Adsense

Isnin, 30 Januari 2012

borak kosong

borak kosong


[Gambar] pembedahan mengeluarkan 13 batang besi

Posted: 30 Jan 2012 09:15 PM PST







untuk mengetahui bagaimana pemuda ini boleh tertusuk
sampai 13 batang besi...sila klik

Nenek marahkan menantu siram cucu dengan air panas

Posted: 30 Jan 2012 09:00 PM PST

 Gara-gara marah terhadap menantunya, seorang nenek, 50, melepaskan kemarahan kepada cucunya, Muhammad Brama. Dia menyiram kanak-kanak berusia 3,5 tahun itu dengan air panas. Ibu Kandung mangsa  Maryam, 30, kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis.


Anak mereka melecur pada badannya.Neneknya marahkan menantu yang ingin meminta cerai dengan suaminya Ubaidullah.Anaknya itu telah dibawa oleh suaminya kerumah neneknya.Neneknya iru dikatakan telah mendera anaknya.


Maryam kemudian pergi kerumah mertuanya dan didapati kulit anaknya melecur dan merintih kesakitan. Suaminya kemudian menyuruh Maryam menghantar anaknya berubat  dan menyuruhnya menutup mulut.


Setelah Brama ditanya  akhirnya anaknya mengaku disiram air panas oleh neneknya. Dia pun dengan segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.-Surya.co.id

Cara bunuh diri yang tak masuk akal?

Posted: 30 Jan 2012 08:45 PM PST

Wanita ini telah membunuh diri dengan cara
yang tak masuk akal dan tak terfikir oleh akal....



Kemalangan dan kejadian yang tak disangka

Posted: 30 Jan 2012 08:30 PM PST





Berhati-hatilah..bila melakukan sesuatu.....


Cara penyajian makanan yang sadis

Posted: 30 Jan 2012 08:15 PM PST



FENG GAN JI (China/Tibet)


Ertinya secara literal adalah "Ayam kering angin", jadi ayamnya dikeringkan dengan angin!. Bahannya pertama Ayam segar (pastinya) , pisau yang luar biasa tajam dan juga orang yang berhati kejam dan tiada belas kesian.


Cara penyajiannya:
 Ayam dibelah perutnya hidup-hidup, diambil isi perutnya, dan diganti dengan berbagai macam bumbu masakan. Setelah itu perutnya dijahit lagi, dan digantung  sampai kering!Kadang-kadang ayam masih hidup walaupun perut telah dibuang.






HUO JIANG LU (China)




Bahan makanan utamanya adalah keledai.Caranya  keldai di ambil dagingnya dalam keadaan masih hidup dan bahkan masih berteriak kesakitan.


Belum lagi cara penyajiannya: makanan yang disebut Huo Jia Lu (Keledai Hidup) ini disiapkan dengan cara, si keledai diikat kakinya, dan badannya ditidurkan, kemudian si 'chef' memotong-motong badan si keledai dan memotong dagingnya pada ketikat si keledai berteriak kesakitan.dan satu lagi masakan iaitu: Jiao Lu Rou (arti : Daging Keldai). cara penyajiannya hampir sama, tapi kali ini si keledai siat kulitnya dan akhirnya disiram dengan air panas mendidih... sampai masak.

Sampai terputus badan

Posted: 30 Jan 2012 08:00 PM PST

Beginilah nasib pemandu ini yang terputus badan akibat 
kemalangan...singguh menggerikan...
cuba lihat...





Burung perlu disiksa sebelum di jadikan makanan

Posted: 30 Jan 2012 07:45 PM PST





Burung Ortolan, seekor burung yang menjadi santapan dalam menu ini. Burung ortolan adalah burung yang panjangnya enam inci dan beratnya sekitar 2gram. Warnanya hijau zaitun dan kuning, dengan sentuhan merah di sana sini dan sangat cantik.


Cara penyajiannya :
 Burung yang telah ditangkap, matanya dibutakan dengan ditusuk, kemudian di beri makan secara paksa dalam sangkar yang sempit sampai tidak dapat bergerak dan kerana di beri makanan secara paksa, badannya mengembang sampai dua atau empat kali ganda ukuran biasanya. Setelah dirasa cukup, burung ini akan ditenggelamkan dalam Armagnac (jenis minuman keras)


Setelah itu, burung ini disajikan dengan dibakar, dan dimasukkan kedalam mulut dalam keadaan kepala diluar. Kemudian menggigitnya, sehingga kepalanya terlepas dan  mengunyah tubuhnya kerana tulangnya sudah lembut.

Kenapa boleh jadi macam ni?

Posted: 30 Jan 2012 07:30 PM PST

Cuba lihat kereta ini kenapa boleh jadi sampai macam ni..











sampai tembus....

[Ngeri] Ada pasr jual daging anjing ,kelawar secara terbuka

Posted: 30 Jan 2012 07:15 PM PST

Kelawar? Itu memang keunikan Pasar Tomohon di Menado Indonesia. Yang dijual di sana adalah daging haiwan yang, di sebahagian besar masyarakat di negeri ini, tidak biasa didapati di pasar-pasar lain. Kelawar, di sana disebut paniki. Di Pasar Tomohon juga dijual daging ular sawa, anjing (biasa disebut RW), babi dan ada juga kera.


Ngeri? Sebetulnya, ada dua pasar yang tiap hari menjual daging haiwan -haiwan ini  di Sulut. Pasar Beriman Tomohon dan Pasar Langowan. Namun, yang sering dikunjungi pelancong memang Pasar Beriman Tomohon.


Di sana, daging binatang-binatang tersebut biasa disajikan sebagai menu utama. Misalnya, perayaan ulang tahun, pernikahan, atau syukuran rumah baru.


Memasaknya? Paniki, tikus, dan ular sawa biasa dimasak dengan santan. Sedangkan RW umumnya dimasak pedas. ''Biasanya, seekor anjing membutuhkan satu liter rica (cili merah). Rasanya akan tambah sedap jika disiram satu sloki cap tikus,'' tutur Artur Rotinsulu, warga Tomohon yang mengaku menyiapkanmenu-menu ekstream ini. Cap tikus yang dia sebut itu adalah minuman keras khas Manado yang terbuat dari aren.


Khusus daging babi, banyak pilihan cara memasak. Misalnya, dibakar (satey ragey), dimasak di bambu (tinorangsak, pangi), atau dimasak loba (dengan kecap manis dan gula aren). Bahkan, seekor babi kadang dipanggang sekaligus (babi panggang) dengan ditaburi mentega dan perutnya diisi sayuran.
Daging kelelawar, tikus, RW, dan ular sawa harus dibakar dulu sebelum dimasak. Membakarnya juga sampai hitam untuk memastikan daging benar-benar masak. Setelah itu, baru daging tersebut dipotong-potong untuk dimasak. "Kalau daging kelelawar harus direbus lagi sekitar dua jam," terang Vera Ruus, salah seorang tukang masak asal Kelurahan Kakaskasen.


Restoran-restoran yang menyajikan menu ekstream tersebut berada di sepanjang jalan Manado-Tomohon. .
Ada juga pelancong yang datang ke sini semata-mata untuk memakan makanan yang ekstream ini.








Berusaha 18 bulan akhirnya kurus,cantik gila

Posted: 30 Jan 2012 07:00 PM PST

Seorang wanita, Harriet Jenkins yang berusia 25 tahun berjaya menguruskan badannya sebanyak 95.2 kilogram (kg) kepada 73.3kg selepas dia menerima pelawaan rakannya agar menyertai satu kumpulan menguruskan badan.Jenkins yang bercita-cita menjadi seorang guru sebelum ini mempunyai berat badan lebih 165kg. Graduan yang menganggur itu juga sering menjadi mangsa ejekkan dan sindiran daripada orang ramai.

Hanya selama 18 bulan, Jenkins yang enggan menjalani pembedahan untuk mengubah bentuk badannya berjaya mengurangkan lebih separuh berat badan asalnya selain mendapat tawaran kerja sebagai seorang guru sebuah sekolah rendah. Dia berjaya mengurangkan berat badan melalui pemakanan yang sihat dan bersenam.

Dia benar-benar gembira dengan kehidupannya sekarang. Inilah keadaan sebelum dan selepas mengamalkan diet




Keadaannya sekarang selepas berusaha selama 18 bulan..


Filem Dragon Tattoo diharam di India

Posted: 30 Jan 2012 06:45 PM PST


MUMBAI - Studio Sony Pictures tidak akan menayangkan filem blockbusterThe Girl with The Dragon Tattoo di India selepas badan tapisan filem tempatan mahu beberapa adegan menampakkan punggung dalam filem berkenaan dikaburkan.
Filem Hollywood itu mengisahkan usaha seorang wartawan, lakonan Daniel Craig, mencari seorang wanita yang hilang selama 40 tahun.
Ia dijadual ditayangkan di India pada 10 Februari ini tetapi berdepan halangan Lembaga Pusat Persijilan Filem India (CBFC).
"Babak dedah punggung dan payu dara tidak dibenarkan di India," kata pegawai CBFC," J.P. Singh.
"Kami tidak bersetuju dengan beberapa adegan dalam filem The Girl with The Dragon Tattoo dan mahu adegan terbabit dikaburkan," tambahnya.
Sony Pictures di India dalam satu kenyataan yang dihantar kepada agensi berita AFP semalam menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur berhubung kandungan filem itu yang setakat ini memperoleh kutipan tiket AS$185 juta (RM565 juta) di seluruh dunia.
"Badan penapisan ini mendapati filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum dalam bentuk asalnya," kata CBFC dalam satu kenyataannya.
Filem berkenaan diarahkan oleh David Fincher, pengarah Hollywood yang pernah mengarahkan beberapa filem pecah panggung seperti Fight Club dan The Social Network.
Ia diadaptasi daripada siri buku po pular nukilan penulis Sweden, mendiang Stieg Larsson.
Lebih 1,700 filem asing ditayangkan di India setiap tahun selepas mendapat kelulusan badan penapisan negara itu. - AFP

sumber : kosmo online

Wanita adakan hubungan seks dengan ayah sendiri di penjara

Posted: 30 Jan 2012 06:30 PM PST


SINGAPURA: Seorang wanita yang mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sendiri, diarah diletak di bawah pengawasan selama 12 bulan oleh mahkmah.
Dia wanita pertama dijatuhkan hukuman kerana sumbang mahram. Ayahnya kini dipenjara selama tiga tahun atas kesalahan yang sama. 
Wanita itu yang pernah bekerja sebagai eksekutif teknikal mengadakan hubungan seks dengan bapanya, seorang tukang paip berusia 28 tahun, di rumah mereka pada April 2008.

Dia mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya dan menemankannya ke kedai kopi untuk bertemu dan minum dengan kawan-kawannya sejak 2006.




Mereka juga dikatakan menyentuh alat sulit masing-masing ketika berada sendirian di rumah.

Mereka pernah bergaduh ketika minum, tetapi setelah wanita itu meminta maaf, mereka berpelukan dan mengusap satu sama lain.

Mereka kemudian mengadakan hubungan seks.

Dalam tempoh 12 bulan di bawah pengawasan, wanita itu akan tinggal bersama makciknya dan menghadiri sesi terapi dengan seorang pakar psikologi. - Asiaone



sumber : myMetro

Dilanggar kereta api ketika asyik dengar iPod

Posted: 30 Jan 2012 06:15 PM PST


LONDON: Polis percaya seorang gadis berusia 15 tahun mati sdilanggar oleh kereta api ketika dia asyik mendengar iPodnya.
Katie Littlewood dipercayai tidak mendengar kereta api itu atau menyedari lampu isyarat dan bunyi kecemasan di tempat lintasan pejalan kaki Johnson di Bishop's Stortford, Hertfordshire.

Penyiasat berusaha memastikan kemungkinan remaja itu mendengar muzik ketika melintas di landasan kereta api pagi Sabtu lalu selepas mereka menemui iPod berkenaan dan fon kepala di tempat kejadian.


