Adsense

Isnin, 16 Januari 2012

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Rozita Che Wan elak bermadu

Posted: 15 Jan 2012 05:00 PM PST

hi 02.1 Rozita Che Wan elak bermadu
MAHU tumpukan perhatian kepada bidang perniagaan.

KECANTIKAN wajahnya sentiasa menjadi dambaan lelaki tak kira tua mahupun muda. Namun tidak dinafikan wujud perasaan cemburu pada sesetengah peminat wanita.

Masakan tidak pada usia 38 tahun, pelakon yang mendapat jolokan 'artis bergetah', Rozita Che Wan terus anggun dan mudah mencairkan hati lelaki.

Biarpun begitu, Rozita memberitahu, dia tidak mahu terburu-buru dalam memilih pasangan hidup walaupun telah sembilan tahun memegang status ibu tunggal.

Malah tegas aktres cantik itu, dia tidak akan sesekali merampas hak orang lain demi kebahagiaan dirinya.

"Pilih suami bukan perkara mudah untuk saya dan saya memang sangat berhati-hati dalam memilih perkara yang satu ini.

"Jadi saya rasa wanita di luar sana tidak perlu untuk mencemburui saya kerana saya tidak akan sesekali merampas hak milik orang lain," katanya yang ditemui ketika hadir memenuhi undangan untuk Jom Chat Bersama… di ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad baru-baru ini.

Sering dikaitkan bercinta dengan jejaka yang jauh lebih muda dari usianya, menurut Rozita, bukan niatnya memilih lelaki muda sebagai buah hati.

Bagi Rozita sendiri, dia senang memilih untuk berkawan dengan lelaki bujang kerana tidak mahu dituduh sebagai perampas.

///utusan///

Full content generated by Get Full RSS.