yang melindungi kawan yang dah mati daripada di makan gagak Posted: 02 Mar 2012 03:30 PM PST |
Kerusi dibuat daripada duit syiling Posted: 02 Mar 2012 03:15 PM PST |
Suami isteri 76 tahun terpaksa jual sayur dan keldai untuk cari duit ubatkan anak Posted: 02 Mar 2012 03:00 PM PST Seorang lelaki yang sudah tua naik keldai dengan isterinya selama 8 jam untuk menjual keldai dan sayur-sayuran di kaki lima. Sepasang suami isteri yang tua ini berusaha untuk menjual sayur-sayuran dan keldainya hanya untuk mendapatkan wang untuk membiayai pengubatan anaknya (di China hanya ada hukum yang hanya memperbolehkan 1 anak di setiap keluarga) yang sudah menderita sakit 2 tahun yang lalu. Sepasang petani ini, Cheng Chang Jia dan istrinya Chen Guixiang, berangkat dari kampunya pada pukul 12 tengahari dan sampai di bandar jam 8 malam. Mereka tidur di kaki lima untuk menunggu hari siang. Yang lebih malang lagi mereka juga dikejar oleh penguatkuasa kerana menjual sayur di kaki lima. Walupun usia mereka yang sudah hampir senja mereka terpaksa melakukan ini kerana sayangkan anak mereka.Kerana itulah satu-satu anaknya. |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |