Adsense

Isnin, 2 Januari 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kalis kritikan Chef Wan

Posted:

Kalis kritikan Chef Wan

Kalis kritikan Chef Wan

BERKAT tidak ambil kisah atau diibaratkan sebagai kalis dengan komen-komen pedas juri tetap terutamanya Chef Wan sebaliknya kumpulan Osbon terus tegar memberikan persembahan yang terbaik dalam setiap minggu berlangsungnya Maharaja Lawak Mega sehingga akhirnya bergelar juara!.

Osbon yang dianggotai oleh dua pelawak 'otai' atau veteran, Mohd. Yusof Abdul Hamid atau Os, 50, dan Sharizan Ahmad atau Abon, 51, menjuarai pertandingan sengit yang berlangsung pada malam Sabtu lalu di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Dengan undian sebanyak 31.1 peratus, Osbon berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro sekali gus mengetepikan peserta kegemaran ramai iaitu kumpulan Boboi yang meraih undi sebanyak 29.3 peratus.

Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki Aksan dan Harun Salim Bachik hanya berjaya menduduki tempat kedua dan membawa pulang RM250,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Ternyata kemenangan Osbon sudah diramal ramai pihak apabila meraih pujian juri Datuk Siti Nurhaliza melalui persembahan pertama mereka manakala legenda bola sepak Malaysia, Zainal Abidin Hassan turut memberi komen yang positif melalui persembahan kedua Osbon.

Komen Siti terhadap Osbon: "Bukan komen negatif yang Siti mahu berikan sebab sorakan dan tepukan yang diberikan penonton di stadium tak putus-putus. Siti mahu ucap tahniah dan ini menunjukkan kebangkitan pelawak senior."

Zainal pula mengulas: "Harap Osbon terus membuat lawak untuk menghiburkan rakyat Malaysia selepas ini. Walaupun kedua-duanya otai tetapi memang terbaik. Penonton menerima anda bukan kerana rupa atau usia tetapi kerana lawak berkesan yang anda berikan".

Tapak 27 tahun

Selama 27 tahun bertapak dalam bidang lawak, buat pertama kali Os meluahkan dirinya berasa diiktiraf.

"Kami sentiasa cuba tampilkan yang terbaik dan Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami. Sudah 27 tahun saya berada dalam bidang lawak dan inilah kali pertama rasa diiktiraf berada di tapak ini," tuturnya optimis.


OS dan Abon terharu meraih pengiktirafan yang cukup bermakna ini.


Ditanya mengenai hala tuju kedua-duanya selepas menjuarai Maharaja Lawak Mega, ungkap Os, dia akan kembali memandu teksi seperti biasa kecuali jika ada tawaran yang datang.

Di pihak Abon pula, dia memberitahu, memang kerjanya melawak di majlis-majlis makan malam mahupun hari keluarga. Jadi, dia akan meneruskan kerjanya dan tidak menolak jika menerima tawaran untuk digandingkan bersama Os.

Bercerita tentang duit kemenangan sebanyak RM350,000 yang bakal dikongsi berdua. Os sememangnya menyimpan hajat ingin mencantikkan lagi teksinya untuk keselesaan para penumpangnya manakala Abon belum lagi memikirkan mengenainya.

Osbon turut ditanya adakah karakter wanita yang ditampilkan dalam setiap persembahan lawak peserta-peserta Maharaja Lawak Mega menjadi faktor bagi meraih undian yang tinggi daripada penonton.

"Untuk persembahan memang kita perlu pelbagaikan lawak. Tak kiralah kita tukar watak jadi wanita atau apapun. Jika tidak penonton akan bosan. Apa yang Osbon buat, kami akan pelbagaikan watak namun masih mengekalkan originaliti Os dan Abon sendiri," ujar Os.

Menurut Abon pula, untuk 10 minggu dalam Maharaja Lawak Mega dia dan Os sudah mempunyai perancangan rapi mengenai setiap persembahan mereka.

Lawak gigi

"Kami cuba sesuaikan watak melalui setiap persembahan. Persembahan mana yang perlu dipakai perempuan dan persembahan mana yang boleh menggunakan Jawa sebagai lawak.

"Begitu juga lawak gigi Os. Kami bukan gunakan isu gigi Os untuk meraih simpati penonton dan juri sebaliknya menjadikannya rencah rasa dalam lawak kami," tutur Abon pula.


KUMPULAN Syok dan Saehu bergambar kenangan bersama kumpulan Boboi dan Osbon.


Sementara itu, ditanya mengenai kekalahan Boboi, ujar Afdlin, dia cukup berbangga kerana tewas di tangan Osbon.

"Saya memang kagumi mereka sebagai seorang pelakon dan pelawak. Saya tengok mereka melawak sejak dari kecil lagi. Mereka memang layak menang," luah Afdlin jujur.

