Adsense

Ahad, 22 Januari 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Timbul tenggelam Fezrul Khan

Posted:

Timbul tenggelam Fezrul Khan

Timbul tenggelam Fezrul Khan

FEZRUL KHAN muncul dengan filem perdananya, Sumpahan Kum Kum yang mula ditayangkan pada 26 Januari ini.


AKTOR ini memulakan mukadimah dengan satu pernyataan benar tentang dirinya. Fezrul Khan ketawa kecil tapi memberi gambar besar tentang penampilannya sebagai seorang pelakon.

"Saya bukan pelakon method," itu ayat ringkas yang menjelaskan pendirian Fezrul Khan.

Secara harfiahnya, Fezrul banyak bergerak dengan faktor teknikal. Dia bernaung bawah syarikat yang menawarkan khidmat sewa peralatan seperti lampu dan barang-barang untuk produksi. Hari-harinya banyak bergulir dengan suasana teknikal setelah mendirikan MRG Entertainment Sdn. Bhd. sejak dua tahun lalu.

Penubuhan syarikat atas dasar kecintaan kepada bidang kerja yang digemarinya ini menjadi antara faktor mengapa pelakon berusia 29 tahun ini semakin bergerak pantas. Banyak menumpukan perhatian kepada syarikat, namun Fezrul mengaku semakin serius meletakkan dirinya sebagai aktor.

Faktor teknikal

Menggalas topik teknikal yang dibawakan Fezrul, dia memulakan cerita tentang faktor penting yang membantu perjalanan karier seninya namun agak dipandang sepi oleh sesetengah pelakon.

"Saya memulakan bidang seni dengan kerja-kerja belakang tabir. Itu permulaan saya. Boleh saya katakan bahawa faktor teknikal membantu 50 peratus dalam lakonan saya. Saya melihat juga tidak ramai pelakon tahu tentang teknikal. Majoritinya hanya banyak tertumpu kepada penyampaian dan jalan cerita.

"Kalau kita sedar bahawa faktor lampu, pergerakan kamera dan peralatan akan dapat banyak membantu perjalanan lakonan. Itu yang saya katakan bahawa saya ini lebih kepada pelakon teknikal dan bukan method," senyumnya yang mengaku seorang yang pemalu.

Namun pada kadar kelajuan sederhana sekarang yang tidak perlu dipacu deras, Fezrul yang kadangkala seakan tenggelam dan timbul bersyukur dengan tawaran lakonan yang semakin banyak menghampiri.

"Alhamdulillah ada tawaran dan saya memilih daripada sudut jalan cerita. Berdasarkan pemerhatian saya, enam daripada 10 buah filem tempatan mempunyai jalan cerita yang baik," tambahnya.

"Saya rasa tidak laju dalam kadar pencapaian berlakon. Saya sebenarnya juga tidak mahu lambakan lakonan saya dalam produk takut orang muak tengok saya. Banyak lagi yang saya pelajari. Bagi saya adalah penting untuk mengambil masa untuk mengkaji dan membentuk sesebuah karakter," ujar teman baik Shaheizy Sam yang selalu memancing bersama.

Pengalaman kena tipu

Fezrul mula bersifat selektif dalam pemilihan watak kerana pengalaman lalu banyak meninggalkan kesan terhadapnya.

Dakwa pelakon yang berasal dari Johor, pengalaman ditipu bayaran merupakan pengalaman pahit buatnya. Sakit hati sudah pasti tapi pengajaran positif yang kemudian diambil adalah dengan menyertai sebuah pengurusan artis yang mampu menjaga kebajikannya.

"Ya, saya pernah ditipu dengan tidak dibayar. Lalu dengan nasihat Sam, saya menyertai pengurusan Metrowealth (MIG) yang akan menjaga saya sebagai pelakon. Perancangan jangka panjang, inilah yang saya nampak baik untuk saya," ujar Fezrul yang pernah terkena sihir beberapa tahun lalu.

Melalui MIG, Fezrul pada tahun ini muncul sebagai pelakon utama dalam filem Sumpahan Kum Kum. Respons yang diterima usai tayangan, filem tersebut adalah sebuah tanda aras positif untuk Fezrul. Ramai yang memuji lakonannya manakala filem arahan Ismail Bob Hashim itu dianggap antara yang paling seram. Filem yang bakal ditayangkan pada 26 Januari ini adalah hasil gandingan Fezrul bersama Shima Anuar, Wawa Zainal, Razak Ahmad dan Kaza.

