Adsense

Rabu, 21 Disember 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pelancaran Loudspeaker Y2K 11 25 Disember Ini

Posted: 21 Dec 2011 05:05 PM PST

SELEPAS lebih sebulan berhempas pulas memastikan kelancaran serta kelangsungan penganjuran konsert 'bayi' sulung mereka, syarikat yang cukup sinonim dengan industri permotoran berkuasa tinggi, penerbitan dan juga pengurusan acara, Red Garage Group Sdn Bhd (RGGSB) sudah bersedia melancarkan Loudspeaker Y2K 11 25 Disember ini.

Stadium Merdeka yang berkapasiti 45,000 penonton bakal menjadi saksi melihat laungan dan sorakan hebat penggemar muzik tempatan apabila empat ikon rock, Wings, XPDC, Faizal Tahir bersama The Royal FT Force dan Azlan & The Typewriter dengan pengaruh tersendiri bersatu di pentas muzik ini.

Sejarah juga bakal tercipta malam itu nanti kerana pertembungan dua generasi muzik rock berhimpun menikmati lagu-lagu yang pernah dan masih hangat di carta radio tempatan. Hanya satu janji pihak penganjur buat mereka yang hadir, penonton akan pulang dengan memori yang cukup indah.

konser-loudspeaker

Kata Dira Abu Zahar selaku Pengarah Pengiklanan dan Promosi, RGGSB serta bertindak sebagai pengacara malam konsert, jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan media TV , cetak, blogger dan portal terutamanya yang tidak putus-putus memberikan sokongan memastikan acara ini disedari masyarakat.

"Saya yakin, dalam arena industri seni ini, penggiat seni termasuk artis dengan rakan wartawan saling memerlukan. Terbabit dengan penganjuran konsert ini terus memperkuatkan lagi persepsi saya bahawa artis dan wartawan itu seperti isi dan kuku.

"Tak lupa juga kepada peminat rock muzik tempatan mahupun luar negara yang menjadi nadi penting kepada kami mempersembahkan konsert ini. Begitu juga dengan stesen radio Hot FM selaku penyiar rasmi, rakan penaja dan mereka yang terbabit secara langsung atau tidak," kata pelakon yang juga pengacara Melodi di TV3 itu.

Untuk membiarkan konsert ini terus ditunggu-tunggu, pihak penganjur memilih untuk tidak mendedahkan lagi giliran artis yang bakal membuat persembahan. Lebih afdal dibiarkan malam 25 Disember ini saja menceritakan momentun dan wajah sebenar yang bakal terjadi selama durasi sekitar tiga jam konsert berlangsung.
Tetapi sedikit pembayang boleh diberikan untuk menaikkan sedikit semangat buat peminat tegar empat wira rock ini. Dira atau nama penuhnya, Khaidhirah Abu Zahar dimaklumkan pihak produksi konsert mengenai beberapa judul lagu popular yang bakal dipersembahkan mereka.

"Saya belum pasti sama ada akan ada kolaborasi membabitkan keempat-empat mereka. Tunggu saja pabila malam konsert menjelma. Saya yakin deruan adrenalin setiap yang hadir akan terpompa saat melihat alunan muzik dan suara, gorengan gitar, ketukan dram dan pelbagai lagi bersatu.

"Faizal Tahir akan mempersembahkan lagu seperti Cuba, Bencinta dan Selamat Malam. Azlan & The Typewriter memilih lagu seperti Kelibat Si Penyair, Fobia, Lagu Untukmu dan tak ketinggalan lagu yang diberi nafas baru, Jeritan Batinku.

"Otai rock negara, Wings mempersembahkan lagu yang terus menyemarakkan semangat rock antaranya seperti Opera Hidup, Ranggi Metropolis, Taman Rashidah Utama, Sejati dan banyak lagi. XPDC pula memilih seleksi lagu Sakinah, Apa Nak Di Kata, Semangat Yang Hilang, Titian Perjalanan dan semestinya banyak lagi," kata isteri kepada pengarah fotografi, Mohd Helmi Mohd Yusof.

Sementara itu, jualan tiket konsert juga cukup memberangsangkan sambutannya hingga saat ini. Kepada yang belum mendapatkannya lagi, tiket berharga RM77 dan RM222 (VVIP) masih dijual. Urusan pembelian tiket boleh dilakukan dengan melayari www.tickethotline.com.my atau di talian, 03 7725 1177/ 03 77251166.

Ia juga boleh dibeli di stesen minyak Petronas terpilih. Malah sempena berlangsungnya Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) 2011 di The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang pada 23 dan 24 Disember, gerai jualan tiket turut dibuka.