Selain Osbon dan Boboi yang menduduki tempat pertama dan kedua, kumpulan Saehu dari Indonesia pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM150,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Kumpulan Syok yang dianggotai Saripah Raziah Mustapha atau Ifa Raziah, 36, dan dua orang peserta daripada Singapura pula berjaya menduduki tempat keempat.

Biarpun menduduki tempat keempat, kumpulan Syok dikejutkan dengan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 sedangkan pada mulanya tempat keempat diumumkan tidak mendapat sebarang hadiah berupa wang tunai.

"Pihak Astro buat kejutan di saat-saat akhir tempat keempat juga mendapat wang tunai. Saya ucap terima kasih banyak-banyak. Saya tidak pernah bermimpi untuk berada di pentas bersama dengan otai-otai. Bagaimanapun saya tetap bersyukur berada di tempat keempat," kata Ifa teruja.

Para peserta diadili dengan konsep 70 peratus markah juri awam daripada Datuk Chef Wan, Datuk Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin serta seorang juri jemputan pelakon Aaron Aziz manakala 30 peratus pula adalah undian daripada penonton.

Full content generated by Get Full RSS.

Foster the People di Kuala Lumpur

Posted:

Foster the People di Kuala Lumpur

Foster the People di Kuala Lumpur


FOSTER THE PEOPLE terdiri daripada (dari kiri), Cubbie Fink, Mark Foster dan Mark Pontius.


HANYA dengan satu lagu 'meletup', band indie Amerika Syarikat yang mula ditubuhkan pada tahun 2009, Foster the People kini mula mencipta nama untuk dikenali di seluruh dunia.

Dianggotai tiga jejaka berusia awal 20-an, Mark Pontius, Mark Foster dan Cubbie Fink, band ini mula mencetuskan fokus umum terhadap kemunculan mereka menerusi single pertama, Pumped Up Kicks yang meraih sukses pada tahun 2010.

Pada awalnya single itu diedarkan menerusi Internet dan e-mel kepada rakan-rakan mereka. Namun, setahun kemudian ia mengumpul 1.4 juta carian di Internet, sehingga menarik minat syarikat rakaman gergasi Columbia Records untuk menandatangani kontrak rakaman.

Hasilnya, Foster the People muncul dengan album debut mereka, Torches pada Mei, 2011 dengan lagu Pumped Up Kicks meluaskan radar popularitinya menerusi radio komersial di seluruh dunia menjelang pertengahan 2011 itu.

Ia meraih kedudukan juara carta Lagu-Lagu Popular Alternatif dan nombor tiga di carta Lagu-Lagu Rock Popular Billboard, serta nombor tiga di carta Billboard Hot 100.

"Aku banyak melakukan eksperimen dalam mencipta genre muzik sebagai pengenalan khusus untuk Foster the People. Aku menulis satu lagu genre hip hop, kemudian aku masukkan elemen elektronik yang aku rasa terlalu banyak untuk lagu itu.

"Aku juga cuba masukkan elemen kerohanian serta alunan klasik piano. Aku gabungkan kesemua elemen itu untuk lagu-lagu kami. "Ia mengambil masa selama enam tahun sebelum berjaya menghasilkan semua lagu-lagu itu," akui Mark Foster tentang kerja keras yang dilakukan sebelum Foster the People merintis kejayaan seperti pada hari ini.

Dalam pada itu, peminat muzik di Malaysia berpeluang untuk larut dalam muzik Foster the People secara langsung menjelang tahun 2012 yang baru menyingkap tirainya itu.

Dibawakan oleh PR Worldwide ke Kuala Lumpur, Foster the People bakal muncul untuk persembahan konsert mereka di KL Convention Centre menjelang 13 Januari ini. Tiket-tiket berharga RM95 ke atas kini boleh ditempah menerusi Ticketpro dengan menelefon di talian 03- 7880 7999.

Bagi maklumat lanjut mengenai tiket konsert tersebut boleh melayari www.prworldwidelive.com atau www.ticketpro.com.my. Tiket juga boleh didapati di cawangan Rock Corner dan Victoria Music terpilih seluruh Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Erra kagumi Lisa

Posted:

Erra kagumi Lisa

Erra kagumi Lisa

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


ERRA mengakui suaminya bukan jenis lelaki yang sering mengikuti isteri walau ke mana sahaja.


TAHUN 2011 bagai sinonim dengan figura jelita Erra Fazira, 38. Usai memenangi program Mentor bersama protegenya Salma, permintaan untuk melihat sosok Erra Fazira bagai mencurah-curah.

Selesai dengan pelbagai drama bersiri selaku wajah eksklusif Astro antaranya Kelasss Kau Maria, mengalun peminat dengan teater Badai Semalam, terpilih sebagai juri tetap Pilih Kasih musim ketiga, dan menutup tahun 2011, diari Erra tertutup rapat sebagai pengkritik tetap program Vokal Bukan Sekadar Rupa yang juga baru sahaja melabuhkan tirainya.

