Adsense

Ahad, 5 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Anuar Zain Terima Bayaran Pampasan RM18,859.38

Posted: 05 Feb 2012 11:10 PM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan syarikat rakaman Synchrosound Records Label Music Sdn. Bhd. membayar royalti penjualan album penyanyi popular Anuar Zain, 42 sebanyak RM18,853.38.

Jelas peguam Anuar Zain, Aizul Rohan Anuar, pihak terbabit masih boleh membuat rayuan untuk mempertikaikan keputusan tersebut.

Tambah Aizul, anak guamnya juga mungkin akan merayu kepada mahkamah kerana amaun pampasan yang diberikan adalah berdasarkan kepada kaedah pengiraan yang digunakan oleh syarikat rekod berkenaan dalam pembayaran tahun 2004 dan ianya berbeza daripada kaedah pengiraan yang digunakan oleh Anuar Zain.

Pengiraan royalti yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi untuk menentukan royalti yang terhutang telah diambil kira menerusi jualan album yang melebihi 15,000 unit sahaja.

Dalam penghakimannya, mahkamah menyatakan bahawa Anuar Zain tidak membangkitkan bantahan terhadap kaedah pengiraan sebelum ini.

Pada 14 Mei 2010, Anuar Zain telah berjaya memenangi kes saman tuntutan balas terhadap Syncrosound Records.

Susulan daripada itu, Mahkamah Tinggi kemudian memerintahkan syarikat rakaman berkenaan membayar royalti kepada Anuar Zain atas hasil jualan dua albumnya.

Kes bermula, apabila syarikat rakaman itu telah memfailkan satu saman terhadap Anuar Zain pada 21 April 2006 atas dakwaan melanggar perjanjian kontrak kerana tidak merakamkan tiga lagi album dengan syarikat berkenaan. Bagaimanapun, kes itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2007.

Susulan daripada itu, pada 20 Jun 2006 Anuar Zain telah memfailkan satu saman balas terhadap Syncrosound dan memohon diberikan butiran atau penyata penjualan kesemua album yang diterbitkan oleh Syncrosound selain bayaran royalti yang diperuntukkan dalam perjanjian. via Murai

Anuar Zain AIM18
Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Anuar Zain di Singapore Expo
  • Majlis Aidilfitri Bersama Anuar Zain Anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd
  • Gambar Anuar Zain di Post Party AIM18
  • Anuar Zain Trending di Singapura
  • Gambar Anuar Zain di Prebiu Media Hikayat Merong Mahawangsa
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Gambar Kekasih Anuar Zain
  • Video Anuar Zain Nyanyi di Singapore Expo
  • Video Anuar Zain SEDETIK LEBIH Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
  • Gambar Anuar Zain Superimpose Bertudung Tersebar di Internet
  • Full content generated by Get Full RSS.