Adsense

Ahad, 18 Disember 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


6 Foto Jelita Fasha Sandha Si Bakal Pengantin 2012!

Posted: 18 Dec 2011 08:36 PM PST

Berkesempatan bertemu dengan pelakon drama 'Cinta Elysa' yang telah meletup-letup di slot Lestary, TV3 baru-baru ini di majlis sidang media filem 'Penanggal' arahan sulung dramatis, Ellie Suriaty, OHBULAN! Akui terpukau dengan kejelitaan 'Elysa' ini. Siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha.

Datang sedkit lewat gara-gara sibuk di lokasi penggambaran, Fasha anggun mengenakan gaun pendek  rona kelabu hitam paras lutut dipadankan dengan kasut tumit tinggi rona burgundy'. OHBULAN! melihat susuk tubuh (tanpa sebarang prasangka) Fasha tampak berbeza dengan penampilannya sewaktu ditemui pada  majlis pelancaran majalah Lisa awal November lalu, memakai gaun rona jingga yang agak 'daring' namun sedikit berisi.

Sama ada melakukan diet, maklumlah tahun depan katanya aktres ini bakal menamatkan zaman solo, justeru seharusnyalah lemak berlebihan dibuang, agar apa saja potongan gaun kahwin nanti nampak cantik disarung ditubuh atau mungkin saja berdiet untuk kesihatan. Tidak dapat dinafikan aura bakal pengantin itu jelas dapat dilihat.  Apakata anda menatap enam foto Fasha nan jelita ini puas-puas semasa dia masih solo ni… :) Maklumlah lepas dah kahwin nanti, kelibatnya akan jarang muncul.

Full content generated by Get Full RSS.

Zul Ariffin Kembali Solo Namun Masih Patah Hati

Posted: 18 Dec 2011 06:15 PM PST

Kehadirannya dalam dunia seni seiring dengan kisah cintanya bersama aktres jelita, Abby Abadi. Mana tidaknya,  selepas aktres tersebut menempuh fasa sukar dek penceraiannya dengan aktor, Norman Hakim, jejaka kelahiran Taiping, perak inilah tempat Abby mengadu rasa, berkongsi suka dan duka lalu bertaut kasih. Pendek kata Zul Arriffin, 25 dan Abby Abadi, 34, bak pasangan Merpati dua sejoli.

Namun itu kisah tiga tahun lalu. Meski cinta sama cinta, namun siapa yang mampu melawan ketentuan takdir apabila hubungan yang terjalin, terpisah jua akhirnya. Itu cerita Abby yang dikongsi bersama lewat tulisan blog dan kenyataan di laman sosial miliknya beberapa bulan lalu. Apa pula cerita jejaka jejaka yang signifikan dengan watak Inspektor Asraf dalam siri 'Gerak Khas' ini?

Berkesempatan menemuinya sempena sidang media filem 'Penanggal' Jumaat lalu, OHBULAN! bertanyakan mengenai status hubungannya dengan Abby yang dikatakan sudah berpisah kemudian bertaut semula. Benar atau tidak?

Im single! Serious, saya single sekarang," tutur awal Zul seolah-olah berat untuk berkongsi cerita dengan para wartawan sambil termenung seketika sebelum menyambung semula bicara.

"Hubungan saya dengan Abby sudah berakhir. Apa yang tinggal hanyalah hubungan sebagai kawan baik sahaja. Saya masih menghormatinya sebagai seorang kawan," ujarnya.

Jelas Zul lagi, walaupun sudah berpisah, dia dan Abby masih lagi saling bertanya khabar melalui panggilan telefon atau berbalas SMS. Menurutnya, meski hubungan cinta antara mereka sudah berakhir, namun perasaan sayang terhadap Abby masih ada dan sudah tentu sukar baginya melupakan Abby.

"Apabila kita sudah bersama seseorang dalam tempoh yang agak lama, sudah tentu lima peratus diri orang tersebut ada dalam diri dan hati kita, saya bersama Abby bukan sehari dua tapi tiga tahun, dan tipulah kalau saya katakan saya dapat melupakan dia atau buang jauh perasaan itu dengan begitu mudah," jelasnya lagi

Ketika diajukan pertanyaan mengenai punca perpisahan mereka, Zul seakan enggan bercerita lebih lanjut. Apa yang mampu diucapkannya adalah, ia terlalu personel untuk dikongsi.

"Classified! Dah dicop sebagai maklumat sulit," ujarnya berseloroh sambil menafikan faktor usia sembilan tahun atau kehadiran orang ketiga sebagai punca perpisahan mereka.

Menyesal? Serik?

"Saya tidak pernah menyesal mengenali dan menyayangi Abby. Cuma saya menyesal mengenang semula segala kesalahan dan kesilapan yang pernah berlaku sepanjang kami bersama dan berharap alangkah baik jika ianya dapat diperbaiki,"

"Saya akui perpisahan ini sedikit sebanyak menjejaskan mood saya. Saya agak down (patah hati), sampai sekarang pun saya down. Tapi hidup mesti diteruskan. Fokus saya kini adalah pada kerjaya. Namun tidak dinafikan bila bersendirian, kenangan dan perasaan down itu pasti muncul," akuinya lagi.

Zul turut mendedahkan dirinya masih mengambil tahu perkembangan diri Abby dan anak-anaknya, Danish, Dania dan Danisha menerusi laman Facebook milik Abby.

Ketika ditanya adakah hubungan cinta  yang terlerai ini akan kembali terjalin dengan bekas penyanyi kumpulan Elite, Zul terkedu seketika.

"Mungkin," jawabnya.

Ditanya lagi siapa Abby di matanya?

"She is the best person yang pernah hadir dalam hidup saya, she is the best selain daripada keluarga saya sendiri," jawab Zul penuh jujur.

Full content generated by Get Full RSS.