Adsense

Ahad, 18 Disember 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Dua rockers saling memuja

Posted:

Dua rockers saling memuja

Dua rockers saling memuja

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZALbrshazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


DUA rockers sejati ini saling memuja dan menyayangi antara satu sama lain.


SEMUANYA bermula sewaktu Awie menonton persembahan Ella bersama kumpulannya, The Boys yang berlangsung di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur sekitar 25 tahun lalu.

Kata Awie, rocker wanita sejati itu sememangnya memainkan peranan yang cukup besar dalam perjalanannya sebagai seorang anak seni.

Tanpa segan-silu juga Awie memberitahu, dia adalah peminat tegar Ella sehingga mendorongnya menjadi penyanyi dan seterusnya menduduki posisi vokalis kumpulan Wings.

Sehinggakan Awie sendiri membeli dan mengumpul album-album Ella serta meminati lagu-lagu popular penyanyi itu seperti Permata Biru, Dua Insan Bercinta dan Sembilu.

"Pada ketika itu, saya hanyalah pemuja dan peminat Ella seperti orang lain. Saya pun belum mula menyanyi lagi ketika itu. Saya begitu kagum dengan kehebatan dan kelincahannya sewaktu dia beraksi di atas pentas.

"Memang tidak dinafikan lagi, peranan Ella cukup besar dalam kerjaya saya. Apabila difikirkan semula, saya sendiri tidak pernah menyangka bahawa Ella sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya.

"Tidak pernah juga saya bayangkan bahawa persahabatan saya dengan Ella sudah melebihi 20 tahun sejak tahun 1986. Alhamdulillah, kami masih lagi berkawan sehingga ke hari ini," luah Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman penuh luhur ketika diminta pandangannya tentang Ella.

Awie berkata demikian usai sidang akhbar Konsert Awie & Ella - Raja & Ratu Rock Malaysia yang berlangsung di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, minggu lalu.

Menyambung bicara, penyanyi dan pelakon berusia 43 tahun itu menggambarkan ukhuwahnya dengan Ratu Rock negara itu sudah seperti adik-beradik termasuk dengan kakak penyanyi itu, Jojie.

Perhubungan mereka berjalan lancar dari awal sehinggalah pada satu ketika, mereka terpisah sementara sebelum disatukan dalam filem Pemburu Bayang pada tahun 1993 arahan Datuk Yusof Haslam.

Populariti dan gandingan mantap mereka berdua dalam filem tersebut telah meletakkan mereka sebagai salah satu pasangan layar perak yang paling ideal.

"Apabila bersama dengan Ella, saya berasa cukup selesa dan kami boleh bergurau senda tanpa ada dinding pemisah antara kami.

Ikon

"Pernah saya digandingkan dengan beberapa orang penyanyi wanita untuk sesi fotografi. Tetapi perasaan kurang selesa itu timbul baik daripada saya mahupun penyanyi itu.

"Tetapi, ia berbeza apabila bersama dengan Ella dan kami boleh beraksi di hadapan kamera dengan penuh mesra sehingga sesi fotografi itu semuanya berjalan dengan lancar.

"Ella adalah Ella dan dia tidak hipokrit. Apa yang kita lihat itu adalah dirinya yang sebenar. Dia begitu jujur dalam apa jua yang dilakukannya," cerita Awie panjang lebar disulami ketawa kecil.

Berbicara lanjut tentang persahabatan dengan Ella, Awie juga memberitahu mereka berdua tidak pernah menghadapi masalah dalam perhubungan mereka.

Dalam erti kata lain, Awie dan Ella tidak pernah bergaduh mahupun bermasam muka. Sebaliknya, mereka berdua saling berkongsi masalah dan saling menjadi pendengar setia.

"Resipi hubungan kami cukup mudah. Jangan sesekali membicarakan perkara serius kerana apabila kedua-duanya mula meluahkan berpendapat, ia boleh membawa kepada perang mulut sehingga bertegang urat.

"Atas alasan itu, apabila bersama dengan Ella, kami sering berbicara tentang perkara yang tidak memerlukan kami berfikir secara serius.

"Kalau dia ada masalah, dia sendiri akan bercerita kepada saya dan meminta pendapat saya. Mana yang boleh saya bantu, saya akan memberi pandangan saya sebaik mungkin," kata Awie yang mula bergelar penyanyi bersama kumpulan Wings pada tahun 1989 menerusi album pertama mereka, Belenggu Irama.

Kehebatan dan populariti Ella yang terus unggul sehingga ke hari ini jelas Awie, menyebabkan Ella memang tiada tandingan.

Walaupun sebelum ini ada yang mahu menjadi seperti penghibur itu, ternyata semuanya tidak menjadi kerana tiada keaslian dalam personaliti mereka.

"Kerana itulah, tiada siapa yang akan menjadi seperti Ella. Lihatlah sahaja dalam mana-mana program realiti, semuanya tidak berani menyanyikan lagu rock dan tampil dengan personaliti unik.

"Bagi saya, itulah rahsia Ella yang berjaya kekal sehingga ke hari ini dan Ella tiada duanya. Dia adalah ikon rock sejati dan dia wajar diletakkan di satu tahap yang paling tinggi," jelas Awie penuh terbuka.

Konsert solo pertama

MENYENTUH tentang Konsert Awie & Ella - Raja & Ratu Rock Malaysia yang akan berlangsung di Panggung Sari, IB bermula 12 Januari depan, kedua-dua rockers sejati ini menyifatkan ia sebagai penghormatan buat mereka.

Sementelah kedua-dua mereka belum pernah disatukan dalam sebuah konsert mega secara solo sebelum ini, Awie dan Ella berjanji akan memberikan persembahan terbaik.

Kata mereka, pada persembahan yang akan menampilkan lagu-lagu solo popular mereka itu, konsep percintaan menjadi tema sepanjang konsert itu.

Bakal mempersembahkan lebih daripada 20 lagu untuk konsert empat hari itu, Awie dan Ella mahu persembahan mereka dapat meninggalkan impak kepada audiens.

Diterbitkan oleh Tall Order Productions milik pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Hans Isaac, konsert ini menampilkan Edrie Hashim sebagai pengarah muzik bersama enam pemuzik profesional yang lain.

Bagi peminat Awie dan Ella, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menikmati persembahan hebat ini.

Tiket-tiket berharga RM40, RM80, RM140, RM210, RM300, RM400 dan RM450 sudah mula dijual.

Untuk tempahan dan pembelian tiket, boleh layari www.ticket2u.biz atau hubungi talian, 03-4147 8600.

Full content generated by Get Full RSS.

Alasan Dominic terima

Posted:

Alasan Dominic terima <i>Vikingdom</i>

Alasan Dominic terima Vikingdom

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ dan ihsan KRU STUDIOS


DOMINIC Purcell (tengah) sebagai Eirick dalam filem Vikingdom.


BUKAN mudah sebenarnya mahu menawan hati pelakon kacak bertubuh sasa ini untuk membintangi mana-mana filem mahupun drama.

Cukup dikenali dengan watak Lincoln Burrows dalam siri televisyen, Prison Break, Dominic Purcell ternyata cukup mementingkan skrip dan jalan cerita yang mampu menarik perhatiannya.

Dalam konteks ini, apabila Dominic didatangi oleh ejen KRU Studios, Epic Pictures yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat, dengan pantas dia cukup tertarik dengan Vikingdom.

"Apabila saya menyelak helaian skrip itu, saya merasakan saya tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan ini.

"Sudah menjadi resmi saya sebagai seorang aktor yang sentiasa mahukan pembaharuan dalam setiap karya yang saya lakonkan. Untuk itu, saya merasakan Vikingdom adalah karya yang mampu meluaskan lagi skop saya sebagai seorang anak wayang.

"Bagi saya keistimewaan Vikingdom terletak kepada jalan cerita dan karakter yang saya bawakan iaitu Eirick yang saya sifatkan penuh dengan warna," jelas Dominic atau nama penuhnya, Dominic Haakon Myrtvedt Purcell ini optimis.

Aktor berusia 41 tahun itu ditemui pada sidang akhbar khas filem Vikingdom yang berlangsung di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya, baru-baru ini.

Turut hadir Presiden Eksekutif KRU Studios merangkap penerbit filem Vikingdom, Norman Abdul Halim dan pengarah filem tersebut, Yusry Abdul Halim.

Selain Dominic, Vikingdom yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran turut dibintangi oleh Craig Fairbrass sebagai Sven, Natassia Malthe (Brynna), Jon Foo (Yang) dan Conan Stevens (Thor).

