Adsense

Rabu, 21 Disember 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Jawablah!: Kenapa nak marah?

Posted: 20 Dec 2011 03:30 PM PST

DARI pentas Maharaja Lawak Mega akhirnya meleret-leret hingga ke laman sosial Facebook. Bagaimanapun, bukan kehebatan program itu yang menjadi bualan tetapi kisah perang siber membabitkan juri program ini, iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan peserta yang tersingkir Jumaat lalu, Adlin Aman Ramlie.

Semuanya bermula apabila anak kepada pelakon Ruminah Sidek dan Allahyarham A R Tompel itu meluahkan perasaan marah kepada tukang masak glamour itu kerana menganggap tindakan Chef Wan membuat komentar di laman FB sebagai tidak wajar dan menjatuhkan maruahnya.

Geram dengan perbuatan itu, Adlin dengan lantangnya melancarkan 'perang' terhadap Chef Wan sambil mempersoalkan kredibiliti lelaki berkenaan sebagai juri program itu. Sebagai orang yang didakwa mencetuskan kontroversi itu, Hip terpanggil untuk mendapatkan penjelasan Chef Wan dan pandangannya terhadap kenyataan Adlin itu.

Sambil menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk melayan sifat emosional Adlin itu, selebriti chef itu juga berkata bahawa apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar kerja, bukan serangan peribadi ke atas bekas juri program Akademi Fantasia itu.

Hip: Chef Wan ada baca status Adlin dalam FB yang mahu melancarkan 'perang' di laman siber?

Chef Wan: Saya memang tak baca dan saya dapat tahu pun daripada rakan-rakan dan peminat. Terus terang saya memang tak berminat untuk ambil tahu atau pun melayan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya yang saya sifatkan sebagai tidak profesional dan penuh dengan emosional. Saya sendiri tak faham mengapa dia begitu marahkan saya walhal markah markah peserta bukanlah terletak di tangan saya seorang saja. Kalau lihat balik komen saya malam itu pun, rasanya tak adalah mengeluarkan perkataan melampau ataupun menggunakan bahasa yang kurang sopan.
Hip: Mungkin kalau bukan kerana Chef Wan membuat komen panjang lebar di status perkara itu tidak akan melarat seperti ini?

Chef Wan: Komentar itu ditulis itu bukanlah kerana saya suka-suka menulisnya. Pihak Astro sendiri yang meminta saya menulis ulasan saya mengenai persembahan keseluruhan setiap peserta untuk sesuatu minggu itu dan mahu saya membuat sebuah blog khas untuk menyalurkan pandangan saya. Saya buat semua itu adalah atas keizinan Astro dan perkara itu tidak perlu dipertikaikan. Bagaimanapun disebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menulis blog, jadi apa salahnya rangkuman komentar saya itu diletakkan di laman FB saya. Kebetulan peminat sendiri bertanyakan pandangan saya mengenai program itu saban minggu. Jadi saya rasa itu adalah cara untuk berkomunikasi dengan mereka yang menggemari program itu sambil bertukar-tukar pandangan.

Hip: Berdasarkan luahannya, Adlin mengatakan Chef Wan tidak layak untuk menjadi juri program itu hanya kerana tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang pelawak.

Chef Wan: Pihak Astro mempunyai alasan apabila memilih mereka yang bukan dari latar belakang pelawak untuk menjadi juri atau pengkritik program itu. Mereka mahu kami mewakili penonton biasa. Bezanya kami dari kelompok profil tertinggi dalam bidang masing-masing. Sebagai orang biasa, jadi kami pun kena memainkan peranan sebagai penonton biasa. Formulanya mudah saja, kalau lawak yang ditonjolkan tak lucu, maka tak luculah. Kalau lawak mereka bagus, secara automatik kita ketawa. Dan siapa kata tiada unsur lawak dalam diri saya. Sewaktu mengacarakan program memasak pun, saya tetap berjenaka dengan penonton. Terus terang, lawak Adlin malam itu memang tidak menjadi. Ditambah dengan aksinya yang mempersendakan bapanya sendiri dan tidak peka dengan isu sensitif, jadi dia adalah calon yang memang layak untuk disingkir malam itu selepas berminggu-minggu berada di kedudukan terkebawah.

Hip: Ada yang menganggap, situasi ini berlaku ada kaitan dengan serangan peribadi.