Syarikat kereta api, Network Rail berkata, sistem amaran beroperasi baik di kawasan itu yang terkenal kerana pernah meragut nyawa beberapa pejalan kaki, termasuk Andrea Evans, 24, pada 2006 dan seorang wanita berusia 81 tahun pada 2002.

Kejadian itu berlaku ketika syarikat berkenaan bersedia untuk mengaku bersalah hari ini berhubung kematian Olivia Bazlinton, 14, dan Charlotte Thompson, 13, yang dilanggar oleh kereta api berhampiran Stesen Elsenham pada 2005.


Kedua-dua remaja itu keluar untuk membel-belah bagi meraikan Krismas apabila mereta terbunuh di tempat melintas yang tidak dikawal. - DM



sumber : myMetro

Cekik kakak hingga mati

Posted: 30 Jan 2012 06:00 PM PST


AMMAN: Seorang lelaki Jordan semalam didakwa kerana melakukan pembunuhan terancang selepas mencekik kakaknya berusia 35 tahun yang sudah bercerai hingga mati atas alasan tingkah laku wanita itu mencurigakan, kata polis.
"Suspek yang berusia akhir 20-an mencekik ibu kepada empat anak itu hingga mati di Ain al-Pasha di utara bandar raya ini, Rabu lalu selepas wanita itu pulang dari Lubnan," kata jurucakap polis.

"Dia menyembunyikan mayat kakaknya dalam beg pakaian sebelum mencampakkannya di kawasan ladang terbiar. Dia mendakwa wanita itu berkelakuan mencurigakan," katanya.


Menurutnya, mayat wanita malang itu ditemui Jumaat lalu di Safawi di timur Jordan.

"Suspek mengakui melakukan jenayah itu selepas berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa," katanya. Perbuatan membunuh dihukum dengan kematian di Jordan, tetapi dalam kes pembunuhan demi maruah, mahkamah boleh mengurangkan hukuman terutama jika keluarga mangsa meminta supaya hukuman lebih ringan dijalankan. Antara 15 dan 20 wanita mati akibat pembunuhan demi maruah setiap tahun di negara Arab itu walaupun kerajaan berusaha untuk mengurangkan kes pembunuhan sedemikian. - AFP



sumber : myMetro

Sham Kamikaze mahu terus berdakwah walaupun dikutuk

Posted: 30 Jan 2012 05:45 PM PST


KANGAR: "Saya rela dikutuk rakan dan orang ramai, namun aktiviti berdakwah akan terus dijalankan kerana itu yang saya mahu lakukan sekarang ini," kata Shamril Mohd Salleh, 36, atau dikenali Sham Kamikaze yang sedia maklum ada pihak memandang serong ke atasnya.
Katanya, walaupun setiap masa ada saja cemuhan dilemparkan, dia menganggap ia sebagai satu cabaran yang menguatkan usahanya itu.

Menurutnya, perubahan dilakukannya mungkin tidak boleh diterima sesetengah pihak, namun ia secara langsung memberi gambaran bahawa mereka peka kepada perubahannya itu.


"Sehingga hari ini, belum ada yang tampil menyatakan rasa tidak gemar atau mencemuh saya secara berdepan, namun perkara itu saya tahu daripada rakan serta medium lain.

"Saya tidak memandangnya sebagai sesuatu yang serius, namun sedikit sebanyak menguatkan diri saya bagi menghadapi semua ini," katanya selepas ditemui pada Forum Dakwah Era Siber anjuran Pejabat Mufti Perlis, di sini, semalam.


Menurutnya, selepas lebih setahun berubah, dia kini lebih tenang dan memenuhi masa hariannya dengan jemputan berceramah.




Sham berkata, dia yang sebelum ini tidak begitu rapat dengan artis lain, kini lebih mudah didekati, malah semakin rapat dengan kebanyakan artis lain termasuk mereka yang sudah berubah seperti Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, atau Wardina.