"Ini filem pertama saya. Sebelum ini pernah berlakon filem tetapi ditipu. Saya membawakan watak Adi yang membalas dendam terhadap kematian adiknya. Dia seorang lelaki yang selalu cemas dan panik. Juga berkebolehan mengubatkan orang kerana ada keistimewaan mistik," terang Fezrul yang sebenarnya turut mempunyai perasaan cepat panik selepas terkena sihir satu ketika dulu.

"Saya target untuk tahun 2012 untuk keluar dengan produk filem. Alhamdulillah, saya akan muncul dengan filem Minyak Dagu arahan Azhari Zain dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang arahan Ollyn untuk tahun ini," katanya.

Di kaca televisyen juga, drama Santau Merasuk juga sudah mula ditayangkan. Penampilan Fezrul bersama Yana Samsudin sekali lagi menyaksikan dirinya dalam atmosfera genre seram.

"Saya tahu saya banyak berlakon produk seram. Tetapi saya perlu berhenti daripada melakonkan genre seram kerana mahu fokus kepada genre lain. Mungkin wajah saya ini sesuai dengan produk hantu," ketawanya yang mengagumi Kevin Spacey dan John Leguizamo ini.

Untuk Fezrul, 2012 tampaknya sebagai sebuah permulaan dengan langkah kanan. Muncul dengan sebuah perdana memungkinkan nama yang dilihat tenggelam timbul itu ada pada permukaan yang lebih jelas.

"Saya memang suka berlakon kerana suka berfikir," tambahnya yang jelas gemar berfikir kerana menbalas setiap soalan dengan pemberhentian masa beberapa detik sebelum deras menjawab.

Full content generated by Get Full RSS.

Janda Hattan dianiaya

Posted:

Janda Hattan dianiaya

Janda Hattan dianiaya


LAPORAN polis terhadap kejadian godam e-mel dan blog juga dibuat Farah.


PADA mata khalayak, Farah Othman pernah dikenali sebagai janda Hattan. Perkahwinan dan kebahagiaan yang dibina bersama penyanyi lagu Biso Bonar itu hanya mampu bertahan 63 hari sahaja. Dinikahi pada tarikh cantik 11 November 2011, talak satu kemudian jatuh ke atas usahanita berjaya itu pada tarikh 12 Januari 2012 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Impak perpisahan dengan jangka perkahwinan pendek itu benar-benar menimpa Farah Ashikin. Dia terpalit pelbagai spekulasi yang memberi kesan kepada diri dan kerjayanya. Bertemu Farah di butik Amir Luqman yang merupakan rakan kongsinya, Farah meminta ruang untuk menerangkan spekulasi yang bergerak dalam atmosfera percakapan khalayak. Malah, ibu kepada dua orang anak ini juga sempat memberitahu tentang onar yang menimpa dirinya.

"Pertama sekali saya mahu membetulkan spekulasi yang menyatakan Hattan ceraikan saya kerana gambar saya yang disiarkan di Internet. Itu tidak ada kena mengena. Perpisahan ini lebih kepada tiada jodoh dan persefahaman," ujar pengarah urusan Into Equity ini dan menegaskan bahawa perkahwinannya dan Hattan mendapat restu keluarga.

"Saya rasa keadaan sekarang sangat tough. Saya perlu bersuara. Ya, saya akui gambar yang disebarkan adalah gambar saya. Salah tetap salah tetapi gambar itu adalah gambar lima tahun dahulu. Saya perlu bersuara sebab beberapa blog memainkan isu saya dan saya anggap tidak relevan," ujar Farah yang menganggap tidak adil gambarnya disebarkan sedangkan dia bukanlah seorang selebriti.

"Saya juga ingin membetulkan bahawa saya tidak pernah diceraikan talak tiga seperti yang pernah diuar-uarkan. Saya meletakkan nyawa saya kepada perkahwinan itu dan saya jujur terhadap perkahwinan," sambungnya yang bersikap optimistik dalam menjalani rencah kehidupan kini.

"Saya ada maruah dan saya ada keluarga. Saya sangat melindungi anak-anak saya. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh," luahnya yang kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Lebih penting lagi dalam pertemuan bersama Farah, penekanan diberikan kepada penganiayaan siber yang menimpa dirinya.

