Adsense

Jumaat, 30 Disember 2011

Sensasi

Sensasi


Elly Suriati keguguran di lokasi penggambaran "Penanggal"

Posted: 30 Dec 2011 02:08 AM PST

boleh tahan seksi jugak baju Elly,kalau Fasha ke ,Fazura,atau artis kontroversi lain pakai seksi camnie ure kene hentam..ehe


Pelakon dan pengarah filem, Elly Suriati mengalami keguguran ketika sedang sibuk mengarahkan filem sulungnya, 'Penanggal' di Kuala Kangsar, Perak pada Rabu (28 Disember 2011).

Seperti yang dilaporkan oleh mStar Online, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari, Rabu semasa Elly hendak membuang air kecil dan tiba-tiba berlaku pendarahan. Usia kandungan Elly adalah empat bulan.

Elly kini berada di Hospital Kuala Kangsar dan akan ditahan selama beberapa hari mengikut tahap kesihatannya. Isteri kepada pelakon, Azri Iskandar ini dikhabarkan masih lagi dalam keadaan trauma dan bersedih dengan keguguran itu.

Sementara itu Azri memberitahu keguguran itu berlaku mungkin disebabkan oleh kelasakkan isterinya dilokasi penggambaran namun menganggap itu adalah suratan takdir Allah SWT dan bukan rezeki mereka.

"Ia bukan salah sesiapa tetapi ketentuan Allah SWT, saya terima dengan penuh redha,"ujarnya ringkas.

Hasil perkongsian hidup Elly dan Azri, mereka dikurniakan tiga orang anak namun anak keduanya telah meninggal dunia.

Penggambaran filem 'Penanggal' yang diadakan di Kampong Sayong Ulu, Kuala Kangsar itu akan dihentikan buat beberapa hari sementara menunggu keadaan kesihatan Elly kembali pulih. Sementara itu, babak yang ringkas dan tidak memerlukan Elly akan diteruskan oleh penolong pengarah filem itu.

Selain Azri Iskandar, filem 'Penanggal' turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Fasha Sandha dan Datuk Sharifah Aini.

Memey sudah Mengandung? bincang nama anak dengan suami

Posted: 30 Dec 2011 01:50 AM PST

Memey mengandung atau tidak memang tak dapat dipastikan tapi mengikut status Facebooknya,dia seolah-olah ingin memberitahu "sesuatu" kepada semua..atau mungkin hanya sembang-sembang biasa je dengan Suaminya Norman Hakim..

Menurut Memey,dia berbincang perihal nama anak dengan Norman dan bercadang untuk mengekalkan Pangkal MDH untuk bakal anak mereka...

Mesti Abby berbulu dengar kata-kata Memey nie sebab nak tiru nama anak-anak die pulak..hehe..

Engku Emran dan Erra tidak tinggal sebumbung lagi?

Posted: 30 Dec 2011 01:45 AM PST


Lumrah jadi artis semua orang sibuk nak tahu itu ini...Kalau bercerai ramai yang menyibuk,tak bercerai pun ramai jugak yang kepoh..ape pun sebagai blogger kene lah tulis jugak pasal isu Erra nie..

Terbaru selepas pengumuman perkahwinan antara Lisa Surihani dan Yusry,Erra Fazira dihubingi oleh wartawan untuk mengetahui responnye..hehe pelik jugak wartawaan busy body yg amat kan..Dan kata Erra,dia mendoakan kebahagiaan Lisa dan Yusry dan semoga cepat dapat anak comel-comel..

Rumah tangga Erra juga diintai,sumber kononnya teman rapat Erra mengatakan yang rumah tangga Erra dilanda badai,tidak stabil dan sering bergaduh.

Bahkan Engku Emran dikatakan tinggal di rumah ibu bapanya sudah beberapa ketika kerana kelihatan kereta Engku Emran sering ada kat perkarangan rumah ibu bapanya.
Macam kisah Erra dan Yusry sebelum berpisah,mereka tinggal berasingan untuk memulihkan keadaan namun akhirnya memilih jalan untuk berpisah.

Engku Emran kini sedang mencari pekerjaan baru selepas kontrak bersama Bernama TV tamat Oktober 2011 yang lalu dan ini juga mungkin salah satu punca Engku Emran enggan kelihatan di'mata umum.

Ada teman rapat Erra kononnya memberitahu sumber bahawa Erra sering mengadu peihal rumahtangga kepadanya.Kalau betul lah begitu sensasi cuma nak ckp kat teman rapat Erra tue.."shame on you woman sebab jadi seorang yg mulut kepoh dan bercerita hal kwn sendiri.."

Tp Erra menafikan rumahtangga nya bermasalah..Ape pun yang terjadi di antara Erra dan suaminya itu adalah hak mereka,kita sama-sama doakan agar rumah tangga mereka kekal dan utuh sehingga akhir hayat.

Komen Erra tentang isu Engku Emran yang jarang menemaninya di majlis dan event

"Ada orang selesa jika kita kerap membawa pasangan ke acara hiburan dan ada kalanya pula mereka tidak suka. Jadi saya tidak boleh nak ikut kehendak semua. Bagi pihak saya pula, terpulang kepada Emran untuk mengikut saya atau tidak. Mengenai perhubungan kami pula, tidak perlulah saya hendak hebohkan kepada umum. Biarlah rahsia. Lebih-lebih lagi untuk azam 2012 saya ingin memberi fokus lebih kepada kerjaya. "


Aleesya yang comel sungguh persis wajah ibunya kan..