Mungkin juga tahun 2012 menjadi tahun kegemilangan buat bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu memandangkan demand untuk penonton melihat wajahnya masih tinggi.

Namun begitu, Erra turut tidak lari daripada terbias dengan sedikit desas-desus yang mengatakan mahligainya yang dibina bersama suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin sedikit goyah akibat orang ketiga.

Erra yang ditemui selepas konsert final Vokal Bukan Sekadar Rupa di Plaza Alam Sentral Shah Alam baru-baru ini menjawab dakwaan itu.

Kosmo!: Benarkah rumah tangga Erra dan suami sedikit retak memandangkan kelibat kalian berdua jarang kelihatan bersama dalam sesebuah majlis?

Erra: Dia bukan jenis suka ikut ke sana sini dan saya pula bukan jenis yang suka memaksa. Ada orang sedap di mata angkut pasangan pergi sana sini. Manusia ada macam-macam dan ada macam-macam interpretasi boleh dibuat daripada pemerhatian mereka. Tidak semestinya saya tidak membawa suami bersama, hubungan kami bermasalah.

Maknanya, tiada sebarang masalah antara Erra dan suami sehingga kini?

Alhamdulillah, rumah tangga kami masih sempurna dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

Engku Aleesya sudah menjangkau usia tiga tahun, bagaimana perancangan keluarga Erra selepas ini?

Saya tidak ada rancangan. Prinsip saya tekad, reda, tabah. Kalau ada, adalah. Tak ada tak apa. Lagipun tahun 2012 saya nak tumpukan pada kerjaya dan apa yang sudah ada di depan mata. Dalam masa yang sama cuba ketepikan masalah peribadi.


MEMORI manis. Adakah majlis perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani pada 23 Februari nanti bakal berlangsung semeriah majlis persandingan terbuka Yusry dan Erra Fazira di Taman Tasik Puteri, Bandar Tun Razak Kuala Lumpur pada 21 Jun 2003 ini?


Memandangkan permintaan terhadap Erra masih banyak pada tahun 2012, mungkinkah tahun ini menjadi tahun kegemilangan Erra sekali lagi?

Azam saya selepas berumah tangga mahu kurangkan sedikit aktiviti seni dan lebih fokuskan pada keluarga tapi rezeki datang mencurah-curah, dan sebelum ini sudah banyak alasan saya berikan untuk tidak terlibat dalam beberapa program selepas ini. Pilihan memang nak kurangkan tapi kalau ada permintaan mesti ada hikmah di sebaliknya.

Lama Erra meninggalkan bidang seni suara dan membuat persembahan nyanyian. Tidakkah Erra rindukan untuk kembali beraksi di pentas.

Rasanya sudah setahun saya mengelak untuk mengadakan persembahan, tapi tahun ini saya akan kembali ke seni suara dan menyanyi balik memandangkan saya sudah bebas daripada mana-mana syarikat rakaman. Saya boleh buat apa yang saya mahukan.

Bagaimana pula dengan berlakon filem?

Ada tawaran yang datang tapi selagi tidak ada hitam putih saya tidak berani terima. Ada watak yang betul-betul bagus tapi tak ada tawaran yang menarik, selalunya watak menarik ada tapi tawaran pula tergendala.

Memandangkan Erra sudah lama dalam industri seni, apakah yang dapat diperhatikan mengenai senario artis-artis masa kini?

Saya terkilan melihat sebilangan artis yang menjadikan ruang siber sebagai tempat untuk berperang. Jangan malukan industri kita dengan isu-isu peribadi yang negatif sebab itu akan jadi tumpuan semua orang. Sebab itu orang ramai sukar menghormati kita. Sebenarnya ada cara lain untuk berlawan sesama sendiri.

Nasihat Erra untuk artis kita yang gemar mencetuskan kontroversi?

Untuk menjadi anak seni perlu tahan kebal. Kejutan budaya terutama artis baharu pasti akan berlaku cuma persoalannya bagaimana untuk kita mengawal perkara itu. Kontroversi itu kadangkala perlu tapi biarlah populariti itu datang secara semula jadi bukan kerana kontroversi yang kita cetuskan.

Ucapan Erra kepada Yusri yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan Lisa Surihani tidak lama lagi?

Alhamdulillah, saya sangat gembira mendengar berita itu. Saya doakan mereka berkekalan dan tahniah saya ucapkan. Semoga cepat-cepat timang anak. Apapun, saya kagumi Lisa yang sanggup ambil keputusan untuk berkahwin ketika namanya sedang berada di puncak. Harap masing-masing boleh hargai masing-masing.

Full content generated by Get Full RSS.