Adsense

Isnin, 30 Januari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Facebook Lisa Surihani Paling Popular | Twitter Lisa Surihani

Posted: 30 Jan 2012 09:06 AM PST

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani masih lagi kekal mendahuli senarai artis Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut yang paling ramai di laman sosial Facebook iaitu sebanyak 1,902,487.

Angka pengikut di Facebook bintang filem Ombak Rindu itu menerima saingan sengit daripada pelakon Scha Al-Yahya yang menduduki tangga kedua iaitu sebanyak 1,339,837 pengikut sekaligus membuktikan keutuhan Lisa sebagai antara bintang muda yang paling popular.

Lisa berkata, dia bersyukur kerana mempunyai pengikut yang ramai dan sebagai tanda penghargaannya, dia akan berinteraksi dan berkongsi perkembangannya sekerap yang mungkin untuk peminat.

"Lazimnya, laman Facebook adalah medium untuk saya berkongsi perkembangan kerjaya manakala Twitter pula lebih bersifat peribadi untuk berkongsi pandangan dan kehidupan.

"Saya pun tidak sangka akan diikuti dengan jumlah peminat seramai itu. Apa pun, saya bersyukur kerana ramai yang ingin mengikuti perkembangan kerjaya saya.
"Kesibukan dengan tugasan ada kalanya menghalang saya untuk sentiasa berinteraksi namun saya tetap akan cuba mengemas kini perkembangan sekerap yang mungkin," katanya.

Bagaimanapun, perkembangan berleluasa media sosial ini juga tidak terkecuali daripada anasir-anasir negatif.Risiko menjadi orang popular, Lisa tidak lepas daripada menjadi mangsa pemalsuan identiti di medium itu.

Graduan Undang-Undang dari Aberystwyth University di Wales, United Kingdom ini boleh dikira sebagai salah seorang pelakon wanita tempatan yang paling popular sejak memulakan kariernya pada tahun 2007.

Selain Lisa dan Scha, pelakon Awal Ashaari menduduki di tangga ketiga dengan jumlah pengikut sebanyak 979,678 diikuti pula dengan Shaheizy Sam (932,412), Diana Danielle (862,557), Farid Kamil (658,595) dan Datuk Siti Nurhaliza (440,504).

Sementara itu, Lisa juga masih lagi menjadi selebriti paling ramai pengikut menerusi laman Twitter miliknya dengan jumlah sebanyak 507,813 diikuti dengan Scha (273,916), Awal (243,501), Sam (347,501), Siti (286,150) Diana (121,103) dan Farid Kamil (48,636).



ZoOM : Ramainya...dah sampai berjuta pengikut Lisa ni, apa-apa pun kalau dia pandai buat duit sudah tentu senang-senang je syarikat iklan nak gunakan akaun beliau :).

Akaun anda berapa orang ?Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Irma Sedang Mencari Jodoh Sebagai Peneman Hidup

Posted: 30 Jan 2012 09:00 AM PST

DULU

SHAH ALAM: Pelakon Irma Hasmie menjelaskan dia tidak pernah berputus asa dalam mencari jodoh buat dirinya selepas gagal dalam percintaan dengan pelawak Nabil.

Irma berkata, dia seboleh-bolehnya ingin segera mendirikan rumah tangga kerana usianya sudah mencecah 30 tahun.
"Walaupun saya seorang perempuan tetapi rasanya tidak boleh duduk berpeluk tubuh menunggu jodoh itu datang kerana kita perlu berusaha mencarinya.
"Tetapi masih belum sampai masa untuk bertemu dengan seseorang yang betul-betul sesuai dengan saya," ujarnya kepada mStar Online.

Irma juga tidak menafikan, baru-baru ini dia ada mengenali seorang jejaka tetapi hubungan tersebut terputus kerana tiada keserasian.

Dan KINI- Alhamdulillah

Ujarnya, dia bagaimanapun tidak berputus asa dan akan terus mencari lelaki yang sesuai dengan dirinya untuk dijadikan sebagai pembimbing hidupnya.

"Jika dulu sebelum berhijrah tumpuan dan kehendak adalah berbeza dan selepas memakai tudung juga berlainan.
"Bukan memilih tetapi hanya lebih berhati-hati tambahan pula dengan peristiwa lalu yang membuatkan diri ini serik," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hubungannya dengan pereka fesyen, Ezuwan Ismail yang sentiasa menemaninya di majlis-majlis rasmi, Irma berkata hubungan mereka adalah sebagai kawan baik dan tidak lebih daripada itu.

Ujarnya, dia sentiasa bersama Ezuwan kerana pereka fesyen itu sering mereka baju untuknya bagi menghadiri acara-acara hiburan.

"Baju pertama yang direka oleh Ezuwan adalah untuk saya dan semenjak itu saya selesa menggunakan khidmatnya dan hubungan itu bertukar menjadi sebagai seorang kawan," katanya.

Bercakap mengenai perkembangan kerjaya, Irma berkata dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Jujur Aku Dayus di samping pelakon jelita, Nora Danish untuk siaran TV3.

Selain itu, dia juga baru selesai penggambaran drama berantai 26 episod berjudulSepiluh Cinta yang bakal ditayangkan di saluran iTV.

"Alhamdulilah rezeki dalam bidang lakonan masih ada dan saya masih diterima dalam bidang ini," katanya.

ZoOM : Semoga Irma dapat bertemu dengan orang yang betul-betul setia dan memahami serta dapat membimbing Irma.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Politik : DSAI Akrab Dengan Yahudi - Komen Tun Dr Mahathir

Posted: 30 Jan 2012 08:54 AM PST

DSAI
TDMM
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.

Dr Mahathir juga membidas bekas timbalannya itu yang selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.

Beliau mendakwa ketua pembangkang itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach ro Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Isnin.

Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.

Ditanya mengenai kepimpinan Anwar, Dr Mahathir berkata tanpa sebarang hala tuju dan agenda pembangunan untuk negara dan rakyat, bekas timbalan perdana menteri itu berkeinginan besar untuk merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.

Jelasnya hanya pemimpin yang memahami kehendak rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju dan ternyata kualiti itu tidak dimiliki oleh Anwar.

"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa. Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel. BERNAMA

ZoOM : Tidak suka masukkan cerita politik tetapi ZoOm tidak suka dengan YAHUDI LAKNAT...Sehingga hari ini banyak menindas umat islam terutamanya negara-negara yang berada disekitar Negara jahanam itu.

JIka cerita ini hanya rekaan, si penabur fitnah perlu memohon maaf..



Apa KOmen anda ?Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

"Lagu Aku Tak Mahu" Bukan Mengenai Bekas Kekasih Zul Ariffin

Posted: 30 Jan 2012 08:48 AM PST

SHAH ALAM: Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menolak dakwaan lagu single terbarunya berjudul Aku Tak Mahu berkisar mengenai hubungan cintanya dengan pelakon muda, Zul Ariffin.

Abby ketika ditemui berkata, perkara itu adalah secara kebetulan dan dia memilih untuk merakamkan lagu tersebut kerana menyukai melodinya tetapi bukan liriknya.

"Tidak benar lagu berkenaan mengenai hubungan saya dengan Zul dan ia hanyalah kebetulan. Tambahan pula liriknya bukan dicipta oleh saya tetapi Edry.

"Sebelum merakamkan lagu tersebut, saya telah diberikan lima buah lagu dengan lirik bertemakan serupa tetapi memilih Aku Tak Mahu kerana sukakan melodinya yang berbeza daripada lagu yang sedia ada," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hubungannya dengan bekas suami, Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza, Abby berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pasangan itu.

Abby berkata, dia sudah melupakan semua perkara yang telah berlaku di antara mereka tambahan pula dia langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi terhadap Norman.

"Itu semua cerita lama dan hubungan kami kini berada di tahap baik, semuanya demi anak-anak yang sedang membesar," ujarnya ringkas.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Memey, Abby memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan wanita itu tetapi mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

"Rasanya adalah lebih baik begitu kerana tidak mahu menimbulkan apa-apa masalah," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangannya pada malam Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/12 menerusi anugerah Artis Paling Cekal, Abby menjelaskan ia adalah sebuah penghargaan buat dirinya daripada peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepadanya.

Ujarnya, walaupun dirinya tidak secekal yang disangka tetapi dia tidak mahu menyerah kalah dan ingin terus berjuang demi masa depannya dan anak-anak.

"Pemilihan saya adalah mungkin berdasarkan daripada apa yang mereka lihat mengenai apa juga kejadian menimpa diri saya.

"Sejujurnya saya adalah manusia biasa dan ada ketikanya akan tumpas juga walau sekuat mana pun saya tetapi kelemahan itu tidak akan ditunjukkan kepada masyarakat," ujarnya.

Info : Mstar

ZOOM : Alah Abby malu-malu tapi tahu jawapannya, apa pun semoga Abby tabah dalam menghadapi dugaan darinya, dan dekat luar tu ramai jejaka tampan minat kat Abby.Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Siti Nurhaliza Jadi Duta Produk LV

Posted: 30 Jan 2012 07:47 AM PST

Kalau betul tahniah sebab bukan calang-calang orang yang menjadi duta produk antarabangsa ini, setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia seni dan sudah tentu hampir seluruh rakyat Malaysia mengenali beliau. 


Malahan produk terbaru beliau yakni,Simply Siti juga menjadi carian dan produk kecantikan gadis-gadis di Malaysia khasnya.




Jika ada diantara anda yang mengetahui kesahihan cerita ini "share"lah dengan pembaca di ZoOMartis.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

AJL 26 Yang Terakhir Buat Faizal Tahir

Posted: 30 Jan 2012 05:56 AM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir nekad membuat keputusan untuk tidak lagi menyertai sebarang pertandingan nyanyian termasuklah Anugerah Juara Lagu pada tahun depan.

Penyanyi yang berjaya meraih tempat ketiga pada AJL26 pada malam Ahad itu berkata, sudah sampai waktunya untuk dia mengundur diri dari sebarang pertandingan dan lebih fokus dalam kerjaya seni muziknya.

