Himpunan Kisah Sensasi |
Kampung Melayu Majidee lombong emas? Posted: 12 Jan 2012 05:00 PM PST Sebahagian penduduk sibuk mendulang emas di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, semalam.
Batu bersalut emas itu mula disedari penduduk setempat selepas kerja-kerja menambak batu dijalankan di kawasan lapang berkenaan ketika aktiviti gotong-rotong, baru-baru ini. Seorang penduduk, Sapiah Abd. Samad, 66, berkata, orang ramai mula menyedari terdapat batu di kawasan tersebut berkilau terutamanya pada waktu malam. Menurutnya, sejak itu orang ramai termasuk penduduk dari luar daerah ini datang ke kawasan berkenaan untuk mendulang emas. "Bukan sahaja waktu pagi, malah orang ramai turut mendulang pada waktu malam kerana kilauan emas itu lebih jelas ketika gelap. "Dianggarkan lebih 100 orang datang mendulang dari awal Subuh hingga lewat malam," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. Sapiah memberitahu, penemuan emas itu adalah yang pertama sejak mereka sekeluarga menetap di kampung tersebut sejak 21 tahun lalu. Sementara itu, juruteknik elektrik dari Tampoi, Mohd. Fazli Ahmad, 31, berkata, dia yang turut sama mendulang emas berjaya memperoleh beberapa ketul batu yang disaluti bahan dipercayai emas itu. "Mula-mula sukar nak percaya, namun apabila saya beritahu seorang rakan yang mahir tentang emas dia mengatakan itu mungkin emas. "Emas jenis apa saya sendiri tidak tahu kerana emas pun banyak jenis dan kualitinya," katanya. Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan tersebut mendapati orang ramai sibuk mendulang meskipun hujan pada sebelah petang. |
Posted: 11 Jan 2012 05:00 PM PST KOTA BHARU: Gabungan urutan 'overhaul', membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing. Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut 'overhaul'. Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 50, menyediakan beberapa pakej dengan paling mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka. "Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah. "Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan. //hmetro /// |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |