Adsense

Khamis, 1 Mac 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto: Anak Pertama Mawi & Ekin, Cahaya Malaika Comel!

Posted: 01 Mar 2012 04:00 PM PST

Wahh, bertuah sungguh Mawi & Ekin! Sudahlah ini adalah puteri sulung mereka, comel pula tu.

Bayi yang dilahirkan pada 28 Februari lepas ini diberi nama Cahaya Malaika. OHBULAN! pun malas nak tulis panjang-panjang, biar gambar pula yang bercerita ya. Kepada peminat-peminat Mawi diluar sana, bersedialah ya, mana tahu dengan kehadiran cahayamata pertama Mawi ini, dia bakal kembali  ke industri hiburan seperti dulu. Mana tahu kan.

Kredit Gambar : mStar Online

Disneyland Hong Kong, Sebuah Lagi Taman Tema Terbaik Di Dunia!

Posted: 01 Mar 2012 04:00 PM PST

Melarikan diri dari kesibukan kota gosip, Kuala Lumpur, krew OHBULAN! akan menjengah Disneyland Hong Kong hari ini bermula 2 Mac – 4 Mac. Ini adalah hasil usaha Disneyland Hong Kong menaja krew OHBULAN bersama beberapa orang yang lain untuk memberikan kepuasan dan hiburan selepas penat bekerja di Malaysia.

Untuk pengetahuan, Disneyland Hong Kong terletak di atas tanah tebus guna Teluk Penny, Pulau Lantau, dan telah dibuka pada 12 September 2005. Taman tema ini juga menyerupai Disneyland lain di seluruh dunia dan mempunyai "Main Street USA", "Fantasyland", "Adventureland" dan "Tomorrowland". Perbezaannya, pelakon dan kru di Disneyland ini semuanya terdiri dari rakyat tempatan, jadi komunikasi adalah dalam bahasa Mandarin, Kantonis dan juga Bahasa Inggeris.

Paling terbaru dari Disneyland Hong Kong, mereka telah menubuhkan taman tema "Toy Story Land" pada 17 November 2011 dan ia bakal menjadi satu lagi daya tarikan bagi pengunjung-pengunjung Disneyland dari seluruh dunia. Apa yang menarik disini, "Toy Story Land" menggunakan pokok buluh sebagai rumput gergasi dan dihiasi dengan watak-watak dari filem animasi "Toy Story" yang telah diperbesarkan.

Jika dilihat kembali, Disneyland Hong Kong mempunyai keluasan seluas 22.4 hektar (55 ekar), ia akan diperluaskan kepada 27.4 hektar (68 ekar) apabila tiga kawasan bertema yang baru siap. Selepas pengembangan, taman tema ini dijangka mampu mengendalikan hampir 7,920,000 – 8,920,000 pengunjung setahun. Itu satu jumlah yang sangat besar, barangkali Disneyland ini mahu dijadikan negara pula. Mana tahu, kan?

Apa pun, krew OHBULAN! bakal menerokai taman tema Disneyland Hong Kong selepas ini dan kami akan membuat review untuk para pembaca semua. Kepada anda yang sudah lama mengimpikan percutian yang indah, sila rancang bersama ahli keluarga anda sekarang ya!

Untuk maklumat lanjut mengenai Disneyland Hong Kong, anda boleh layari Hong Kong Disneyland sekarang!