"Bermula hari ini saya tidak akan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian lagi termasuklah AJL pada tahun depan. Mungkin tahun ini merupakan AJL terakhir saya.

"Sudah tiba masanya saya merancang secara teliti mengenai karier dan keluarga. Kali ini, biar kekuatan muzik yang menentukan dimana tahap saya," katanya yang ditemui selepas pertandingan AJL26, di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Tambah Faizal, keputusan itu juga dibuat memandangkan jadual kerjaya seninya yang semakin padat dan ia juga memberi peluang kepadanya agar dapat membahagikan masa bersama keluarganya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Karma itu menafikan keputusan tersebut dibuat disebabkan dia tidak pernah menjuarai AJL sejak menyertainya pada tahun 2007.

"Saya dah agak orang akan berkata begitu. Setiap anugerah yang diperoleh, itu adalah satu kejayaan yang cukup besar buat saya. Begitu juga dengan kemenangan saya hari ini (Ahad).

"Selain keluarga dan album, saya mempunyai misi lain yang perlu ditunaikan dimana saya sedang merancang untuk muncul dengan konsert sulung saya sendiri," tegasnya.

Bagaimanapun, tambahnya, dia tetap akan hadir ke acara tahunan itu bagi memberi sokongan kepada rakan-rakan artis yang menyertai pertandingan tersebut.

Sementara itu, pada persembahannya menerusi lagu Karma dalam AJL26 malam Ahad, Faizal telah membuat gimik dengan membakar sebuah piano.

Ditanya, tidakkah dia risau sekiranya muncul kontroversi baru mengenai rasa kurang senang segelintir pemuzik tanah air mengenai gimiknya itu, Faizal tidak kisah jika ada yang mengkritik.

"Itu sekadar gimik. Bagaimanapun, saya harap hal tersebut tidak akan menjadi isu besar nanti," selorohnya ringkas.

Info : Mstar 

ZOoM : Nampaknya hilang lagi seorang bakal juara yang sentiasa mewarnai dunia industri di pentas Final. Apa-apa pun semoga Faizal Tahir akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Resepi Telur Terjun

Posted: 30 Jan 2012 05:47 AM PST


Bahan-bahan ( 2 org )
  • 4 biji telur ayam
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 biji bawang besar & 1 cm halia muda - dihiris
  • 15 tangkai cili api kampung - dihiris kasar, serong
  • segenggam ikan bilis - dibelah @ kiub bilis pn blh
  • secawan air asam jawa cair
  • garam & gula secukup rasa
  • sedikit minyak utk menumis
  • akk slalu gak bubuh tomato yg diptong baji..
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara :

panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi, pastu masukkan bilis, bawang besar & halia, kacau hingga wangi. then masukkan cili, kacau hingga menusuk hidung.

masukkan secawan air asam & secawan air biasa. biar mndidih. suaikan rasanya. slow kn api, then, pecahkan telur perlahan2 ke dlm kuah. kalau bleh biar lah elok bulat yer.. jgn di godek2/kacau. tutup kuali, msk ngn api sderhana dlm 5 minit.

bila telur sdh kental, blh la tutup api.. ikut suka lah ya, nk telur tu msk btol @ separa msk kuning nya.. hehe.
.



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Resepi Telur Bungkus

Posted: 30 Jan 2012 05:42 AM PST


  • Bahan-bahan ( 2 Orang )
  • Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
  • Mix veggie - ikut suka nak byk mana
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu.Ayu guna 1/2 je sbb bawangnya besar
  • 1 biji bawang putih - dicincang kasar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato - boleh krgkan sape yg tak suka masam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap - ayu guna kicap manis
  • 2 biji telur - dipukul sedikit
  • Garam & gula - secukup rasa
  • Lada sulah - secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Cara-cara :

  • Perap daging cincang bersama-sama dgn garam,gula & lada sulah dlm 10-15minit.Kemudian goreng daging t'sebut.

  • Setelah air daging hampir2 kering,masukkan bawang besar & bawang putih.Kacau biar serata.klu nak tumis bawang besar & bawang putih dulu seblm masukkan daging pun boleh gak.t'pulang pd masing2 la.

  • Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.

  • Kemudian masukkan mix veggie.Ayu tak guna mix veggie.Ayu gantikan dgn kacang panjang,lobak merah & tomato yg dipotong dadu.Kacau biar serata & agak2 sayurnya dah mula layu,boleh le padam apinya.

  • Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.

  • Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring.T'langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!!

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Resepi Kuih Tat Telur

Posted: 30 Jan 2012 05:38 AM PST


Bahan-bahan ( 30 keping )
  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila

FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara :

Pukul butter dan gula sampai kembang.

Masukkan telur sedikit demi sedikit.

Masukkan tepung sampai jadi doh.

Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.

Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.

Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.

Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Puding Telur Karamel

Posted: 30 Jan 2012 05:35 AM PST


  • Bahan-bahan ( sekeluarga )
  • Karamel:-
  • 10 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • Puding:-
  • 10 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 7 sudu besar susu pekat

Cara-cara :

Pukul telur sampai berbuih. Masukkan susu cair dan pukul hingga sebati.

Masukkan susu pekat, air dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati. (Kalau suka manis tambah lagi susu pekat)

Masak semua bahan yang telah dipukul dengan api sederhana. Biarkan di atas api sehingga telur masak.

Selepas itu, sejukkan di peti sejuk selama lebih kurang 1 jam.

Panaskan gula di atas api sederhana sehingga bertukar perang. Kemudian, masukkan air untuk dijadikan karamel.

Hidangkan puding dengan karamel.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Chiken Pie

Posted: 30 Jan 2012 05:29 AM PST

  • Bahan-bahan ( 5 org makan )
  • puff pastry
  • daging ayam - biasa pakai minced chicken Ramly peket kecil - anggaran 500gm.
  • mixed vegie - 250gm
  • cendawan butang - 1 tin
  • Cream of Chicken (Chicken Soup dalam Tin) - 1 tin
  • 3 ulas bawang besar dipotong dadu

Cara-cara :

Untuk pastry: guna puff pastry yang ada kat kedai. Roll ikut size loyang. Di bahagi dua sebab untuk lapisan bawah dan atas.

Sapu telur atas lapisan pastri tersebut.

Bakar pada suhu 200 Celcius selama 30 minit atau sampai pie kuning keemasan.

Untuk intinya:

Tumiskan bawang hingga naik bau.

Masukkan ayam dan tumis hingga agak masak.

Masukkan cendawan butang dan mixed vegie. Goreng seketika, jangan sampai layu.

Masukkan cream of chicken.

Rasakan dengan garam.



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Pizza Home Made

Posted: 30 Jan 2012 05:27 AM PST


Bahan-bahan ( 2 biji pizza: saiz 8" )
500 g tepung roti
12 g garam
8 g yeast
16 ml olive oil (atau minyak sayuran)
250 ml air suam
Topping:
shredded pizza cheese secukupnya (or kalau takde pizza cheese, boleh campur cheddar and mozzarella)
pilihan topping: bawang besar, sucuk (daging), ayam, olives, chillie pickles, nenas, tomato, etc. terpulang pada selera masing2.
tomato paste secukupnya

Cara-cara
Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker mengikut urutan yg disyorkan. Pilih setting dough and tekan 'ON'. Kalau tak ade breadmaker pun masih boleh buat pizza.. uli dough dgn tangan, macam uli utk buat roti.

Setelah dough siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk and tutup dgn cling wrap. Tunggu dalam 15 minit supaya dough naik.

Bahagi dough kepada dua dan uli. Pizza ini akan naik dua kali ganda selepas dibakar. Jadi, jika nak pizza yg nipis kena agak2 bila uli tu.

Letakkan dough yg telah diuli atas dulang pembakar. Sapu kan permukaan dgn tomato paste.

Letak kan topping pilihan.

Akhir sekali baru tabur kan cheese sebanyak yg anda suka.

Bakar dalam oven dengan suhu 200 deg C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair.

Boleh dihidangkan dengan sos, mashed potato and etc.



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

LAMB CHOB SIMPLE

Posted: 30 Jan 2012 05:23 AM PST

Bahan-bahan ( 3/4 orang )
  • 5 Keping Lasagne (mengikut besar bekas pembakar)
  • 1/2 Biji Bawang Besar (tidak perlu hiris)
  • 1 Sudu Kecil Mix Herba (boleh juga pakai duan ketumbar)
  • 2 Ekor Sotong Basah (dicincang kecil)
  • 15 Ekor Udang Kecil (dicincang kecil)
  • 2 Keping Crabstick (dicincang kecil)
  • 1 Batang Daun Ketumbar (dicincang halus)
  • 400 ml Susu Segar (Susu Full Cream)
  • 4 Keping Keju Jenama Apa-apa pun (dicincang halus) - Keju Grated pun boleh juga
  • Lada Hitam & Garam (secukup rasa)
  • 1 inci Mentega Farm Cow (Guna Mentega lain pun boleh)
  • 3 Sudu Tepung Jagung (tidak perlu dibancuh bersama air)
  • Sedikit minyak untuk merebus lasagne

Cara-cara :

5 keping lasagne direbus bersama sedikit garam dan minyak sehingga lembut kemudian keringkan diatas tuala dan bukan tisu kerana selepas kering tisu akan melekat bersama lasagne

Panaskan periuk menggunakan api yang sederhana, kemudian masukkan susu segar, mix herba dan 1/2 biji bawang besar sehingga susu panas dan tidak perlu mendidih. Tapis susu dan buang bahan yg lain.

Panaskan periuk lain dengan menggunakan api yang sederhana, kemudian masukkan 1 inci mentega Farm Cow. Biar sehingga mentega cair dan masukkan 3 sudu tepung jagung, kemudian kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul

Setelah sebati, masukkan susu yg telah ditapis dan kacau. Kemudian masukkan sotong basah yang dicincang kecil, udang kecil yang dicincang kecil, crabstick yg dicincang kecil, daun ketumbar yg dicincang halus dan kacau sehingga sotong dan udang masak.

