Himpunan Kisah Sensasi |
Sherie Merlis akhiri zaman janda Posted: 01 Jan 2012 10:22 PM PST Sherie Merlis dan Ash selepas akad nikah di Madrasah Jalan Taman Ibu Kota di Kuala Lumpur KUALA LUMPUR 1 Jan. – Hari pertama dalam kalendar 2012 menjadi pilihan pelakon Sherie Merlis dan pasangannya yang juga penyanyi kumpulan Gabba Gabba, Ash untuk bergelar suami isteri. Pasangan berbeza usia hampir 10 tahun itu dinikahkan sendiri oleh bapa pelakon itu, Wan Zainal Abidin Wan Kassim di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota di sini, hari ini. Dengan mas kahwin RM200 dan dua kali lafaz, Ash atau nama sebenarnya, Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd. Shahidd, 29, bergelar suami kepada Sherie Merlis atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal, 39. "Syukur semuanya berjalan lancar. Saya benar-benar lega kerana selepas 17 tahun hidup bersendirian akhirnya hari ini saya kembali menjadi isteri orang," kata Sherie Merlis ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis pernikahannya. ///utusan/// Ash dan Sherry kini sah bergelar suami isteri. Foto ihsan daripada ROTIKAYA.COM ///mstar /// Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |