Adsense

Jumaat, 13 Januari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Amanda Imani Mahu Lebih Daring Lancar CEMBURU

Posted: 12 Jan 2012 10:01 PM PST

Penyanyi berbakat besar, Amanda Imani memulakan tahun 2012 dengan langkah bergaya apabila muncul dengan single terbaru berjudul 'Cemburu' yang merupakan lagu duet bersama penyanyi hip hop terkenal, Malique yang turut merupakan pencipta lagu ini.

Banyak perkara yang telah dicapai serta dilakar oleh Amanda Imani dalam kerjaya seninya sepanjang 2011 termasuk pencapaian sebagai Vokal Terbaik Artis Wanita di Anugerah Planet Muzik 2011 (APM 2011) di Singapura. Akan tetapi, tahun 2012 ini bakal menjanjikan pelbagai kejutan menarik daripada penyanyi dan pemuzik muda berbakat besar ini.

Amanda Imani

Cemburu dengan apa yang diraihnya dalam masa yang singkat? Jangan… kerana gadis yang berbintang Capricorn ini memang sangat gigih serta sangat bekerja keras untuk membuktikan bakat dan kemampuannya kepada semua pencinta muzik Malaysia.

Membuka tirai kerjaya seninya pada pertengahan bulan Januari ini, Amanda Imani bakal muncul dengan single Cemburu yang menampilkan Malique sebagai pasangan duetnya. Digubah serta ditulis oleh Malique yang kini telah mencipta fenomenanya yang tersendiri dalam industri muzik selepas bersama Joe Flizzow menerusi Too Phat, single Cemburu ini telah diterbitkan oleh Amanda Imani Productions serta diedarkan Warner Music Malaysia dan bakal diputarkan di seluruh stesen radio tempatan.

Menariknya, single Cemburu ini menampilkan Amanda Imani dalam sisi yang berbeza kerana ia bukan saja berpaksikan kepada teras muzik R&B semata tetapi turut menyelitkan unsur hip hop, rapping dan turn table, namun pada waktu yang sama masih berpegang teguh dengan ciri acuan muzik yang masih memiliki unsur keMelayuan.

Apa yang pasti menerusi single Cemburu, Amanda Imani mahu membuktikan dia mampu tampil dengan muzik yang lebih edgy, lebih daring dan lebih bertenaga tetapi pada waktu yang sama, masih menyelitkan ciri-ciri femininnya.

Amanda Imani

Malah, Amanda Imani berharap dengan munculnya single Cemburu ini, ia akan dapat menonjolkan sesuatu kelainan dalam perjalanan muziknya.

"Saya harap peminat dan pendengar akan dapat menerima kelainan ini dan tidak terkejut dengan perubahan yang saya lakukan ini. Sebagai penyanyi dan pemuzik saya harus melakukan perubahan dan pada waktu yang sama mengembangkan genre muzik yang saya bawakan," katanya.

Single Cemburu ternyata adalah permulaan untuk Amanda Imani terus mengorak langkah dalam kerjaya seninya pada tahun ini. Yang pastinya, Amanda Imani tidak akan terus diam begitu saja. Selain dari Cemburu, Amanda Imani juga mempunyai perancangan untuk muncul dengan single yang seterusnya diikuti dengan sebuah studio album pada tahun ini juga.

Bersempena dengan pelancaran single Cemburu ini, Amanda Imani akan turut membuat kejutan apabila membawakan lagu ini dengan diiringi dua penari dalam persembahannya serta tidak lagi bertemankan gitar serta piano seperti kebiasaanya. Ia sesuatu yang belum pernah dilakukan Amanda Imani sebelum ini dan harus disaksikan oleh semua yang hadir pada majlis hari ini.

Menariknya juga, Amanda Imani akan turut melancarkan logo penjenamaannya sendiri. Hasil gabungan huruf 'A' daripada Amanda dan 'I' daripada Imani, tercetuslah bentuk seekor rama-rama dengan penggunaan warna tembaga dan emas.

Simboliknya, rama-rama melambangkan kehalusan dan kelembutan tetapi mampu memberikan kejutan, berdepan segala kemungkinan serta mengatasi segala rintangan. Rama-rama juga adalah simbol keharmonian daripada melodi yang tercetus dari unsur alam semulajadi tanpa mengira batasan waktu.

Dengan adanya penjenamaan logonya sendiri, ia akan memudahkan Amanda Imani untuk mengeluarkan barangan merchandisenya sendiri.

Seiring dengan kemunculan single Cemburu ini, dapatkan juga kalendar hangat yang mengandungi 14 potret wajahnya Amanda Imani. Mengenakan solekan tajaan Shiseido untuk kesemua kalendar potret wajahnya ini, Amanda Imani juga bertuah kerana turut mendapat tajaan barang kemas daripada Rafflesia. Sekalung penghargaan buat pihak Shiseido dan Rafflesia.

Apa yang menarik, majlis pelancaran single Cemburu dan logo baru Amanda Imani ini juga turut mendapat kerjasama daripada pihak Hotel Hilton Kuala Lumpur. Manakala, solekan Amanda Imani pada majlis hari ini beserta barangan doorgift untuk semua tetamu dan pihak media pula mendapat tajaan daripada L'oreal Paris Malaysia. Amanda Imani juga turut mengenakan barang kemas Rafflesia pada majlis pelancaran ini.

Amanda Imani

Menarik Tentang Cemburu…
Cemburu adalah sebuah lagu yang bercerita tentang emosi dan perasaan seorang wanita yang sentiasa berada di dalam keadaan yang tidak tenang dan was was apabila melihat lelaki yang dicintainya sentiasa dikelilingi wanita yang cantik.

Teman lelakinya cuba menafikan hal tersebut dan memberitahu bahawa dia mungkin kelihatan agak rapat dengan semua wanita tersebut tetapi wanita tersebut lebih dulu bertakhta di hatinya. Kerana rasa cemburu yang berterusan, si wanita terus tidak percaya dan meminta teman lelaki memilih dia atau wanita lain tersebut.

Bagaimana single Cemburu terhasil?
Sebagai seorang penyanyi dan pemuzik berjiwa halus dan mempunyai impian yang cukup besar dalam bidang ini, Amanda Imani memang sudah lama menyimpan impian untuk bekerja dengan beberapa artis dan komposer ternama di negara ini. Antaranya M Nasir, Ella, Joe Flizzow, Malique dan One Nation Emcees. Malah, dia juga turut menyimpan impian untuk berkolaborasi dengan penyanyi dari seberang, Agnes Monica.

"Saya memang sudah lama teringin bekerja dengan Malique. Lagipun saya adalah antara peminat besar Too Phat. Saya membesar dengan lagu-lagu mereka. Lantas, saya ambil keputusan untuk mendekati Malique pada awal tahun lepas dan meminta lagu daripadanya.

"Malique kembali dengan 3 lagu. Salah satu daripadanya adalah Cemburu. Sebaik saja mendengar lagu tersebut, saya serta-merta tertarik serta menyukainya. Saya menyukai lenggok dan feelnya. Ia mempunyai elemen muzik hip hop yang sudah lama menjadi signature Malique dan Too Phat.

"Apa yang membuatkan saya terharu, sebelum menyiapkan komposisi lagu Cemburu tersebut, Malique terlebih dahulu telah membuat kajian tentang siapa diri saya, bentuk vokal saya dan bagaimana muzik yang saya bawakan.

"Bekerja dengannya pula adalah satu pengalaman yang menarik. Dia seorang yang unik dan kreatif. Malah, apa yang boleh saya katakan juga, dia adalah seorang karyawan muzik yang cukup luar biasa. Tetapi, satu perkara yang saya suka, dia mahu terima segala idea dan pendapat daripada saya," kata Amanda Imani.
Pengalaman merakamkan lagu Cemburu?

Lagu Cemburu telah dirakamkan dalam masa sehari di Studio Platinum dan ia begitu mencabar kemampuan vokal Amanda Imani.

"Berbeza dengan lagu-lagu yang pernah saya bawakan sebelum ini, Cemburu memerlukan saya menguasai notasi lagu yang tinggi dan rendah dengan penuh maksimum. Ia cukup mencabar tetapi pada masa yang sama menyeronokkan.

"Dalam waktu yang sama saya perlu melakukan 10 lapisan vokal latar untuk lagu ini. Ia paling banyak yang pernah saya lakukan. Sebelum ini, saya hanya lakukan satu lapisan vokal latar sahaja," kata Amanda Imani.

Dari sudut melodi,gubahan muzik serta susunan muziknya, ia mempunyai perbezaan yang ketara dengan lagu-lagu yang pernah dibawakan Amanda Imani sebelum ini.
"Ia sebuah lagu yang agak fast dan banyak menggunakan gitar elektrik serta turntable daripada DJ Jocular. Jadi, beatnya agak berbeza. Tapi, waktu pertama kali dengar saya sudah menyukainya dan saya juga yakin saya mampu membawakannya," kata Amanda Imani lagi.

Apa kata Malique selaku produser, komposer, penulis lirik dan artis duet?

"Saya rasa seronok apabila berpeluang bekerja dengan penyanyi yang berbabat seperti Amanda Imani. Harapan saya, lagu ini akan dapat membantu Amanda untuk berada di tahap yang lebih tinggi serta memperolehi penghormatan yang dia sepatutnya dapat".

Budiey harap semoga single Cemburu dari Amanda Imani ini mendapat sambutan dari peminat seni suara tanahair ya.

Amanda Imani

Amanda Imani

Amanda Imani

Amanda Imani

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Amanda Imani Bakal Lancar Single CEMBURU
  • Gambar Amanda Imani di Karpet Merah AIM18
  • Gambar Amanda Imani Melaram Seksi di ABP 2010
  • Gambar Amanda Imani di Karpet Merah Festival Filem Malaysia 24
  • Gambar Amanda Amani di Green Cheongsam Showcase
  • Gambar Seksi Amanda Imani
  • Amanda Imani Menang Besar di Festival Discovery 2011
  • Amanda Imani Ke International Pop Music Festival Discovery 2011
  • Amanda Imani Dipandang Rendah Sebab Syok Sendiri?
  • Amanda Misbun Pegang Watak Iqlima dalam Stanza Cinta
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Impiana KLCC Hotel Is Ready To Usher

    Posted: 12 Jan 2012 08:57 AM PST

    IMPIANA KLCC HOTEL IS READY TO USHER

    THE YEAR OF DRAGON WITH DELIGHFUL
    CHINESE NEW YEAR CUISINE.

    Kuala Lumpur –The dragon year of 2012 is roaring into Impiana KLCC Hotel's coffee house Tonka Bean Café with stunning spread of Chinese New Year delicacies that leaves patrons wanting more. The chefs have put together a delicious spread with great effort that suits the year of power and fortune.

    This delicious Yee Sang begins from 16 January until 6 February 2012 from 12noon to 10:30pm where choices of Norwegian Salmon, Abalone and Japanese Seaweed are prepared carefully for a minimum number of 5 people and price starting from RM38++. The Reunion dinner continues until 24 January that starts from 6:30pm to 10:30pm and priced decently at RM88++ for an adult, RM44++ for children ages between 6 to 12 years old. Among the selections of delicacies served are Jelly Fish Head with Thai Sauce, Mini Taro Ball, Roasted Duck with Condiment, Braised Korean Oyster with Crab Meat Sauce and Wawa Choy, Stir Fried Venison with Spring Onion and Ginger and Stir Fried White Prawn with Wasabi Salad.

    CNY (Scallop and Salmon Yee Sang)

    An auspicious Year of Dragon High Tea Buffet is served on 23 and 24 January 2012 from 12:30pm to 4:30pm priced at RM48++. Amongst the wonderful spread there are Braised Seafood Bean curd soup, Loh Mai Kai, Dim Dum, Katafi Prawn, Aloe Vera Red Date with Chinese Fig and Crystal Rabbit and so much more across the continent food items.

    Impiana KLCC Hotel is ready to usher the Year of Dragon
    12 January 2012

    Chinese New Year set menus are also prepared for those who are interested to bring in get-together of 20 people the minimum to have a private function by themselves with no interruption of others. A private room is prepared with three kinds of different menus for guest to choose from at affordable price starting from RM988++ per set.

    Troop of lion and dragon dances will be performing in the hotel lobby as an act of great fortune blessings and to welcome the auspicious year of dragon. Mandarin oranges will be given out at the reception counter to all guests as a symbol and token of appreciation in conjunction with the festive season. A duet performance by the Regal Orchestra that consist of two traditional Chinese music instruments to perform at the hotel lobby starting on the 11 to 20 January 2012. The duo will be performing from 7:30pm to 8:15pm and 8:30 to 9:15pm on mentioned nights.

    Tonka Bean Café is strategically located that it overlooks the breathtaking and majestic façade of Petronas Twin Tower. The warmth and cozy ambience that sits in the middle of busy city centre gives the perfect excuse to enjoy dinner and spend the night away.

    All diners are privileged of free parking in Kuala Lumpur Convention Centre.

    For dining reservations, please call 03-21471111, extension 3034 or 3035.

    CNY (Steamed Red Grouper with Home Town Style)

    CNY (Chef Ong with his creations)

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Impiana Klcc Hotel Initiates Go Green Effort
  • Promo: Minggu Setiausaha Ferhad, Dia Fadilla & Ashraf Sinclair @ Impiana Hotel
  • Penyanyi Usher & Tameka Foster Selamat Kahwin Akhirnya
  • Sekitar Minggu Setiausaha Bersama Ferhad, Dia Fadilla & Ashraf Sinclair
  • IZ OIAM Opening Act Usher Live in Malaysia
  • The World's First 360-Degree Projection Dome Pavilion KL
  • Budiey Belanja Tengok Wayang & Sambut Tahun Baru 2009
  • Promo: Movie Day Out Bersama Aizat AF5
  • Senarai Hotel Buffet Ramadan 2010 Tidak Patuhi Piawaian Halal
  • Trivia: Gadis Berkebaya Putih dan Berkain Batik Di KLCC
  • Full content generated by Get Full RSS.