Chef Wan: Mengapa perlu mengaitkan perkara ini dengan serangan peribadi? Siapa dia untuk saya berbuat begitu? Mengapa perlu mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan apabila disingkir? Seperti yang saya katakan tadi, kalau lawak dia bagus, saya puji. Sebelum ini sewaktu dia membawakan watak Sangeetha dan Paramjadu, saya puji persembahannya walaupun ada peminat marahkan saya dan mengatakan pujian saya tidak ikhlas. Kalau saya terhibur dengan persembahan mereka, saya puji. Begitulah sebaliknya. Bagi saya, tak perlulah nak peningkan kepala mencari idea lawak sehingga merumitkan situasi. Apa yang penting, kita berikan apa yang penonton mahukan seperti yang dilakukan kumpulan Boboi dan Osbon yang sentiasa mendapat pujian juri.

Hip: Rasa menyesal tak menerima tanggungjawab sebagai juri apabila berlaku kontroversi ini?

Chef Wan: Saya adalah seorang yang dikurniakan dengan hati yang keras. Datanglah halangan apapun, saya tetap menempuhinya. Sebelum ini pun banyak perkara kontroversi yang saya lalui dan ia sedikit pun tidak mematahkan semangat saya. Cuma pihak Astro ada juga menawarkan saya untuk menjadi juri program ini untuk musim hadapan tetapi saya tidak memberi kata putus. Bukan mudah menjalankan tugas juri, asyik disumpah orang saja seperti yang berlaku sekarang ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ramzi bin mosidi

peserta yang tersingkir, berhak untuk mengkritik juri dalam apajua pertandingan. itupun KALAU mereka kalah, kalau MENANG juri akan mendapat pujian kerana memilih mereka sebagai juara. biasalah tu, adat pertandingan, kalau tak ada yang tersingkir, siapa lagi yang nak disingkir... takanlah juri nak disingkirkan.

noral saniah

Saya sokong Chef Wan - telah capai tahap Profesional walau pun di bidang yang berlainan. Penilaiannya berprinsipkan mutu dan keunggulan.... saya juga sokong semua juri kerana kehebatan dalam bidangnya masing-masing.

rusliza binti tahir

saya rasa selepas habis program mingguan MLM, tak perlulah CW komen mana2 peserta MLM dlam FB beliau. Habis kat situ dah la..so, tak akan ada yang sakit hati or terasa. Tapi sy terkilan juga, kengkadang CW bg komen dekat peserta veteran tu cam over sangat. Tak boleh ke kata, minggu ni tak berapa lawak. Maaf la yea. Ini tak, dia siap kata kat geng Pi Mai dok memperbodohkan diri sendiri atas stage. Cakap la elok2 sikit.

toya

serius cakap la, adlin memang tak klakar lnsung. Amir Raja Lawak yang dia hentam dulu tu lebih ok rsnya. Kalau amir dulu,dia cakap bdk dlm kotak, skrg dia wat lawak beruk dlm sangkar,ntah apa apa beb...

Saiful

Kalau x nak kena komen jangan jadi peserta, baru kena komen sikit nak melenting x profesional langsung lah macam ni... Mcm mana artis nak maju....

eon9

Adlin ni bila komen org berapi-rapi malah dia tak pikir pun perasaan org yang di komen tu tapi bila dia kena komen nak melenting lak ? apa tu??????kalau dah x boleh melawak terima je hakikat jgn nak salahkan org lain.

irwan majid

aku ada satu falsafah untuk mamat yg perasan macam bagus2 jer nih, "what goes around shall comes around".

honey

aku sokong chef wan!!

hamzah

Adlin.....! Jgnlah cepat melatah. Kau igt tak mcamana ko kritik budak2 kat Akademi Fantasia.Memang best kritik @ kutuk org kan. Sekarang ni kau rasa lah pulak camne kena kritik. Ni yg orang kata hidup umpama roda. Rilek lah bro. No body is perfect......!

NOR AZIAH BINTI MAHAT

Hidup Chef Wan, koi sokong. Tapi tak baiklah gaduh-gaduh. Saya cadangkan Datuk masak sedap-sedap dan ajak Adlin makan untuk menjernihkan suasana. Kita mesti profesional. Pegi balik pegi balik nanti jumpa jugak.

aman

hidup chef wan!!!!...adlin, muhasabah la diri tu ye....

ruzai_55109@yahoo.com

Adlin masa mengkritik orang hentam tak ingat. Bila kena kritik sikit tau pulak nak melenting. Nampak ketara la sikap profesionalisme antara Chef Wan dengan Adlin. Jauh berbeza. Adlin tersingkir lega sikit. Kalau tak tiap-tiap minggu jelik je tengok 'lawak' Adlin.

