Adsense

Isnin, 2 Januari 2012

Sensasi

Sensasi


Sensasi Bakal bercuti ke Hong Kong Disneyland

Posted: 02 Jan 2012 08:15 PM PST

Selamat Tinggal tahun 2011 ..Kini bermulalah tahun baru 2012 yang menjanjikan perubahan yang lebih baik dan lebih positif kepada semua..
Apa yang menarik pada tahun baru 2012 ini? Sensasi telah berpeluang untuk bercuti ke Disneyland, package untuk 2 orang dengan tiket penerbangan pergi balik ke Hong Kong dengan Air Asia, Hotel penginapan 3 hari 2 malam dan ticket masuk ke Taman Tema Disneyland untuk Sensasi dan pasangan pada 6 Januari 2012 sehingga 8 feb 2011.

Memang sangat excited…tambah pulak bulan satu winter,dapatlah merasai suasana dan musim sejuk yang tak ada di Negara kita ,Malaysia..




Disneyland merupakan taman Tema yang paling terkenal di Dunia.Dengan permainan yang menarik,pertunjukkan,mascot Mickey Mouse,Minnie Mouse dan watak-watak kartun Disney memang menjadi impian ramai orang yang sukakan hiburan dan keriangan untuk kesana..


Hong Kong pula merupakan antara Bandar yang pesat membangun tetapi masih mengekalkan status Bandar paling hijau.Dengan kemudahan pengangkutan awam MRT yang baik,memudahkan pelancong untuk melawat tempat-tempat menarik di Hong Kong.Selain Disneyland banyak tempat yang harus dilawati di sana..
Sensasi akan post lagi tentang percutian di sana beserta gambar….pada minggu hadapan..tunggu ya semua!
Sekarang tengah busy nak packing baju sejuk ,camera,laptop dan macam-macam lagi untuk bercuti sambil mengupdate gambar-gambar percutian Sensasi nanti.

Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sebagai suami isteri dalam Aduh Sayang

Posted: 02 Jan 2012 12:35 AM PST

Sensasi suka tengok pasangan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak,sama padan dan sangat sweet bersama kan..
Pasangan kekasih ini telah disatukan sebagai pasangan suami isteri dan mempunyai anak-anak dalam cerekarama TV3 yang bertajuk aduh sayang...

Bagi yang belum menonton drama ini boleh lah download kat sini..
Sensasi pun tak tengok lagi sbnrnya sebab malam 31 Disember ,sensasi sibuk.hehe..jum baca sinopsis drama ini.

Download Aduh Sayang


Aksi Remy Ishak & Tiz Zaqyah Dalam Aduh Sayang

Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.

Nani dan Shidi bersetuju lalu Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. Walaupun merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak ketiadaan anak-anak mereka.


Namun, mereka dikejutkan dengan berita penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap kerana terlibat dengan sindiket menjual budak…

Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Rahim Omar, Fatimah Abu Bakar.





Ash dan Sherry Merlis bernikah pada 1 Januari 2012

Posted: 02 Jan 2012 12:25 AM PST

Perbezaan umur sekarang bukanlah masalah untuk bercinta dan berkahwin,Ash dan Sherry Merlis berbeza 11 tahun dimana Ash berumur 29 dan Sherry pula berumur 40 tahun.

Tahniah Sensasi ucapkan kepada pasangan pengantin baru ini,walaupun sebelum ini Sherry pernah menafikan bahawa mereka bakal disatukan di penghujung tahun 2011,rupanya mereka berkahwin pada awal 2012..hehe

Ash & Sherry Bernikah


Vokalis kumpulan Gabba Gaba, Ash atau nama sebenarnya, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid sah bergelar suami kepada pelakon Sherry Merlis pada pukul 10 pagi, Ahad lalu.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

Di majlis tersebut, Ash menyerahkan wang hantaran yang jumlahnya dirahsiakan berserta mas kahwin bernilah RM200 serta tiga dulang hantaran, setepak sirih junjung, sebentuk cincin dan manisan.

Manakala Sherry membalas lima dulang hantaran, setepak sirih junjung, sebuah Al-Quran, manisan, sebentuk cincin dan kek.

Ash dan Sherry berkenalan sewaktu terlibat dalam sebuah produksi drama.

Russel Brand Failkan cerai terhadap Katy Perry,selepas 14 bulan berkahwin

Posted: 02 Jan 2012 12:01 AM PST

Sebelum ini memang pasangan selebriti Russel Brand dan Katy Perry sering dikaitkan dengan masalah tidak ada masa untuk diluangkan bersama dan berpisah sementara.

Namun akhirnya Russel sendiri mengakui telah memfailkan cerai tehadap isterinya Katty Perry kerana sudah tidak dapat menyelamatkan rumah tangga mereka lagi.

"Malangnya ,perkahwinan kami sudah tamat,kami akan terus menjadi kawan" kata pelakon british Russel yang berkahwin dengan Katy Perry pada Oktober 2010.

Russel memberitahu dia dan Katy tiada sefahaman langsung dan tidak ada apa yang boleh dilakukan lagi untuk memulihkan hubungan mereka.

Sebelumnya, pasangan tersebut dikabarkan telah bertengkar sampai akhirnya memutuskan untuk meraikan hari Krismas secara berasingan. Katy yang menyambut hari Krismas di Hawaii manakala Russell menyambut hari Krismas di Cornwall.

Russell kelihatan sedang berjalan di kota London pada Khamis lalu namun jelas kelihatan di jarinya bahwa dia tidak lagi memakai cincin pernikahannya dengan Katy