Biarpun penat dan lelah masih belum hilang, namun baik Dominic mahupun pelakon lain semuanya memberikan kerjasama yang baik sepanjang sidang akhbar itu.

Sesekali Dominic bercanda dan bergurau ketika diajukan pelbagai soalan daripada pihak media yang hadir ketika itu.

Berbicara lanjut tentang Vikingdom, Dominic memberitahu sebaik sahaja dia menyatakan persetujuannya, dia ditawarkan dengan satu lagi tawaran iaitu untuk menyenaraikan barisan pelakon lain untuk membintangi filem itu.

Baginya, adalah cukup penting untuk berlakon di dalam filem bersama pelakon yang tahu dan faham akan kerja mereka bagi menghidupkan watak masing-masing.

"Saya nampak Vikingdom mempunyai potensi besar untuk jelajah dunia dan saya sendiri percaya dengan karya ini. Tiada bezanya membintangi produksi Hollywood dan Asia kerana apa yang penting adalah kesungguhan itu.

"Sama seperti saya, sebagai pelakon, saya harus memberikan lakonan terbaik dalam setiap filem mahupun drama kerana itu adalah tanggungjawab saya.

"Memang benar. Nama KRU Studios dan Yusry cukup asing buat saya tetapi apabila diberi peluang menonton Hikayat Merong Mahawangsa, saya yakin dengan kredibiliti Yusry sebagai pengarah," jelas aktor yang dilahirkan di Merseyside, England, United Kingdom ini lagi.

Tambah Dominic, dia percaya apabila Vikingdom ditayangkan di seluruh dunia kelak, ia mampu membuka mata orang luar yang mungkin sebelum ini tidak tahu bahawa Malaysia sebenarnya mempunyai industri perfileman yang pesat.

"Adalah tidak adil untuk membandingkan Malaysia dengan Hollywood kerana industri mereka sudah menjangkau lebih 100 tahun.

"Namun, untuk melihat sebuah produksi seperti KRU Studios menghasilkan filem gah seperti Vikingdom, ia adalah mengagumkan," jelas aktor yang kini sedang berpacaran dengan aktres muda yang membintangi siri 90210, AnnaLyne McCord.

Lebih 15 tahun dalam bidang lakonan,ternyata Vikingdom memberikan cabaran baru buat Dominic terutama apabila perlu memakai kostum pahlawan yang membuatkannya berpeluh-peluh.

"Apatah lagi dengan cuaca yang kadang-kala tidak menentu membuatkan emosi saya sedikit tercabar. Tetapi itu adalah lumrah malah, ia adalah pengalaman yang menyeronokkan apabila dapat bertarung dan menaiki kuda dalam kostum tersebut," ujar Dominic yang akan membintangi filem Paradise Lost bersama Bradley Cooper tidak lama lagi.

Aktor ini juga mengakui dia cukup selesa menjalani kehidupan yang ringkas dengan dikelilingi kejiranan biasa berbanding tinggal di persekitaran kediaman bintang ternama.

Malah katanya, keluarga menjadi keutamaan dan tidak hairan pada pergelangan tangan kirinya tertera cacah bertulis 'keluarga ialah kehidupan' sekali gus menonjolkan sisi halusnya yang menganggap lakonan sebagai kerjaya, bukan mengejar populariti semata-mata.

Bagi Dominic, untuk menjalani kehidupan yang seimbang dan sempurna, dia perlu membahagikan masa antara kerjaya dan peribadi.

"Atas alasan itu, saya selesa tinggal jauh dari Hollywood kerana saya mahu lari daripada dunia kerjaya saya apabila saya pulang ke rumah.

"Sudah pasti selepas puas dan penat bekerja, saya mahukan ketenangan dan melayani dunia saya sendiri," ujar pengagum seniman hebat Clint Eastwood dan Marlon Brando ini lagi.

Menyentuh tentang kerjayanya pula, sama ada siri televisyen atau layar perak, kepuasan yang dicapai dalam lakonan tidak jauh berbeza kerana paling utama adalah mendapat skrip yang bagus dan mampu memperkembangkan watak.

"Saya suka dengan apa yang saya lakukan kini. Berlakon memberi kepuasan yang sukar saya gambarkan. Cuma mengenai watak yang saya ingini, ia sesuatu yang abstrak, sesuatu yang luar biasa, dan saya masih menunggu saat itu tiba," ujarnya mengharap.

Full content generated by Get Full RSS.