Setelah masak, tutup api dan letak ke tepi sementara. Lasagne yg dikeringkan diletak ke dalam bekas pembakar sehingga menutup bawah bekas, kemudian letakkan sos yg telah siap dimasak ke atas kepingan lasagne. Kemudian taburkan keju yang telah dicincang halus. Ulangi langkah tersebut sehingga diakhiri dengan keju.

Setelah siap masukkan dalam oven elektrik bukan microwave oven dalam suhu 180c dalam masa 30 minit, jika menggunakan dapur gas sila panaskan oven dahulu sebelum memasak. Boleh tambah masa jika keju di atas tidak cair atau kuning keemasan.

Setelah siap, hidang dan sedia untuk dimakan. Rasa lebih kurang seperti lasagne di pizza hut jika anda pernah rasa. Buat ape beli kalau dah tahu macam mana hendak buat, selamat mencuba.




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Spaghetti Bebola Daging Istimewa

Posted: 30 Jan 2012 05:19 AM PST


Bahan-bahan ( 5-6 org )
  • 1 pkt bebola daging/meat ball anggaran 400 gm - di goreng jika suka
  • 1 biji bwg besar - di dadu
  • 2 ulas bwg putih- di cincang halus
  • 3-4 sudu mkn cili kisar - klu suka pedas bole tambah
  • 1 sudu mkn serbuk ketumbar yg tlh di sangar
  • 1 sudu mkn serbuk jintan manis yg tlh di sangar
  • 1 botol sos spaghetti -apa2 brand pon boleh asal yg Halal
  • 1 pkt Spaghetti - direbus
  • Sedikit garam dan gula

Cara-cara :

Panas kan sedikit minyak dlm periuk dan tumis bwg bsar dan putih hingga wangi,lalu msukkan cili kisar tumis hingga naik minyak.

Masukkan pula ketumbar n jintan kacau sebentar lalu masukkan sos spaghetti,tambah air ikut kepekatan yg di ingini,msak hingga kuah mendidih dan masukkan pula bebola daging dan biarkan hingga sos dan daging msk sebati.

Perasa kan garam dan gula agar rasa seimbang masam manis dari sos nya,boleh juga ditambah sayur campur dlm sos /kuah nya.

Bila kuah /sos dah siap msk,sendukkan kuah/sos diatas spaghetti yg tlh di rebus td,siap utk di santap...slamat mencuba....




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Resepi Peach Cobbler

Posted: 30 Jan 2012 04:28 AM PST


  • Bahan-bahan ( 3 orang )
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/3 cawan mentega
  • 1 cawan susu segar
  • 1 tin buah Peach
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
  • 3 sudu besar gula

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega dalam ketuhar dengan suhu 190c.Gunakan bekas kaserol 13cm x 9cm x 2cm.
  2. Adun tepung, gula halus dan soda bikarbonat dalam bekas berasingan.
  3. Masukkan susu segar pada adunan kering dan gaul sebati hingga tidak berketul-ketul.
  4. Tuang adunan tepung tersebut ke dalam bekas kaserol yang berisi mentega cair tadi.
  5. Siramkan jus Peach di atas adunan.
  6. Susun Peach ke atas adunan.
  7. Taburkan serbuk kayu manis dan gula.
  8. Bakar dalam oven pada suhu 175c-190c selama 45 minit - 1 jam atau hingga perang keemasan. Boleh dihidangkan dengan ais krim vanilla.



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Resepi : Macaroni Goreng

Posted: 30 Jan 2012 04:24 AM PST


  • Bahan-bahan ( dlm 6 org )
  • sepeket macaroni (brand pape pon xpe)- rebus kmudian toskan
  • udang 500gram (dibuang kulit dengan kepala serta direbus dlm 3 minit) air rebusan jgn dibuang
  • daging kisar 2 peket (brand ramly)
  • bawang besar sebiji
  • bawang putih 3 biji
  • cili kering dlm 15 tangkai (direndam dgn air panas sekejap)
  • sos tiram (dlm 3 sudu besar)
  • mushroom dalam tin (setin je)
  • tomato (sebiji pon dh cukup)
  • daun saderi (hiasan)
  • garam,gula secukup rasa
  • sos preego 2 tin

Cara - Cara :

  1. mula2 kite blenderkan bwg besar,bwg putih serta cili kering td

  2. tumis kan bahan yg diblender td sehingga naik bau.

  3. kemudian masukkan daging kisar. Biarkan sekejap sehingga air daging tu keluar.

  4. masukkan sos tiram, kacau2kan. kemudian tambahkan air rebusan udang tadi dlm secawan.

  5. masukkan pulak sos preego. biarkan sekejap. kemudian tmbahkan garam dan gula secukup rasa.

  6. ltak la udang,tomato ngn mushroom tadi ke dlm sos yg dimasak. kacau2 kan nye.

  7. last but no least, masukkan la macaroni yg tlah siap direbus. siap...hiasan kn dgn daun saderi. sos 2 jgak ley dimkn ngn ape2 jenis pasta.

selamat mncuba!Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar-Gambar Artis di Anugerah Juara Lagu 26

Posted: 29 Jan 2012 08:56 PM PST


Berikut merupakan gambar artis di sekitar Anugerah Juara Lagu ke 26 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 29 Januari 2012.Sebelum acara kemuncak bermula,artis-artis yang hadir ini terlebih dahulu memeriahkan acara karpet biru(Blue Karpet).Pada malam penganugerahan ini 12 Lagu bersaing untuk dinobatkan sebagai juara AJL ke 26. 
Jom kita layan gambar-gambar sepanjang karpet biru berlangsung sebelum Anugerah Juara Lagu 26 bermula sebentar tadi , semua gambar ini dikreditkan kepada facebook TV3
























Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Airel Zafril Menafikan Beliau Besar Kepala !!

Posted: 29 Jan 2012 08:34 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 JANUARI 2012: Nama bakat baru Airel Zafril, semakin hari semakin bertahta di hati peminat seni tempatan. Tidak dinafikan rezeki Airel Zafril dalam bidang lakonan semakin bercambah dan wajahnya acapkali menghiasi kaca televisyen.

Tahun 2012 akan menyaksikan empat filem yang dibintanginya akan ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Meskipun pernah tercalit kisah hitam sekitar pertengahan tahun lalu kerana menarik diri daripada membintangi sebuah teater bangsawan bertajuk Tok Wali, Airel Zafril bagaimanapun bersyukur kerana masih ramai lagi mempercayai bakat lakonannya.

"Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang lakonan semakin berkembang dan rezeki juga tidak henti-henti.

"Saya akui pernah mengalami kejadian yang kurang elok sekitar tahun lalu, namun saya bersyukur kerana nama saya tidak terus dilabelkan sebagai bermasalah atau besar kepala.

"Apa yang saya lakukan dulu bersebab dan saya menarik diri daripada teater tersebut pun kerana tidak mempunyai sebarang kontrak lakonan. Jadi demi kebaikan, saya menarik diri," katanya kepada portal murai.com.my.

Mengakui tindakannya itu telah banyak mengajar supaya menjadi lebih matang dalam mengharungi kehidupan sebagai anak seni.

"Apabila kita buat sesuatu perkara, perlulah ada hitam dan putihnya. Jadi nanti kebajikan sebagai seorang pelakon akan terjamin.

"Saya tidak boleh mengambil ringan dalam banyak perkara. Bagaimanapun saya bersyukur, semakin hari menjadikan saya semakin matang untuk meneruskan kehidupan sebagai anak seni.

"Semua yang saya lakukan bersebab .Oleh kerana saya mencari rezeki menerusi bidang ini, jadi saya perlu serius dalam menangani segala perkara,"jelasnya lagi.

Beralih perbualan mengenai kerjaya seninya, kata Aeril Zafril, dia kini berdebar menantikan hasil kerjanya bersama Tizz Zaqyah menerusi filem Cinta Kura-Kura yang bakal menemui peminat kaki wayang tempatan pada 1 Mac depan.

Bercerita pengalamannya sepanjang membintangi filem tersebut, jelas Aeril Zafril, perkara yang paling tidak mampu dilupakan tentunya ketika berinteraksi bersama kura-kura.

"Dalam filem Cinta Kura-Kura, saya memegang watak Adam. Banyak adegan saya bersama kura-kura dalam filem ini.

"Ketika penggambaran, ada kalanya kita menggunakan objek sebagai kura-kura dan kadang kala kita gunakan kura-kura hidup.

"Paling yang tidak boleh saya lupakan, apabila ada satu babak di mana saya mengoncangkan kura-kura tersebut berkali-kali dan kura-kura itu telah kencing di atas tangan saya," jelasnya sambil ketawa.

Mengulas mengenai gandingan buat pertama kali bersama Tizz Zaqyah dalam filem terbitan KRU Studios dan arahan Nizam Zakaria itu, kata Aeril Zafril, keserasian antara mereka dapat dicipta dengan cepat ketika di lokasi penggambaran.

"Saya dapat tahu akan digandingkan dengan Tizz dua minggu sebelum penggambaran.

"Memang saya tidak mengenalinya.Tetapi apabila di lokasi, Alhamdulillah keserasiaan dapat dicipta dan dengan bantuan semua krew kami dapat menjiwa watak masing-masing dengan baik," katanya lagi.
Info : Murai Dot Com

ZoOM : Boleh tahan juga hebatnya pelakon baru ni, kalau tak silap ZoOm mamat ni yang berlakon dalam Filem Keramat kot. Semalam baru layan filem Keramat tu, huh mula-mula memang susah nak tangkap jalan cerita dan ketika ending cerita tersebut habis dengan semua bunuh diri. Kalau sebelum ini banyak filem yang menggunakan seseorang watak yang alim untuk menghapuskan Jin/hantu yang bermaharajalela. Apa kata anda yang menonton filem Keramat tu ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Miera Leyana Tutup Pintu Hati Terima Shahrizal Jaszle

Posted: 29 Jan 2012 08:24 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon Miera Leyana menganggap hubungannya dengan Shahrizal Jaszle yang baru berusia lima bulan itu berada pada tahap kritikal apabila pelakon lelaki tersebut didapati telah berlaku curang terhadapnya.