"Saya hanya berkongsi pengalaman dan menceritakan apa yang saya pelajari dan tidak berasa kekok kerana saya bukan ustaz agama, mereka mereka tidak mengharapkan saya menjawab semua soalan diajukan," katanya.



sumber : myMetro

Peluh dingin madu asmara

Posted: 30 Jan 2012 05:30 PM PST


MELAKA: Seorang lelaki yang sedang memadu asmara dengan kekasihnya dalam sebuah kereta di parkir Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, di sini, terkejut besar apabila 'disergah' anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang sedang menjalankan operasi mencegah maksiat, awal pagi kelmarin.
Dalam operasi bermula jam 1.30 pagi itu, pasangan terbabit adalah antara tiga pasangan yang ditahan Jaim selepas didapati melakukan perbuatan kurang sopan dengan berasmara di dalam kereta di tempat awam. 
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, dalam operasi itu, enam pasangan ditahan berusia antara 19 dan 30 tahun.

Katanya, sebaik tiba di Dataran 1Malaysia, pasukannya membuat pemeriksaan pada kereta yang diletakkan di tempat sunyi dan apabila disuluh di dalamnya, mereka menemui pasangan sedang melakukan perbuatan tidak senonoh.



"Ada yang sudah membuka baju dan berpelukan sambil bercium di dalam kenderaan mereka.



sumber : myMetro

Pulak...Tiga lelaki berparang edar kad jemputan kahwin

Posted: 30 Jan 2012 05:15 PM PST



KUALA LUMPUR: Edar kad jemputan dengan parang. Itu taktik digunakan tiga lelaki yang memasuki rumah seorang suri rumah dengan berpura-pura untuk mengedarkan kad jemputan adik mereka sebelum menyamun barang kemas dan wang tunai milik mangsa bernilai RM130,000 di Jalan Hujan Emas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Alisa, 50, berada di rumah bersama cucu lelakinya berusia tiga tahun ketika tiga lelaki yang menaiki kereta Proton Perdana berhenti di hadapan rumahnya. 
Menurutnya, tiga lelaki terbabit membawa sedozen air minuman kotak dan sedulang buah-buahan dan menyatakan niat untuk menyerahkan kad jemputan kahwin adik mereka selain mengaku saudara jauh mangsa.

"Sebaik masuk, seorang daripada mereka meminta air selain menyoal sama ada saya berseorangan di rumah.




"Ketika saya hendak masuk ke dapur, tiba-tiba mereka mengeluarkan parang dan mengugut saya menyerahkan semua barangan berharga sebelum menarik saya masuk ke ruang sembahyang," katanya, semalam.

Katanya, selepas mengambil semua barangan berharga, lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki kereta sama. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling.



SUMBER : myMetro


Perompak bedil perut

Posted: 30 Jan 2012 05:00 PM PST


PASIR MAS: Seorang daripada empat lelaki bertopengkan kain pelekat memberi salam sebelum melarikan barangan berharga dan sebuah kereta dalam kejadian rompakan di sebuah rumah di Kampung Slow Machang, semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang perompak turut melepaskan satu das tembakan terkena bahagian kanan perut seorang penghuni rumah berkenaan.
Mangsa tembakan, Che Asmah Che Awang, 50, kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, dan keadaannya dilaporkan stabil.

Suami mangsa, Mohamad Lawi Dollah, 53, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama empat ahli keluarganya termasuk isteri, anak lelaki berusia 26 tahun, menantu serta seorang cucu berusia tiga tahun berada di rumah.



Katanya, sebelum kejadian, dia sedang tidur, namun terjaga selepas mendengar bunyi orang memberi salam di luar rumah.


sumber : myMetro

Abangku hero

Posted: 30 Jan 2012 04:45 PM PST


PENAMPANG: Seorang budak berusia 10 tahun sanggup mempertaruhkan nyawanya dengan meredah api yang marak semata-mata mahu menyelamatkan dua adiknya daripada rentung dalam kebakaran di Kampung Nagasiba Kobusak, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, kanak-kanak berkenaan, Nigel Justin, melecur di tangan selepas meredah masuk menyelamatkan dua adiknya, Agustin, 6, dan Victor, 2, yang ketika itu berada dalam rumah yang terbakar.

Difahamkan, ketika kejadian, bapa kanak-kanak itu, Justin Banot, 48, tiada di rumah kerana menemani seorang lagi anaknya, Jun Jenifer, 9, yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII), di sini, manakala anak sulungnya, Ricky, 19, bekerja di pekan Inanam.


Difahamkan, ibu kanak-kanak itu yang tidak dikenali dikatakan sudah tidak lagi tinggal di rumah berkenaan sejak beberapa tahun lalu walaupun dia belum bercerai dengan suaminya.

Akibat kejadian itu, rumah dua tingkat milik Justin musnah dan menyebabkan kerugian lebih RM60,000 termasuk kedai runcit disewa di tingkat bawah rumah turut rentung.


Menurut Nigel, ketika kejadian, dia di rumah menjaga dua adik selepas bapa pergi menziarah seorang lagi anaknya di hospital.




"Saya terhidu bau asap yang kuat dan terkejut apabila mendapati dapur rumah terbakar.

"Ketika itu, saya hanya berfikir menyelamatkan adik lalu berlari ke ruang tamu dan menarik tangan Agustin keluar dari rumah," katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian.


Namun, selepas itu, Nigel menyedari seorang lagi adiknya, Victor tiada bersama lalu nekad masuk semula ke dalam rumah walaupun ketika itu api mula merebak.

"Saya terus ke bilik tidur dan terus mengangkat Victor yang ketika itu nyenyak tidur lalu berlari keluar menyelamatkan diri," katanya.


"Saya tidak sempat menyelamatkan harta benda lain termasuk kelengkapan sekolah kerana hanya terfikir untuk menyelamatkan kedua-dua adik saya," katanya.


Sementara itu, Justin ketika ditemui di tempat kejadian berkata, dia ke hospital untuk menemani seorang lagi anaknya yang dirawat kerana menghidap penyakit sawan.


"Saya terkejut dan hampir pitam apabila memikirkan keselamatan anak sebaik menerima panggilan memberitahu rumah saya terbakar.


"Walaupun tidak sempat menyelamatkan sebarang harta, saya bersyukur semua anak selamat," katanya.


Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penampang, Johnny John Jinuli berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.18 tengah hari dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.


"Seramai 11 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal satu jam kemudian.


"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.



sumber : mYmetro

Jadi pendiam sebelum ajal

Posted: 30 Jan 2012 04:45 PM PST


KUALA BERANG: "Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, arwah paling banyak bercakap tetapi kelmarin tiada sepatah perkataan keluar dari mulutnya dan mungkin itu petanda arwah akan pergi buat selamanya," kata Nurul Asmalina Mohd Husin, 21, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama majikannya di Kampung Baong, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, majikannya, Hasmah Ghani, 48, maut selepas parah di bahagian abdomen apabila motosikal ditunggang terbabas ke tepi jalan manakala Nurul Asmalina yang membonceng cedera di lengan kiri, kepala dan kaki.

Menurut Nurul Asmalina, setiap hari dia pulang bersama arwah yang mengusahakan kedai makan di Medan Selera Kampung Kuala Ping, di sini, ke rumah mereka di Kampung Baong dengan menunggang motosikal majikannya itu.


"Bagaimanapun dalam perjalanan pulang kali ini, secara tiba-tiba motosikal ditunggang arwah terbabas ke tepi jalan menyebabkan kami berdua terhumban ke atas jalan raya.

"Ketika itu saya terasa dunia ini gelap-gelita dan hanya menyedari kami terbabit dalam kemalangan beberapa minit kemudian apabila melihat orang ramai mengerumuni kami tetapi saya kembali pengsan sebelum tersedar kira-kira jam 9 malam di Hospital Hulu Terengganu," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurutnya, dia difahamkan suami arwah yang dimaklumkan orang ramai mengenai kejadian itu mengejarkan mereka berdua ke Klinik Kesihatan Tengkawang, di sini, dengan menggunakan pacuan empat roda sebelum mereka dipindahkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.




"Saya dibenarkan keluar jam 12.30 tengah malam tetapi sebelum itu saya sempat meninjau keadaan arwah dan dia nampak kritikal.

"Selepas itu saya pulang dan tidak tahu nasib arwah sehingga ayah memberitahu arwah sudah meninggal dunia akibat kejadian itu pagi tadi (semalam)," katanya.


"Saya tidak menyangka perubahan arwah sebelum ini ceria menjadi pendiam petanda dia akan pergi buat selamanya.

"Ketika bekerja, saya sempat mendengar arwah bergurau dengan pelanggan apabila berkata 'kalau tidak lihat saya hari ini, mana tahu esok saya sudah tiada' dan gurauannya itu seolah-olah menjadi kenyataan," katanya. Suami mangsa, Razuan Abd Hamid, 48, berkata arwah sempat berpesan kepadanya beberapa hari sebelum kejadian supaya memberi pendidikan sempurna kepada tiga anak mereka yang masih bersekolah berusia 12, 13 dan 14 tahun.


"Saya sempat memangku dan membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan tetapi akibat kecederaan parah dialami arwah meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi tadi (semalam) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selepas dipindahkan dari Hospital Hulu Terengganu," katanya.


Menurutnya, arwah sebelum ini pernah dua kali terbabit kemalangan dengan masing-masing melanggar lembu dan kerbau ketika menunggang motosikal sama tahun lalu.


Jenazah Hasmah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baong kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir yang dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan kemalangan itu dan berkata, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian abdomen.



sumber : myMetro

Padah masuk laluan mengejut

Posted: 30 Jan 2012 04:30 PM PST


KUALA LUMPUR: "Saya bersyukur terselamat dalam kemalangan ini walaupun teksi remuk teruk selepas melambung sebelum terseret beberapa meter di Lebuhraya Persekutuan akibat salah faham dengan laluan dikatakan penumpang," kata Safian Hasaan, 33, mangsa kemalangan membabit sebuah teksi yang merempuh pembahagi jalan lebuh raya, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, dia membawa seorang penumpang lelaki yang ingin ke Hotel Hilton di Petaling Jaya namun sebaik tiba di simpang menghala Lebuhraya Sprint, tiba-tiba penumpang terbabit menyuruhnya masuk ke laluan berkenaan menyebabkan dia hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan.
Safian berkata, penumpang itu menyangka dia tersalah laluan dan menyuruh masuk ke Lebuhraya Sprint sedangkan untuk ke hotel berkenaan perlu melalui laluan menghala Universiti Malaya (UM).

"Akibat salah faham itu, saya gagal mengawal kenderaan ketika cuba mengikut arahannya menyebabkan teksi saya terlanggar pembahagi jalan dan melambung sebelum terseret beberapa meter dalam keadaan terbalik.




"Malah, ketika kejadian itu, kenderaan saya turut terbakar namun mujur orang awam yang menyaksikan kejadian itu membantu memadamkan kebakaran," katanya.

Menurutnya, sebaik api padam, dia dan penumpang terbabit dibawa keluar dan mujur hanya cedera ringan.

"Saya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya.



sumber : myMetro

Nasihat polis untuk penunggang basikal

Posted: 30 Jan 2012 04:15 PM PST


KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai yang melakukan aktiviti riadah berbasikal supaya mematuhi peraturan lalu lintas selain memastikan basikal masing-masing lengkap aksesori terutama lampu jika melakukan aktiviti itu pada waktu malam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, selain memastikan lampu depan dan belakang basikal berfungsi dengan baik, mereka juga digalakkan memakai jaket pantul cahaya.

"Jika melakukan aktiviti itu pada waktu siang, tolong patuhi peraturan lalu lintas terutama di persimpangan lampu isyarat," katanya ketika dihubungi, semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden empat pelumba basikal negara cedera selepas dirempuh sebuah Perodua Kancil di simpang empat berhampiran Istana Kehakiman, Putrajaya, kelmarin.

