Harian Metro: Rap |
Posted: 29 Jan 2012 05:45 AM PST KOTA Singa pernah menjadi saksi keakraban mereka, namun semua itu hanya tinggal kenangan. Amanda Amani dan Syarifullah Ahmad (Syarif) daripada band Sleeq, akhirnya membawa haluan masing-masing selepas beberapa bulan menjalin hubungan. Perhubungan mereka barangkali ramai yang tidak mengetahuinya. Masakan tidak, seorang di Kuala Lumpur dan seorang lagi bermastautin di Singapura. Kalau adapun yang mengagak, mereka itu mungkin pengikut pelantun popular dengan lagu Selamilah Cinta itu melalui laman sosial facebook (fb). "Saya mengaku pernah sangat rapat dengan Syarif tapi selepas ada sesuatu yang terjadi dan tidak perlulah saya ceritakan di sini kerana ia terlalu peribadi, saya anggap pengalaman menjadi teman kepada Syarif itu satu pengajaran buat diri saya," katanya.
"Dia memang pandai berkata-kata dan punya cara tersendiri. Saya hanya mahukan Syarif bersikap jujur terhadap apa yang terjadi dan ikhlas menjawab soalan daripada media dan berterus terang kepada peminat kami. "Saya dipermainkan. Saya tidak tahu dia sudah ada teman istimewa. Justeru saya yang menerima akibatnya ekoran ketidakjujuran Syarif itu. Sampai ada peminat melemparkan tuduhan kononnya saya bertepuk sebelah tangan dan seorang perampas. "Kami juga sudah lama terputus hubungan. Saya amat kesal dengan apa yang terjadi serta kecewa dengan apa yang berlaku," katanya. Sebelum mengetahui dia dipermainkan, mereka pernah merancang untuk menjalinkan kolaborasi menerusi sebuah single baru. Bagaimanapun, dia membayangkan hal itu tidak akan menjadi kenyataan. "Ya, kami pernah berbincang mengenai perkara itu sejak Julai 2011 dan ia nampak positif pada masa itu. Kerjasama yang mahu dijalinkan bukan kerana kami berkawan ketika itu tetapi kerana konsep muzik yang bersesuaian dengan 'attitude' masing-masing. Namun selepas itu, tiada respons positif dan saya rasa ia tidak akan menjadi kenyataan. "Dengan apa yang berlaku antara saya dan Syarif, mungkin selepas ini dia tidak lagi selesa bekerjasama sebagai rakan artis," katanya. Mahu melontarkan jauh-jauh segala kenangan dengan pemuda itu, Amanda lebih selesa mengabdikan dirinya terhadap pembikinan album baru. Single pertama Amanda untuk 2012 berjudul Cemburu dan ia ditulis sepenuhnya oleh Malique. Berentak R&B dan rap dan single ini dilancarkan pada 11 Januari lalu. "Saya sudah mula mengumpul beberapa lagu, tetapi ingin mengeluarkan single, demi single. Saya ingin dilihat dari sudut berbeza. Sebelum ini, saya banyak menyanyi lagu yang lebih berentak moderate dan berkonsepkan malar segar, sekarang saya ingin mencuba muzik yang lebih 'edgy', 'trendy' dan 'fresh'. "Saya juga ingin buat eksperimen dengan bunyi dan genre berbeza serta kolaborasi dan bekerjasama dengan produser, penulis lagu dan komposer berlainan untuk penghasilan album yang lebih 'versatile'. Insya-Allah dalam album ini nanti, saya mahu menerbitkan lagu saya sendiri," katanya. Perbualan dengan gadis berwajah seksi itu turut menyentuh pendapat peribadi berhubung perjalanannya sebagai penyanyi tatkala ini selepas diiktiraf melalui pelbagai anugerah. Apakah impak daripada kemenangan demi kemenangan mengubah kehidupannya? "Pada pendapat saya, anugerah yang saya terima banyak memberi pengiktirafan kepada saya dalam bidang industri seni. Selepas anugerah Best Young Talent 2011 daripada World Association of Festivals and Artists (Wafa), saya juga mendapat jemputan dan undangan ke Eropah untuk membuat persembahan dan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa. "Bukan itu saja, anugerah Vokal Terbaik - Artis Wanita Terbaru yang saya terima pada Anugerah Planet Muzik, Julai 2011 di Singapura juga membuka jalan meluaskan peluang saya di Malaysia, Singapura dan Indonesia. "Selain itu, anugerah seperti Best Pop Song daripada Voize Independent Music Awards (Vima) juga menguntungkan saya kerana Selamilah Cinta diiktiraf di sana. "Sementara pencalonan Top 5 Album Inggeris Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-17 juga amat bermakna kerana saya menulis semua lirik dalam EP Inggeris itu. Diakui sebagai salah seorang penyanyi baru berbakat besar, namun gemerlapan bintang Amanda bagai belum sepenuhnya. Justeru, penulis sendiri bertanya apakah dia merasakan dirinya kini sudah popular? "Saya rasa perkataan 'popular' amat subjektif. Mungkin ada yang mendefinisikan popular dengan jumlah lagu yang hasilkan dan berapa banyak lagu menjadi 'hit'. "Namun popular bagi saya apabila berjaya mewakili negara ke peringkat antarabangsa dan juga beberapa kali mengharumkan nama Malaysia di luar negara. "Pun begitu, saya tidak menafikan banyak perkara boleh diperbaiki dalam nyanyian dari segi vokal, persembahan dan karya saya," katanya. Pertandingan peringkat antarabangsa yang akan disertainya dalam masa terdekat adalah Talent Show dan konsert People Need Love yang dianjurkan Amberstar TV. Sebelum mengakhiri perbualan, gadis yang dibesarkan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ini sempat diajukan soalan cepu emas gara-gara ada peminat menggelarkan dia sebagai 'Khloe Kardashian Malaysia'. "Pertama kali saya dengar orang cakap Khloe Kardashian. Sebelum ini ada usik saya macam Megan Fox. Mungkin gaya saya memang ada persamaan dengan Khloe. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 29 Jan 2012 05:34 AM PST BERMULA hari ini, Kuala Lumpur menjadi tumpuan ramai karyawan seni seluruh dunia. Ini merujuk pada acara Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIS) yang diadakan selama tiga hari bermula 30 Januari sehingga 1 Februari ini. Acara julung kali dianjurkan KLIS Network dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berjaya menarik perhatian ramai karyawan antarabangsa yang berminat menghantar penyertaan.
Lebih 1,132 penyertaan diterima dari 75 negara seluruh dunia, hanya 40 karya terbaik dipilih juri profesional untuk bertanding. Penyertaan terbanyak dipilih dari India sebanyak lima penyertaan diikuti United Kingdom (UK) (3), Amerika Syarikat (AS) dan Switzeland (2) manakala setiap satu penyertaan dari Korea Selatan, Jepun, Belgium, Filipina, Jerman, Taiwan, Venezuala, Australia, Kanada, Singapura, Iceland, Itali, Indonesia, Brazil, Ireland, Perancis dan Bangladesh. Memberi tarikan, acara ini bukan saja fokus kepada gelaran pemenang yang akan diumumkan pada malam kemuncak, 1 Februari ini tetapi memberi pendedahan terhadap karyawan tempatan menimba ilmu menyaksikan karya berkualiti hasil sentuhan karyawan luar negara.
Tayangan percuma diadakan di Panggung Bandaraya selama tiga hari berturut-turut dari jam 11 pagi sehingga 6 petang pada hari ini (Isnin), 10 pagi sehingga 10 malam (Selasa) dan 10 pagi sehingga 6 petang (Rabu). "Pada Isnin ini, 10 karya kategori pelajar dan 10 karya tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertanding ditayangkan. Selasa dan Rabu pula menyaksikan semua kategori termasuk filem pendek dan animasi. "Menariknya, empat kategori ini juga disaingi karyawan tempatan, The Hipster View karya Bradley Liew, Like Toy Doll (Yihwen Chen) bertanding kategori CSR, The Fisherman Son (Yoki Chin) untuk Filem Pendek dan My Telatori (Kuan Win Chin) bagi Animasi. "Pada acara pembukaan diadakan jam 8 malam ini bertempat Panggung Bandaraya, 14 duta mengesahkan kehadiran antaranya Perancis, AS, Bangladesh, Venezuela,
"Acara ini yang akan dirasmikan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail turut menarik perhatian karyawan antarabangsa banyak pengalaman seperti Paolo Licata dari Itali, Iqbal Rais (Indonesia) dan Saliva Mathiew (Perancis) turut hadir memberi sokongan. Pada malam ini, 10 karya Filem Pendek ditayangkan pada tetamu," katanya ketika dihubungi. Agenda pada 31 Januari pula menyaksikan, Seminar Kerjasama Perfileman Malaysia dan Indonesia bertempat di Panggung Bandaraya jam 3 petang bersama beberapa karyawan Indonesia seperti pengarah filem Adtya Gumay. Orang ramai digalakkan datang memenuhi ruang dewan yang mampu memuatkan 250 tempat duduk. "Pada malam kemuncak yang akan diadakan di Auditorium Bandaraya, jam 8 malam menyaksikan acara penyampaian anugerah kepada pemenang setiap kategori. Prime works Studios juga menaja hadiah wang tunai keseluruhan untuk pemenang kategori CSR dikenali Primeworks Studios CSR Award iaitu pertama sebanyak AS$2,000, kedua (AS$1,000) dan ketiga (AS$500). "Tetamu turut diserikan dengan persembahan artis antaranya Iqwal, Upin dan Ipin serta kumpulan D'Adza. Turut mencuri tumpuan malam itu, dua anugerah utama iaitu KL Award dan Mayor Award. "Hadiah KL Award berupa trofi dan wang tunai AS$3,000 diberikan kepada satu
Gembira dengan sokongan yang diterima daripada pelbagai pihak, Martias menyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut memberi sokongan penuh apabila menambah wang peruntukan untuk penganjuran acara ini. "Apabila acara pembukaan mendapat sokongan 14 duta untuk hadir, acara ini menjadi suatu yang besar dan penting. Sebagai penganjur, perlu melakukan sebaik mungkin dan berharap semuanya berjalan lancar serta mencatat pencapaian baru pada perkembangan filem pendek tempatan dan dunia," katanya. JADUAL ACARA: Isnin (30 Januari) Selasa (31 Januari) di Panggung Bandaraya. Rabu (1 Februari) di Auditorium Bandaraya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |