Adsense

Khamis, 1 Mac 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Hujan menongkah arus

Posted:

Hujan menongkah arus

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar ABDUL RAZAK LATIF & KHAIRUL IZWAN KASMIJAN


Perjuangan Hujan dalam untuk mendaki kegemilangan dalam industri seni bukan perkara mudah.


BERMULA dari bawah dan terpaksa menempuhi pelbagai cabaran demi memperjuangkan muzik yang dibawakan, akhirnya kumpulan ini berjaya membawa nama mereka untuk dikenali dalam industri seni tanah air.

Mengakui bukan mudah untuk menempa nama sejajar dengan barisan artis terkenal yang lain, kumpulan ini menjadikan setiap cabaran sebagai sesuatu perkara yang mendewasakan mereka.

Mula menjengah industri arus perdana pada awal 2006, siapa sangka Hujan sudah berjaya 'terbang jauh' hingga ke Manchester, Liverpool, Sheffield, Cardiff, Dublin dan London bagi melebarkan empayar mereka.

Jelas usaha gigih dan berterusan daripada kumpulan yang bernaung di bawah syarikat rakaman Warner Music ini merupakan salah satu kebanggaan kepada industri seni tempatan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Kau tetap di hati

Posted:

Kau tetap di hati

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar GHAZALI BASRI

HARUS diakui, kisah tentang Penghibur Nombor Satu Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad sudah terlalu banyak diceritakan.

Sejak mula beliau menjejakkan kaki ke dunia seni selepas menjuarai Bintang RTM 1976 sehinggalah ke hari terakhir hayatnya, kisah Allahyarham tidak pernah putus menjadi bualan orang.

Setiap tahun, Allahyarham akan terus 'hidup' apabila menjelangnya Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri kerana lagu-lagu popularnya seperti 31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita, Dari Jauh Ku Pohon Maaf dan Selamat Hari Raya.

Sesungguhnya pengabdian dan pengorbanan Allahyarham Sudirman yang digelar penghibur rakyat ini memang cukup besar dan sebagai satu dalam sejuta.

Lantaran itu, tidak hairanlah apabila setiap kali pada tarikh 22 Februari, bekas peguam ini akan terus diingati oleh teman-teman rapat dan mereka yang mempunyai kenangan tersendiri dengan beliau.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.