Mereka antara 50 pelumba negara membabitkan kategori elit, bawah 23 tahun, remaja dan wanita yang sedang berlumba untuk sesi pemilihan ke Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 pada 8 Februari depan.


Kejadian jam 10.30 pagi itu menyebabkan pelumba basikal wanita kebangsaan, Mariana Mohamad, 34, patah tangan kanan, lutut kanan berlubang selain bengkak di dagu serta pipi manakala rakannya, Masziyaton Mohd Radzi, 24, cedera ringan. Dua pelumba remaja, Mohd Azri Ahmad, 17, dan Abdul Aziz Mohd Zahit, 17, masing-masing patah tangan kanan dan jari.




Abdul Razak berkata, peringatan itu bukan saja kepada orang ramai yang berbasikal sekitar Putrajaya tetapi juga di tempat lain.

"Ada segelintir penunggang basikal dilihat sengaja melanggar lampu merah. Walaupun waktu malam kenderaan agak kurang di Putrajaya, ia bukan alasan kerana risiko tetap ada," katanya.


"Jika ada pemandu yang tidak peka, akan berlaku kemalangan," katanya.

Sementara itu, polis sudah mengambil keterangan daripada wanita berusia 52 tahun yang memandu kereta berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.



sumber : myMetro

Gila..Guru Menari Striptease, Di depan Murid

Posted: 30 Jan 2012 04:00 PM PST


Guru yang berparas cantik ini mempertontonkan tarian yang seharusnya tak layak disaksikan oleh murid-muridnya yang masih remaja itu. Dengan gaya yang menggoda, ibu guru ini terus melepas baju yang dikenakan di tengah sorakan para murid-muridnya.

Ibu guru ini melepaskan bajunya untuk mempertontonkan bahagian payudara yang masih tertutup pakaian dalamnya sebelum kemudian membuka skritnya. Seorang pengajar lain yang mendapati aksi itu bergegas mengurungkan niat si ibu guru dan menutupi tubuhnya dengan alas meja. Namun sebelum tarian yang diiringi alunan musik itu selesai, salah seorang murid yang terbelalak menyaksikan apa yang ada di depan matanya sempat mengabadikan pertunjukkan itu di kamera ponselnya.

"Sungguh menjijikkan. Guru macam apa bertindak seperti itu di depan murid. Ia seharusnya menari seperti itu di bar, bukan di sekolah," ucap salah satu orang tua yang melepaskan amarahnya.

"Saat anak-anak mencabarnya untuk menari striptease ia malah mulai melucuti bajunya. Guru yang cantik jelita di usia 20-an tahun itu menyuguhkan tarian yang tak disangka-sangka akan dilakukan di hadapan muridnya," keluh beberapa orang tua lain.

Namun, guru besar sekolah di Zalaegerszeg, Hungry barat, menolak untuk memecat guru yang tak disebut namanya itu meskipun mendapatkan tekanan dari kalangan orang tua dan beberapa guru lain."Saya terpaksa memberikan teguran ke guru berasal dari Jerman tersebut, namun aku tak akan memecatnya kerana ia merupakan guru berprestasi di sekolah kami," kata guru besar sekolah Sandor Rozman.
"Ia tak sampai melucut seluruh pakaiannya seperti yang dilakukan oleh sejumlah orang di pantai," demikian alasan Sandor Rozman untuk tak memecat salah seorang gurunya itu.

Semunya kerana sesuap nasi

Posted: 30 Jan 2012 03:30 PM PST







Susah macammana pun pekerjaan perlu diteruskan..
hanya kerana mencari sesuap nasi.....
walaupun berat dan penat tetapi berbaloi kerana datangnya daripada
titik peluh sendiri.....


[Video] lelaki belasah store manager yang sedang hamil

Posted: 30 Jan 2012 03:00 PM PST

Video ini menunjukkan seorang lelaki membelasah manager store sebuah restoran
makanan segera.Dikatakan wanita ini sedang mengandung...bila dilihat adakah
lelaki berani hanya kerana dia seorang wanita?