Penjualan tiket pada hari Jumaat bermula dari jam 2.30 petang hingga 12 malam manakala Sabtu, kaunter tiket dibuka dari jam 10 pagi hingga 12 malam.

RGGSB yang beroperasi sejak empat tahun lalu pernah menjayakan kerjasama untuk konsert Double Trouble tahun lalu yang menyaksikan kolaborasi dua otai rock negara, Wings dan Search. Syarikat ini beroperasi secara rasmi di alamat Block K-02-09, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • PROFILE LOUDSPEAKER
  • Konsert Loudspeaker
  • Konsert Loud Speaker
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Hari Raya Haji Jatuh Pada 8 Disember 2008
  • Gambar Afdlin Shauki @ Pelancaran Produk Evian
  • Music Aid 2010
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Pelancaran Pembukaan Lord's Tailor
  • Gambar Selebriti di Pelancaran Program Raya TV3 & TV9
  • Video Sekitar Pelancaran Anugerah Skrin 2009
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Bang Yong Guk & ZELO Meet Fans

    Posted: 21 Dec 2011 08:21 AM PST

    Kuala Lumpur,20 December 2011 – M.E Malaysia in joint collaboration with Latina Marketing are set to bring TS Entertainment's latest power rookies to our shores this coming January. The sub-unit of the upcoming TS Entertainment male group, Bang Yong Guk & ZELO, made their debut with their single "Never Give Up" and has charmed their way into the hearts of fans everywhere.

    [B&Z] Tour Poster

    Comprised of rapper, composer and lyricist Bang Yong Guk and recently introduced rookie Zelo, Bang Yong Guk & ZELO looks to bring some heavy hip-hop flavor to the Korean music scene. Fans may already be familiar with Bang Yong Guk, who was featured on SECRET vocalist Song Jieun's single, "Going Crazy," before releasing his own solo track, "I Remember" with Beast's Yang Yo Seob. Newbie Zelo at 15 years old boasts a powerful rap sound channeling the Greek god of rivalry, Zelos, which he was named upon for his strong determination to always prove himself, despite being so young.

    Their debut single "Never Give Up" is specially dedicated to high school seniors who received their results for the university entrance exams with the lyrics of "Never Give Up" encompasses the worries, hopes, and dreams that students face during their teens and young adulthood. The track also features highly- regarded gospel act Heritage, recipient of the R&B-Soul Song Award at the 2007 Korean Popular Music Awards.

    Bang Yong Guk & ZELO will be greeting their Malaysian fans through their first ever public fan meeting at the following details:

    Event : Bang Yong Guk & ZELO First Asia Tour in Malaysia Day/Date : Saturday, January 14th 2012
    Time : 6:00 PM onwards
    Venue : Concourse, Sungei Wang Plaza

    Merchandise: (Pre-Sale) RM80 | (Venue Sale) RM100

    Besides showing off their charismatic and powerful performance, there will also be an exclusive autograph session and exciting game segments where fans can take the chance to interact with the boys. Fans who wish to obtain their autographs simply have to purchase 'Bang Yong Guk & ZELO First Asia Tour in Malaysia' merchandise comprise of a limited edition character T-Shirt and Poster Card from M.E Malaysia or via the merchandise booth on event day itself. The autograph session will be organized on a first come, first serve basis and limited to 200 fans only.

    In conjunction with the boys' visit to Malaysia, Latina Marketing is also giving Korean entertainment fans opportunities to win a FREE trip to Korea this coming January in celebration of the debut of TS Entertainment and Bang Yong Guk & ZELO's highly anticipated 6 (six) members male idol group, B.A.P (Best,Absolute,Perfect) in January. Winners stand a chance to meet the boys personally, attend their debut showcase and also enjoy Seoul's winter.

    For more information, log on to http://www.facebook.com/Inzpire.ME

    The event is jointly organized by M.E Malaysia with Latina Marketing together with TS Entertainment as the Artiste's Management. It is supported by Gua.Com (Official Portal), One FM (Official Radio), KLiK Magazine (Official Magazine), Full House Sunway Giza (Restaurant Partner) and Sungei Wang Plaza (Official Mall).

    About M.E Malaysia

    M.E Malaysia have a vision of creating revolutionary and pioneering event, with a mission is to introduce and develop the long-term potential of talented artists and other pool of talents. Our previous events are Red Bull's Battle of Borneo III and Battle 21 International, Thailand Smile Again Fundraising among others. We strongly believe that entertainment as a whole should bring happiness and create strong, memorable, precious memories for everyone.

    Full content generated by Get Full RSS.