Adsense

Ahad, 18 Disember 2011

Sensasi

Sensasi


Marsha bawa Kekasih Tengku Bakar ke Sesi Fotografi

Posted: 17 Dec 2011 07:56 AM PST



Sebelum nie Marsha sering menyembunyikan siapa kekasihnya.Dan ada pulak gossip mengatakan yang Marsha menelan 30 biji pil sehingga pengsan dn dikerjarkan di hospital kerana putus cinta.

Kali ini Marsha sudah tak mahu berselindung lagi..Apatah lagi boyfriend Marsha boleh tahan juga hensem orangnya.

Marsha memang suka lelaki melayu kot,memula Mawi pastu Fahrin pastu Kifli..hehe

Apepun semoga berbahagia.

Video Filem pendek tentang Hukum Hudud,apakah Hudud sebenarnya?

Posted: 17 Dec 2011 07:33 AM PST


Video nie sedikit sebanyak menjelaskan apa sebenarnya hukum hudud..banyak syarat2 untuk jalankan hudud.

Nampaknya makin teruk kejadian rompakan dan jenayah di Malaysia,lagi-lagi kes ragut yang sampai tikam org lah,sampai mencederakan orang...agak-agak kalau hukuman hudud dijalankan di Malaysia ada tak org berani nak merompak? sebab kalau kantoi kene cekup dan cukup syarat memang kudung lah jawabnyer.

Agaknye kenapa ada org islam yang berat hati menerima hudud di Malaysia,samada mereka takut Malaysia banyak org bakal kudung? huhu..atau mungkin kerana takut melihat hukum itu dijalankan sebab tak sampai hati...tapi sensasi rasa kalau Malaysia isytihar hukum hudud dikuatkuasakan memang ramai yang kecut perut nak buat jenayah dan maksiat. ...bayangkan kalau kene tangkap dan cukup bukti utk jalankan hudud memang berat lah hukumannya...mesti sedikit demi sedikit dapat mengingatkan kita akan kesakitan api neraka apabila melihat hukuman Hudud nie,insyaallah dapat menginsafkan diri..

Sama macam pegawai penjara yang bekerja di bilik gantung,masing-masing berasa insaf..Sensasi pernah tengok drama cite sal nak kene hukuman gantung sbb edar dadah..insaf gile..bukan sebab sensasi ada kaitan ngan dadah ..memang tak lah kan..cume insaf yang setiap perbuatan kita pasti dapat balasan.Cume kalau bernasib baik,terlepas di dunia..

Gambar terbaru Norish Karman,isu mengandung anak luar nikah mengaibkan dirinya

Posted: 17 Dec 2011 04:58 AM PST



"Secara peribadi, saya anggap dakwaan palsu dan liar itu sebagai sesuatu yang melampau, tidak beretika dan tidak adil buat saya dan anak-anak.

"Tidakkah pihak yang menggembar-gemburkan gosip itu terfikir, saya mempunyai anak-anak yang juga akan terkena tempias tuduhan itu?" luahnya

"Saya berasa sedih apabila perlu menjelaskan kepada anak-anak bahawa cerita itu adalah dakwaan palsu.

"Mujurlah anak-anak saya sangat memahami, terbuka dan enggan melayan provokasi melampau itu. Malah, saya bertuah kerana mereka setia menyokong di sisi pada waktu begini," katanya.

"Saya berdiam diri kerana sibuk membuat persiapan dan mencari material yang berkualiti untuk album sulung saya pada tahun depan.

"Jadi, tidak perlulah saya hendak kecoh-kecoh memberitahu semua orang setiap perkembangan saya pula.

"Apabila orang menuduh saya macam-macam, saya berasa sedih tetapi saya tiada masa untuk melayan fitnah sebegini," katanya.



Bagaimanapun mungkin kerana tertekan atau kurang sihat ,Norish dikatakan kelihatan lemah dan lesu serta tiada persiapan rapi semasa melakonkan watak dalam pementasan Monolog .

Sebelum ini Norish dikatakan seorang pelakon teater yang sering mendapat pujian kerana energi yang ditunjukkan tapi kali ini sangat berbeza.


"Tidak seperti biasa, kemunculan Norish pada pementasan itu gagal memberikan impak. Persembahannya ketika menyampaikan monolog Drama Bukan Dejavu arahan Rosminah Tahir kurang menyerlah.

Lontaran suaranya lemah dan pergerakannya juga kelihatan terbatas. Malah, dia satu-satunya pelakon yang menggunakan mikrofon kecil yang dilekatkan di pipi untuk membolehkan suaranya didengar khalayak.

Bahkan, pelakon Sayang Salmah ini juga dilihat memegang kertas, yang dikatakan membantunya mengingati dialog yang perlu dilontarkan pada persembahan berkenaan. Jelas sekali, dia seperti tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab diberikan. Sedangkan, kemunculan di pentas teater seperti itu bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main, apatah lagi dalam kalangan penggiat seni persembahan."

Kereta Mewah BMW milik Fasha Sandha yang dihadiahkan seseorang hilang di depan Salun Chinta miliknya

Posted: 17 Dec 2011 08:08 AM PST



Baru-baru ini Awie baru saja kehilangan Estima,kemudian ND Lala dirompak 10 orang Mat Rempit..Terbaru pula,kereta BMW 325i milik Fasha Sandha pula hilang di Wangsamaju


Fasha Sandha, 27, mengesahkan kereta mewah miliknya hilang dipercayai dicuri.

Kejadian itu dikatakan berlaku di tempat letak kereta berdekatan salun miliknya di Wangsa Walk, di sini, Jumaat.

"Saya akui kereta milik saya hilang dan satu laporan polis telah pun dibuat.

"Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media filem Penanggal di sini, Jumaat.

Ditanya dengan lebih lanjut mengenai kehilangan kereta itu, Fasha enggan memberi sebarang ulasan sebaliknya mengelak untuk menjawab soalan wartawan.

"Hanya seringkas itu sahaja saya boleh cerita," katanya.

Difahamkan kereta mewah yang hilang itu merupakan hadiah daripada seseorang buatnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fasha menjelaskan dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan apabila gambarnya memakai busana pengantin tersebar di laman blog yang turut dikaitkan kononnya dia ingin berumah tangga.

"Insya-Allah jika sampai jodoh saya akan berkahwin dan apabila sudah bersedia saya akan maklumkan kepada semua. Saya tidak mahu bercakap mengenainya terlalu awal," katanya.




Jimmy Dedahkan Suhaila masih ketagih Judi dan Rokok

Posted: 16 Dec 2011 11:46 PM PST



Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.

Selain itu, ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.

Katanya, ia diburukkan lagi dengan sikap Nursuhaila yang gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu.

"Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin.

"Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar," dakwanya.

Tambahnya, Nursuhaila memberi alasan yang dia bermain judi untuk menghilangkan tekanan di hari lahir bapanya sendiri pada 11 Oktober 2010.

Menurut Jimmy, pada hari itu, Nursuhaila yang sepatutnya membeli kek, pulang lewat dan apabila ditanya, dia mengaku masih lagi berjudi.

"Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami," dakwanya.