Adsense

Ahad, 15 Januari 2012

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Majlis Perkahwinan Ezlynn

Posted: 14 Jan 2012 05:00 PM PST

 Majlis Perkahwinan Ezlynn
HARI BAHAGIA…Ezlynn dan Adam bersama rakan artis yang hadir.

 Majlis Perkahwinan Ezlynn ke dewan utama." width="300" height="300" border="0" />
INDAH…mempelai segak melangkah ke dewan utama.

Coret-coret majlis repsepsi Ezlynn & Adam

1) Kasut khas rekaan Neelofa yang dipakai Ezlynn malam itu menjadi perhatian ramai hingga ada yang datang merisik untuk menempah daripadanya.

2) Tayangan video pernikahan Ezlynn dan Adam ditayangkan tatkala tetamu sedang sibuk menjamu selera namun ia masih mampu menarik perhatian ramai untuk menyaksikannya.

3) Hampir kesemua tetamu dan teman artis yang hadir mengenakan pakaian mengikut tema iaitu rona emas, kuning dan coklat.

4) Ezlynn bersungguh-sungguh ingin bertemu semua hadirin dan teman-teman meskipun beberapa kali dihalang suaminya serta pihak pengurusan acara.

5) Coklat mewah Rafflesia dan kek cawan istimewa dihidangkan kepada tetamu.

6) Adibah Noor sempat bergurau dengan mengenakan veil pengantin Ezlynn dengan melilit tubuhnya.

7) Pelakon jelita, Eja mendapat perhatian ramai apabila pakaiannya dan tata riasa wajahnya yang cukup kemas dan sempurna.

//hmetro//

Full content generated by Get Full RSS.

Hotel 30 tingkat siap 15 hari

Posted: 13 Jan 2012 05:00 PM PST

lu 08.1 Hotel 30 tingkat siap 15 hari
Bangunan Hotel Ark setinggi 30 tingkat yang mencipta rekod berjaya disiapkan dalam masa 15 hari. – AGENSI

BEIJING 9 Jan. – Sebuah syarikat pembinaan China, sekali lagi mencatat rekod dunia apabila berjaya menyiapkan pembinaan bangunan hotel setinggi 30 tingkat hanya dalam tempoh 15 hari atau 360 jam.

Hotel Ark, seluas 17,000 meter persegi yang dibina oleh Broad Group, syarikat pakar seni bina, siap dalam 15 hari selepas sebelum ini mencipta rekod membina bangunan hotel setinggi 15 tingkat juga dalam tempoh 15 hari.

Apa yang lebih menarik, bangunan itu berjaya disiapkan tanpa sebarang kecederaan di kalangan pekerja dan ia mampu bertahan dalam gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter.

Semua bahan yang digunakan adalah daripada jenis pasang siap di mana bahan-bahan binaan terlebih dahulu diproses di kilang dan pekerja hanya perlu menyambungkan komponen-komponen tersebut untuk menjadikannya satu bangunan.

Untuk menyiapkan struktur komponen utama, ia hanya mengambil masa 46 jam dan tempoh 90 jam lagi digunakan untuk menyiapkan bahagian luaran.

Struktur bangunan itu juga kalis bunyi dan mampu menebat arus udara panas, selain mempunyai pemantau kualiti udara di setiap bilik hotel. – AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.