Miera berkata dia memperolehi bukti terhadap kecurangan Shahrizal sehingga menyebabkan pintu hatinya telah tertutup untuk berbaik kembali dengan aktor filem Azura itu.

"Saya selesa bersendiri dan berenggang dengan Shahrizal buat masa ini. Saya mendapati dia tidak berlaku jujur dan curang terhadap saya.

"Hati saya bagai sudah retak dan berkecai untuk berbaik semula dengan selepas beberapa kali dipermain-mainkan oleh dia," katanya kepada mStar Online, di sini.

Ketika ditanya adakah dia memberikan peluang kepada aktor kacak itu, Miera berkata dia berasa tawar hati dengan sikap Shahrizal yang dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk memulihkan kemelut tersebut.

"Sejak kami mula bergaduh kira-kira dua minggu yang lalu, sudah berkali-kali dia datang memujuk dan meminta maaf tapi saya tidak nampak kesungguhannya untuk memulihkan kekusutan antara kami.

"Mengapa saya perlu memberikan peluang lagi jika dia tidak pandai untuk menghargai kepercayaan saya selami ini?" katanya dalam nada kesal.

Miera berkata pada waktu ini, dia lebih selesa bersendiri dan berserah kepada Tuhan dalam menentukan perjalanan hubungan cinta mereka.

"Saya akui masih sayangkan. Namun, selepas apa yang berlaku saya redha dan berserah sahaja kepada Tuhan, jika ada jodoh antara kami, saya terima seadanya," katanya.

Info : Mstar

ZoOM : Aduh.....dua-dua kena interview dengan wartawan....kesian tapi nak buat macam mana...ko ni Shahrizal kenapalah curang kan dah kena marah oleh awek...Tapi bagi ZoOm buang yang keruh ambil yang jernih...tapi kalau still keruh juga letak buang je kat longkang tu...Hahahaha :)

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Hubungan Shahrizal Jaszle dan Miera Leyana Retak Kerana Pembantu Peribadi

Posted: 29 Jan 2012 08:16 PM PST

SHAH ALAM: Pelakon kontroversi, Shahrizal Jaszle mendedahkan keretakan hubungannya dengan Miera Leyana adalah disebabkan oleh fitnah yang dilemparkan oleh bekas pembantu peribadinya kepada kekasihnya itu.

Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle berkata, cakap-cakap kurang enak mengenai hubungannya dengan Miera timbul apabila dia mengambil keputusan memecat pembantunya itu baru-baru ini.

"Hubungan saya dan Miera sebelum ini dalam keadaan baik malah kami merancang untuk berkahwin tetapi masalah timbul apabila saya memecat bekas pembantu peribadi kerana tidak tahan dengan sikapnya yang malas bekerja.

"Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya itu, dia telah menfitnah saya dengan pelbagai dakwaan sehingga menyebabkan Miera termakan dengan kata-katanya," ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, ketika kejadian dia tidak berada di tanah air kerana sedang menjalani penggambaran di Australia dan hanya mengetahui mengenai kekecohan itu sekembalinya dia ke sini.

"Saya terkejut apabila mendengar pelbagai cerita buruk mengenai diri saya sehingga tidak tahu sebab sebenar Miera marahkan saya.

"Namun setelah berjumpa dan bercakap dengannya barulah saya mendapat tahu punca sebenar," katanya.

Dalam pada itu, Shahrizal berkata, dia telah bersemuka dengan bekas pembantunya itu dan individu tersebut mengakui telah menfitnah dirinya kerana marah dipecat.

Shahrizal memberitahu, dia kecewa apabila seseorang yang pernah dia percaya dan bantu ketika dalam kesusahan telah melakukan perkara sedemikian kepadanya.

"Dia adalah seorang bekas banduan dan tiada siapa yang ingin mengambilnya bekerja. Saya telah memberinya peluang untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa dia boleh berdikari selepas keluar daripada penjara.

"Tetapi peluang yang diberikan disia-siakan begitu sahaja apabila gagal melaksanakan tugas diberikan kepadanya sehingga memaksa saya memecatnya.

"Saya langsung tidak sangka tindakan saya itu telah menyebabkan dia menikam saya dengan cara yang paling dashyat," ujarnnya.

Sementara itu, Shahrizal berkata, ekoran pelbagai dakwaan termasuk mengatakan dirinya seorang kaki perempuan telah menyebabkan kekasihnya itu merajuk dengannya gara-gara termakan kata-kata bekas pembantu peribadinya itu.

Ujarnya, sikap Miera yang mudah terguris dan merajuk ditambah dengan hasutan daripada rakan-rakan yang menyuruh dia meninggalkan dirinya telah menyebabkan kes berkenaan bertambah parah.
"Sehingga kini dia masih merajuk dengan saya dan mahu dipujuk. Saya juga telah menjelaskan tentang kedudukan sebenar tetapi dia belum menerima sepenuhnya.

"Apa yang boleh saya katakan walaupun kami tidak putus tetapi hubungan kami berada di tahap yang agak sukar dan kami masing-masing sedang memperbaikinya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shahrizal memberitahu dia tidak berhasrat untuk mencari pembantu peribadi baru kerana lebih selesa menguruskan kerjaya seninya sendiri.