Bukan baru berlaku pada tahun ini tetapi penggodam tersebut telah memasuki ruang e-mel Farah dan menambah kandungan dalam e-mel serta kemudian melayangkan kepada setiap data yang berada dalam e-mel tersebut. Malah kandungan tambahan tersebut dimasukkan ke dalam blog milik Farah.

Pertama kali melakukan laporan polis pada 2010, laporan akhbar tentang penganiayaan tersebut turut muncul dalam akhbar Malay Mail pada September 2010.

Selepas mengahwini penyanyi Hattan, kejadian tersebut berulang malah bekas suaminya itu pernah menemaninya membuat laporan polis sekali lagi sebelum mereka berlepas ke London pada Disember lalu.

Melihat situasi ini sebagai satu cubaan menjatuhkan maruah dan reputasi dirinya sebagai usahanita, Farah menjelaskan impak dan bisnes yang sedang dijalaninya.

Melalui syarikat Into Equity Sdn. Bhd., Farah menjalani bisnes dalam bidang hartanah dan pendidikan kanak-kanak yang beroperasi di London dan Hong Kong.

Bukan sahaja di luar negara, Farah merupakan pembekal barangan untuk hotel terkemuka di Kota Kinabalu dan membekalkan peralatan kesihatan kepada Kementerian Kesihatan.

"Apabila penggodam ini menceroboh e-mel, menyebar gambar saya dan melakukan penganiayaan siber, reputasi saya sebagai usahawan terjejas. Kalau dengan pelanggan luar negara tidak ada masalah tetapi kalau dengan pelanggan dalam negara macam mana? Saya perlu bersihkan nama saya yang tercalar," ujarnya yang telah mendapat nasihat peguam dan akan mengambil tindakan.

Menganggap perkara penggodaman e-mel dan blog serta penyebaran gambarnya sebagai sesuatu yang sangat serius, tindakan akan dibuat sekembalinya Farah dari Hong Kong kelak.

"Saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Sekembalinya saya nanti, saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya," kata Farah tegas.

Full content generated by Get Full RSS.

Aidil Zafuan tutup mulut

Posted:

Aidil Zafuan tutup mulut

Aidil Zafuan tutup mulut

LAPAN belas kali fikirpun, Diva masih keliru dengan krisis rumah tangga yang dihadapi pasangan Rita Rudaini dan suaminya, pemain bola yang kacak Aidil Zafuan. Lepas kes bergaduh dalam Twitter dengan kembar si Aidil, Rita buat hebahan terbaharu mengenai tindakan Aidil yang memindahkan barang peribadi dari rumah mereka. Lepas keluar dari rumah dan berada di lokasi yang tidak diketahui, tiba-tiba Rita dikejutkan dengan sepucuk surat yang dikirimkan oleh peguam Aidil kepadanya.

Isi kandungan surat itu tidak pula diceritakan Rita, cumanya dia mengakui sangat terkejut dengan isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumahnya. Dengarnya, Aidil ada membuat tuntutan yang dikatakan langsung tidak masuk akal.

Terpanggil nak tahu pasal kes Rita dan Aidil, Diva pun cuba risik-risik daripada kawan-kawan media, mujurlah ada yang tidak lokek berkongsi informasi. Kata seorang teman, Rita sekarang memang tak nak buat sebarang kenyataan sebab peguamnya tidak mahu kes yang sedang difailkan itu terganggu dengan kenyataan pelik-pelik.

Pasal Aidil pula, pemain bola sepak kebangsaan itu pula memilih jalan untuk tidak memberikan sebarang komen. Kawan Diva ada menghubungi Aidil, tapi Aidil menerusi SMS enggan membuka keburukan Rita yang masih lagi isterinya yang sah. Lagipun kata Aidi, kisah rumah tangga adalah hal peribadi yang tak elok dikongsi dengan umum. Aidil juga minta maaf kerana buat masa ini, dia tidak mahu komen apa-apa pasal kenyataan Rita.

Diva rasa, selain masalah yang digembar-gemburkan, ada konflik lain membabitkan pasangan berbeza usia lebih sedekad itu. Cuma satu sahaja harapan Diva, kalau bergaduh macam mana sekalipun, lihatlah Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 9 bulan. Mereka sangat perlukan kalian, hari ini, esok, lusa dan hari-hari dewasa mereka kelak.

Diva: Tahniah pengacara TV3, Ally Iskandar dan Farah Lee yang selamat bernikah, Jumaat lalu.

Full content generated by Get Full RSS.