Adsense

Jumaat, 17 Februari 2012

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Ziana Luah Perasaan, Mahu Anuar Kahwin

Posted: 16 Feb 2012 04:19 AM PST



SUBANG JAYA: Penyanyi Ziana Zain,44, meluahkan hasrat mahu melihat adiknya, Anuar mendirikan rumah tangga dengan segera tetapi takut untuk menasihatinya berhubung perkara tersebut.

Ziana berkata, Anuar yang mencecah usia 42 tahun perlu memikirkan soal masa depan dan berusaha mencari calon isteri.

"Sebagai kakak saya memang ingin lihat adik saya berkahwin tetapi saya tidak pernah bertanya kepadanya mengenai soal itu kerana bimbang ia agak sensitif," ujarnya kepada mStar Online.

Ziana turut mendedahkan, Anuar sebenarnya bukanlah seorang yang cerewet tetapi dia lebih tertarik kepada wanita bijak untuk dijadikan teman hidup.

Dalam pada itu, Ziana memberitahu dia tidak kisah siapa juga calon isteri adik kesayangannya itu asalkan wanita tersebut dapat membahagiakan Anuar.
Anuar Zain.

"Mungkin orang ingat dia cerewet dalam memilih pasangan tetapi sebenarnya tidak. Namun dia suka kepada wanita yang bijak untuk dijadikan teman. Siapa pun pilihan dia, saya gembira untuknya," kata Ziana.

Sementara itu Anuar bakal meraikan para setiausaha di Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada majlis yang dikenali "Makan Tengah Hari Bersama Anuar Zain" sempena meraikan minggu setiausaha April depan.

Bertemakan Era Keemasan 60an - Kenangan Manis Romantis, majlis yang dianjurkan oleh RAB9 Channel Sdn Bhd itu akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 10 April serta di Zon Regency Hotel, Johor Bahru, Johor pada 17 April depan.

Antara selebriti yang akan menjayakan majlis minggu setiausaha berkenaan ialah Yasmin Hani, yang bertindak sebagai pengacara majlis dan kumpulan Sepahtu (Shuib dan Jep).

Tempahan tiket pada harga RM598 (Silver), RM798 (Gold) dan RM1098 (Platinum) untuk setiap seorang dengan melayari laman web www.ticketpro.com.my atau hubungi Ticketpro di talian 03-78807999.