"Masa ada pembantu dulu pun semua perkara saya lakukan sendiri tanpa mengharapkannya jadi rasanya ia akan kekal begitu," katanya.
Info : Mstar Online



ZooM : Alahai kesiannya pasangan ni, baru nak menyemai bunga diladang tetapi ribut taufan yang timbul sehinggakan kisah mereka ingin berpisah kecoh Se Malaysia. Apa-apa pun semua itu hanya dugaan sebelum kahwin dan selepas kahwin sudah tentu dugaan dan kesabaran perlu dititik beratkan dalam hubungan khasnya.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Gossip Arrora Salwa Tinggal Serumah Dengan Kekasih, Mohd Fairuz Shaari Kumpulan Max !!?

Posted: 29 Jan 2012 08:03 PM PST

PETALING JAYA: Selepas dilemparkan dengan tuduhan enggan membayar hutang baru-baru ini, penyanyi Arrora Salwa sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi terbaru yang mendakwa dia bersekedudukan dengan kekasihnya pula.

Arrora atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 27, berkata tuduhan yang mendakwa dia tinggal serumah dengan kekasihnya yang juga bekas anggota kumpulan Max:247 iaitu Mohd Fairuz Shaari (Alloi) adalah satu lagi fitnah yang cuba disebarkan oleh bekas pembantu peribadinya untuk mencalar reputasinya.
"Dakwaan ini (bersekududukan) adalah satu lagi fitnah yang melampau. Selepas nama saya diburukkan dengan cerita kononnya enggan membayar hutang, kali ini bekas pembantu peribadi saya menuduh saya tinggal serumah dengan kekasih pula?

"Saya dan kekasih ada berbincang tentang cerita ini tetapi kami lebih senang mengambil pendekatan untuk bersikap tenang kerana ia tidak berasas sama sekali," katanya.

Arrora berkata, dia mengakui kerap berkunjung ke rumah kekasihnya namun mereka tidak pernah berdua-duaan kerana lelaki itu tinggal bersama keluarganya.
"Tuduhan itu tidak ada berasas kerana kami tidak tinggal serumah seperti ynag didakwa. Kalau hendak tahu, Alloi tinggal bersama orang tuanya dan hubungan saya dan ibu bapanya memang akrab.

"Malah, saya akui kerap berkunjung ke rumahnya atau tidur di sana atas pelawaan ibu Alloi," katanya yang enggan ambil peduli dengan dakwaan liar tersebut.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Ahmad itu menolak dakwaan yang mengatakan dia enggan membayar hutang sejumlah RM1,400 yang dipinjamnya sehingga diburu oleh seseorang.

Sebaliknya, Arrora berkata wangtersebut telah dipinjam oleh bekas pembantu peribadi yang tidak lagi tidak lagi bekerja dengannya.

Info : Mstar Online





ZooM : Alahai Arrora...tak habis satu...satu lagi..kalau sebelum ini gossip tak bayar hutang, ini gossip tinggal serumah dengan kekasih la pula. Kalau tak betul sila tegakkan kebenaran...kalau tak tinggalkanlahhhh tabiat tu..Apa komen anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!
Follow @zoomartis

Nora Danish Nafi Bercinta Dengan Penuntut Kolej

Posted: 29 Jan 2012 07:34 PM PST

SHAH ALAM: Pelakon jelita, Nora Danish menolak dakwaan kononnya dia sedang hangat bercinta dengan seorang penuntut kolej swasta yang jauh lebih muda darinya.

Nora berkata, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali dan dia memberitahu tidak pernah mengenali mana-mana lelaki yang masih menuntut di kolej.

"Saya langsung tidak tahu menahu mengenai lelaki yang dimaksudkan kerana tidak pernah kenal mana-mana penuntut kolej apatah lagi untuk bercinta," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai berita perkahwinan bekas suaminya dengan pelakon Fasha Sandha, Nora memberitahu dia tidak hak untuk bercakap mengenai perkara berkenaan kerana ia bukan urusannya.

Nora bagaimanapun berkata, jika perkara berkenaan benar dia gembira untuk kedua-dua pasangan itu dan berharap mereka akan bahagia.

"Saya hanya boleh mendoakan semoga mereka bahagia dan selebihnya saya tiada hak untuk bercakap atau komen mengenai keputusan mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nora berkata jadualnya tahun ini padat dengan pelbagai tawaran berlakon dan tiada masa untuk memikirkan soal perkahwinan.

Nora memberitahu dia kini sedang sibuk di lokasi drama Jujur Aku Dayus selain beberapa drama bersiri lain dan tawaran filem yang perlu menjadi perhatiannya.

"Banyak undangan lakonan yang diterima sehingga terpaksa menolak kerana tidak mahu membuat pelbagai kerja dalam satu masa sehingga menyusahkan pihak lain.

"Bagaimanapun tahun 2012 adalah tahun yang baik untuk saya kerana pelbagai tawaran datang," ujarnya.


Info : Mstar Onlilne

ZoOM : Kalau betul pun apa salahnya bukannya bini orang lagi ...betul tak?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!