Utusan Online - Hiburan |
Posted: Jep bawa gitar ke lokasiGambar Ihsan Muhammad Arief Irfan JEP bersama Muhammad Azim Ramdan dalam satu babak yang melucukan. Bertemankan pembantu peribadinya, Khairudin Ismail atau lebih dikenali Der, Jep mencapai gitar kapoknya duduk menyendiri di sebuah gerai sementara menanti penggambaran babak yang melibatkannya. Bermula dengan lagu Bisikan Hati yang dipopularkan oleh Allahyarham Datin Rafeah Buang, Jep beralih ke lagu Bila Wajahmu Kubayangkan (Allahyarham Datuk Sudirman Arshad). Dengan suaranya yang sedap didengar, nyatalah pelawak, pelakon dan tidak lama lagi akan bergelar penyanyi, Jep seorang artis yang berbakat. Dia bukan sahaja boleh berlawak dan berlakon malah, Jep yang bakatnya mula dicungkil melalui Maharaja Lawak musim ketiga sememangnya berbakat dalam bidang nyanyian. Dari satu lagu ke satu lagu, siapa sangka anak muda yang mula mencuri hati para peminat dengan lawaknya rupa-rupanya meminati lagu-lagu retro. Jep yang ditemui di lokasi drama skrip yang ditulis oleh Muhammad Arief Irfan terbitan Nizarman (M) Sdn. Bhd., ketika ditanya mengenai bakat dan minatnya itu berkata; "Saya jenis yang tidak boleh duduk diam dan memang menjadi tabiat saya, jika tidak berborak saya akan memetik gitar. "Selain dapat menghiburkan hati, ia juga dapat mengelakkan saya daripada mengantuk kerana waktu penggambaran yang lama kadangkala menyebabkan saya penat." Menurut Jep, selalunya setiap kali sampai di lokasi, dia sudah bersiap sedia dengan perwatakannya kerana telah membaca skrip sebelum penggambaran bermula. "Bila watak yang akan dibawa sudah sebati dalam diri, ia lebih mudah untuk saya membawakan sesuatu watak itu kerana saya mahu lakonan saya nampak lebih natural," katanya. Jep yang telah tiga tahun menjadi artis dan baru sahaja menarik diri daripada kumpulan Sepah amat bersyukur dengan rezeki yang diterimanya kini. Di samping menyanyi sambil memetik gitar, Jep mengakui dia suka mengusik para pelakon dan krew penerbitan ketika menjalani penggambaran. "Tujuan saya mengusik sebenarnya untuk mewujudkan persekitaran yang lebih ceria di antara saya dan pelakon serta krew," kata Jep yang suka mengusik Liza Abdullah yang berlakon sebagai emaknya dalam drama berkenaan. Menyentuh mengenai wataknya dalam drama yang akan ditayangkan di Astro Prima pada 2 Januari depan, Jep berkata; "Dalam drama ini, saya berlakon sebagai Samad, seorang pemuda yang malas bekerja, namun segalanya berubah setelah berjumpa Sheila." Selain Jep, Leez AF4 (Sheila), Liza Abdullah (Mak Odah), Bomoh Temberang turut dilakonkan Rosnah Mat Aris, Syanie dan Muhammad Azim Ramdan. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Halim Othman jaga kesihatanGambar JEFFRI IRAN
Menyingkap rahsia tersebut, baru-baru ini, S3 berpeluang mengikuti sehari perjalanan bersama Halim Othman. Ternyata anak kelahiran Terengganu ini sememangnya mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi memastikan tubuhnya sentiasa cergas. Mula terjebak dalam aktiviti terbarunya ini pada 1 Oktober lalu, dia mengakui, tidak lengkap harinya jika tidak berjalan sehingga 10,000 langkah setiap hari. "Kalau diikutkan, sejak kecil lagi saya memang kuat berjalan. "Jadi, secara tidak langsung, ia menimbulkan ilham kepada saya untuk meneruskan aktiviti ini walaupun kini sibuk dengan kerjaya. "Oleh kerana saya selalu buat aktiviti ini, kalau sehari tidak cukup 10,000 langkah saya berjalan, saya akan berasa pening dan mudah mengantuk. "Selain itu, jika tidak cukup 10,000 langkah, saya akan sambung pula dengan berlari di treadmill di gimnasium," jelasnya sambil mengikat tali kasut. Menurut Halim, aktiviti tersebut juga memberi kesan kepadanya apabila bangun daripada tidur. "Sebenarnya bila sudah biasa melakukan aktiviti ini, badan terasa lebih ringan malah lepas bangun dari tidur pun kita tidak terasa letih. "Jika kita tidak melakukan sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh, ia akan mewujudkan toksin dalam badan kita," katanya yang sememangnya menyokong penuh aktiviti yang turut diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini. Rekod Langkah Halim Pertama kali melakukan aktiviti tersebut, Halim telah mencatatkan jumlah langkahnya dalam diari. "Pada mulanya, saya akui, memang tidak dapat capai 10, 000, namun dari sehari ke sehari saya pastikan langkah saya akan meningkat. "Sehingga kini, saya sudah berjalan kaki dari tempat kerja saya (Tropicana City Tower), sehinggalah ke One Utama, stesen LRT Kelana Jaya dan sehinggalah ke Seksyen 14, Petaling Jaya. "Malah, saya turut membeli pedometer yang merekodkan jumlah langkah yang saya lakukan. "Bila ada pedometer, sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui berapa langkah yang kita sudah buat dalam sehari," katanya sambil menunjukkan jumlah langkahnya yang tercatat pada pedometer kepada penulis. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |