Adsense

Isnin, 16 Januari 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Video Viral : Kalau Sayangkan B, Beginilah Caranya… Apakah?

Posted: 15 Jan 2012 08:35 PM PST

Video berjudul 'Kekasih Untuk Kekasih 2.0′ kini menjadi viral di laman perkongsian video Youtube apabila seorang wanita yang tidak dikenali identitinya merekodkan kata-kata ucapan cinta kepada teman lelakinya.

Berdurasi 1:51 minit, OHBULAN! mendapati rata-rata penonton memberikan reaksi yang menjelikkan terhadap rakaman video ini.

Menurut sumber, video ini telah di-upload oleh tuan asal sebagai dedikasi terhadap teman lelakinya yang kini berada di luar negara. Kebiasaannya, video sebegini diprivasikan untuk tontonan peribadi. Lain pula ceritanya, wanita ini sudi berkongsikan video ini bersama orang ramai sebagai 'tanda cinta' kepada B (baby).

Bagaimanapun, video tersebut menerima kritikan daripada penonton sehinggakan tuan asal terpaksa membuang video berkenaan. 'Once it's on the internet, it stays'. Video tersebut telah dimuat turun oleh segelintir peminat dan dikongsikan semula ke laman Youtube.

Kata seorang peminat, "Video ini dimuat naik supaya dapat menyemaikan rasa kasih sayang terhadap orang ramai.' – Begitulah ceritanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Video: Dokumentari Khas Dato’ Siti Nurhaliza Di History Channel!

Posted: 15 Jan 2012 08:13 PM PST

Satu penghargaan yang besar buat Dato' Siti Nurhaliza kerana kisah hidupnya telah disiarkan di sebuah saluran yang terkenal iaitu History Channel.

Dokumentari selama hampir 50 minit ini mengisahkan bagaimana Dato' Siti Nurhaliza yang mula mencipta nama seawal umur 15 tahun apabila memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) 1995 yang dianjurkan oleh Rancangan Televisyen Malaysia (RTM).

OHBULAN! percaya semua orang di Malaysia mengenali dan meminati Dato' Siti Nurhaliza selepas kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya. Pencapaian paling menarik Dato' Siti di tanah air ialah beliau berjaya merangkul Anugerah Seri Perak ABPBH sebanyak 8 kali dan menjadi artis Malaysia pertama yang membuat persembahan di Royal Albert Hall, London.

Kepada anda yang tidak mempunyai Astro di rumah untuk menonton saluran 555 (History Channel), di sini OHBULAN! masukkan video dokumentari Dato' Siti Nurhaliza yang telah dimuat-naik ke Youtube pada 11 Januari lepas. Sehingga kini, sudah lebih 60,000 jumlah tontonan yang dipaparkan.

Mari kita tonton dan selami sejarah hidup Dato' Siti Nurhaliza yang telah banyak kali mengharumkan nama negara. Paling penting ialah, tidak perlu berpakaian seksi dan kontroversi, cukup dengan bakat dan tatacara yang sopan, anda boleh juga mencipta nama sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.