ahmad

sya sokong chef wan .. syabas chef wan

Anak Pahang

Hidup Dato' Chef Wan
Adlin Aman Ramli seharusnya bersedia menerima teguran dan kritikan. Dia seharusnya belajar dari komen2 yg diderikan juri. Apabila diberikan komen yang benar maka seharusnya adlin berubah. Tapi sebaliknya benang yang basah ditegakan "MUNAFIK" tul adlin nie.

zulkiflee

tahniah Datuk Chef Wan... Datuk adalah pengkritik yg berwibawa & penuh keikhlasan

azrin effandy

Adlin & aflin xsame..adlin xsesuai jd pelawak..aflin sesuai..baru satu episod kna kutuk da mcm ayam kampung bising melenting..adlin bertahun2 jadi juri Af kutuk peserta, xtau die jaga perasaan diorang..

mizs yna

saya xpahamla nape dengan peserta maharaja lawak mega nie..kalau tersingkir je mesti xpuas hati..apa masalahnya..kalau bagus stayla kat dalam tu kalau tak bagus terkeluar..profesional la sket..sebab korang perasan yg korang nie artis hebat tu tak leh dikritik ke?time maharaja lawak ngan raja lawak dulu takde pon kecoh camni...terima hakikatlah yg anda tersinkir..maknanya lawak anda tak bagus...

noor esham bin abdul aziz

baik bersemuka dan sama2 meminta maaf...

mizzlice

tulah dulu mengkritik orang bukan main lantang anggap dialah yang terbaik , dulupun dia bukan penyanyi atau penghibur kenapa dambil juga sebagai pengkritik AF, so tak salahlah chef wan jadi pengkritik, memang betul pun lawak adlin orang tak ketawa lansung penyokong dia aje yang ketawa ikhlas

wany fany

entah adlin tuh . bajet hot saje . dah lawak ko tuh memang tak lawak . nak mengamok tak tentu pasal pulak . haishh . dunie2 . tak boleh terime kenyataan gak nye

yusmawan wawan

sye tak skng mn2 phak tpi itu la yg kite rasa bla kite d kritik,adlin kena fhm sblm nie pun dia pena jdi juri apa yg d kata chefwan adala btl....Emma razak aq skng ape yg awk katakn.....,,,

sue sban

setuju sgt2 dgn chef wan...dah tak lawak takkan nak ckp lawak. patutnya adlin lama dah disingkirkan. Teruskan kritikan yg membina chefwan.

baru tau

apa kata musim hadapan beri adlin dan cfWan jadi pengktitik...ha barulah hebat bukan saja peserta bersaing malah pengkritik juga akan bersaing...baru boleh jana lebih pendapatan ...sms....hahahah

braintrust

so sorry to say beb, aku mmg klaka bila adlin masuk pertandingan MLM kerana sesungguhnya, ko bukan reti lawak. ko bukan buat orng lain ketawa, tapi menyampah, ko patut dpt jolokkan "adlin yg tak klaka"...

azlin mohd

sabar saja chef wan... setiap kali adlin tampil membuat lawak saya tak rasa pun lawak.. sebab dia suka cakap perkataan yg sesuai utk ditonton oleh anak anak... dan dia pun tak pernah berlakon dlm crita lawak..tak suai dan memang patut keluar dari awal...

vudak vaik

Ape lh si adlin nie..mcmlh dier xpenah jd pngkritik..sndiri mau igtlh bro...naper ms chef wan puji dier xkecoh2...bile kene kutuk nk kecoh..ape pn xbolelh...klu nk ikutkn adlin tu mmg ptut kluar dr awal lg...hahaha

wanjb

Salam.. senang je tutup cerita bukak buku baru lgpun maharaja lawak mega dah nak diminggu2 akhir pun, apapun kumpulan boboi n saehu buat yg terbaik ok

Hj Johari Hj Mohammad

Be a Positive.. mungkin lawak tuh tak serasi apa yg d'gayakn & tatabahasa yg s'sampaikan... 'Yang Kurik itu Kundi, Yang merah itu saga, yang moleh itu budi, yang indah itu bahasa..

zamyatim

apa masalah dgn adlin? dia ingat dia pandai sgt dlm semua hal ?sampai tak bolih nak di kritik?cermin diri tu dulu,,sya tak nampak apa keistimewaan adlin,,dalam lawak mau pun menyanyi,,kalau pengacara pun dia bukan saorang yg mesra penonton,, kalau dia takda dalam dunia hiburan tanah air ni rasa nya takda yg terasa kehilangan dia.

jaim san

what a shame.. pandai mengkritik orang jer tp bila orang mengkritik beliau balik tidak boleh terima pula.. sokong chef wan

NOR RASHIDAH BINTI MOHD NASIR

Good Job Chef..

danne

Sokong Chef Wan.. suka dgn ulasannya.. Adlin masih lawak tapi tidak selawak Boboi dan Osbon...

Farred Mercury

Bagi pendapat saya:

1. Adlin adalah pelakon yang bagus, sangat bagus tetapi da bukan seorang pelawak. Kesilapan dia menyertai MLM ini.

2.Chef Wan hanya menjalanikan tugas yang di beri. Dia seorang melakukannya dengan professional.

3. Tidak perlu di panjangkan kontroversi seperti ini, ia akan memalukan industri, kaum dan negara. Pihak wartawan hiburan yang gembira dengan berita kontroversi macam ni, tolong jangan memalukan kaum sendiri.

Sekian

sharifah

adlin, terimalah hakikat yang awak memang belum layak nk jd pelawak. x semestinya awak boleh buat semua perkara

info

sepatutnya mereka yang dah lama dlm industri lebih professional, tidak sangka mereka sgt emosional berbanding pelawak pelapis seperti Jozan, Sepah dan Nabil.

info

sepatutnya mereka yang dah lama dlm industri lebih professional, tidak sangka mereka sgt emosional berbanding pelawak pelapis seperti Jozan, sepah dan Nabil.

anakmelayu

adlin ni bajet bagus sgt...terimalah hakikat...ape salahnya juri yang menilai tu bukan dari background lawak? lawak adalah untuk semua org, kalau lawak yg dibuat hanya untuk pelawak sendiri, itu namanya syok sendiri... adlin dulu pun xde background music pun, tp kutuk bdk AF nyanyi kaw2 punya..apesal belh plak?

Buntat Baras

Salam 1 Malaysia... Sebagai seorang pelawak yg tidak mampu membuatkan orang ketawa bukanlah digelar pelawak. Apa yg pernah dikomen oleh Chef Wan secara ikhlas bagi saya ada benarnya. Selagi kita bernama manusia tidak ada yg sempurna 100%. Terimalah hakikat dengan hati yang terbuka & ikhlas.

zzalia

Adlin,terimalah hakikat yang anda memang tidak lawak langsung.

Aldin Anak Safee

ak sokong Emma Razak, Adlin kan penah jadi juri AF kan? tapi pandai ke dia nyanyi lagu sdap2 tu? ni nak chef wan nak jdi juri x kan laa x boleh kot.. amboih

lanz

aper yg chef wan kata saya sokong............terbaek!!!

atika

saya pun sokong chef wan.

Cikpuan Qiqi

Biarkan saje Dato Chef Wan.Kalau ade lagi musim akan datang, terima je.. Orang ego mmg susah nak trime kritikan org ni Dato. Buat pekak telinga je. Jangan hiraukn kate2 Adlin tu

pandang memandang

kalo pernah jadi juri, kali ne bila jadi peserta kena la sabor bila dikomen2kan.. dulu sesedap mulut itu tak betul ini betul, skg bila terkena batang idong sendiri emosi pehal pulok.. paham manusia x de yang superhuman..so bila dah ada peluang jadi juri jangan nak belagak macam superhuman...

yatie

sy sokong chef wan..
dalam hal ni..adlin perlu ambil kata2 yang dilemparkan oleh chef wan itu sebagai satu teguran supaya dia boleh jadi yg lbih baik pd masa yang akan datang..

Mzz

Pada minggu ke 8 MLM adlin mmg agak over ekting n lagak kurang sopan skit. Lawak pun cam dibuat2. Muka belagak je. Mmg padan muka pun ko keluar adlin. Baru ko tau dunia program realiti camne. Len kali hentam la org kau kau. Sekejap je dh dibalas balik...hambik ko yg perasan baguzzzz nooo....Salute chef wan.

man

saya sokong chef wan....hidup chef wan

dacing

Adlin pun jadi juri AF atas kriteria apa? Pandai ke dia menyanyi? Sedapke suara dia?
Lu fikirla sendiri....

azwan

Adlin bukan seorang pelawak/penyanyi. Kalau penonton tak suka masa dibuat lawak maka awak bukan seorang pelawak yang profesional..ada faham

ZUL IZZI DAUD

Saya sokong dgn chef wan..kita perlu telus dan jujur dlm hal seperti ini...persembahan adlin pada mlm itu memg kurg menjadi berbandingkan dgn peserta yg lain..adlin perlu melihat balik dan jgn terlalu emosi dlm hal ni..klu sya sendiri menjadi juri memg sya xakan mengundi adlin sbb mlm tu di kurang lawak..apa pun dunia hiburan mlysia ni kecil..jgn sbb hal yg kecil nak jadi kecoh pula..buat adlin terima kelemahan diri dan perbaiki diri anda..tiada yg sempurna ok..adios amigos...

zolzeytec

Mmg ramai tidak menyukai adlin. Beliau mmg celupar, bukan bakat beliau org pertikaikan, hanya kebongkakkan yg membuatkan org meluat. Lawak yg ntah apa2. Hukum agama diperbodohkan, kalau nak dibandingkan dgn pelawak realiti pun sukar beliau bersaing, inikan pula hendak menjadi Maharaja lawak mega jauh sekali, lawak bodoh pun belum pasti org suka? Buat adlin terimalah apa yg ada mahupun yg kurang pada diri, syukur & redha itu lebih baik.

siti fatimah

syabas chef wan.......

nor

begitulah perasaan org2 yg pernah adlin kritik dulu.. cuma mereka tidak mahu lancarkan perang kerana mereka menerima kritikan itu sebagai semangat utk mereka terus berjuang... walau hanya Tuhan yg tahu hati dan perasaan mereka saat itu.. tahniah ats keberanian chef wan.. we all sokong chef wan..

rina e-Q

ada aku kisah.....

danielz

tak bru kna kritik skit adlin dh nk mgamok kowt..rilex la..mcm la die x pnh nk kritik owg kan..

Noor

dr dulu lg sy x brp berkenan dgn cubaan komedi Adlin..sbb x brp natural dan terlalu mencuba sampai x jd pon lawak dia.
Ok..kalo Adlin persoalkn sgt Chef Wan xder background comedian...pandai sgt ke Adlin tu menyanyi ms jd judge AF..fikir2kanla...
Redho jekla...setiap insan x perfect..so..buatla apa yg patut..x payah nk serang2 org..x aman idup.

mikail

simple prinsip je 'be professional'.kt cni astro pn xprofessional sbb suh chef wan komen peserta kt fb dia..klu nk telus hentam jela time persembahan which chef wan had did it..tp juri2 len xtelus plak..and chef wan pn sptutnye xyah la nk wt summary tiap2 minggu pasal MLM tu..sbb MLM tu sendri is a big FAIL for astro..pertandingan yang hampeh..to adlin klu u ad maruah xyah la nk layan kritikn chef wan coz u pn pernah jd juri..da mmg hakikat bertanding ad kalah ad menang dan mmg kn kutuk dan kritik tu wajib..

FAUZi

adlin pls be a professional lah..wat malu jer, cpt sgt melatah...

Lyna Mail

Saya sokong dan setuju dengan pendapat Chef Wan. Sy hormati setiap kritikan yg dia berikan kpd peserta-2 Raja Lawak Mega. Komen yg diberikan berdasarkan pemerhatian dan bukan sekadar cakap lepas. Chef Wan, you are the best..

ummu

kenapa adlin menjadi sungguh tidak profesional begitu? Hilang hormat saya kepada anda!! Terimalah kritikan yg membina utk kebaikan diri kita - anda selayaknya sudah lama disingkirkan dari MLM!

skyGun

Adlin...kau..kau...aku panggil kau..kau je la ek...sudah2 la...kau dah tersingkir apa lagi mau citer.skg baru tau ke langit tu tinggi ke rendah.mcm tu la hati org yg penah kau sakitkan dulu.tuhan tu maha esa.DIA bagi cash je skg ni.setiap minggu aku tonton MLM.kau tak lawak langsung ar.

ummu

kenapa adlin menjadi sungguh tidak profesional begitu? Hilang hormat saya kepada anda!! Terimalah kritikan yg membina utk kebaikan diri kita - anda selayaknya sudah lama disingkirkan dari MLM!

siti

salam..

saya mmg gile mengundi..saya penah undi adlin ms sangeetha tu..dah lps tu die lgsg xbest. so saya xlah undi. saya bukan peminat chef wan gak, tp bile bace komen chef wan saya terus mengatakan.. ye! inilah yang saya juga rase dan terfikir sebagai penonton semasa melihat lawak adlin x menjadi. kirenye salah 1 udinye ditgn saya la kan..kalau best saya undi, xbest saya undila org lain.. wassalam

anom

go go go chef wan...adlin terima la hakikat,xyah nk perang2.jgn nampakkan kelemahan diri sendiri.malu oiii

wan

kritik orang bukan main, kena kritik sikit dah melenting..

peyt

taip ML Chef Wan 100 dan hantar ke 32999
hihi

chef zul

Haha itulah tanda ujub dan sombong diri. bila dia hentam org smp jatuhkan maruah org lain, dia x kisah sbb konon dia boleh bg kritik apa shj yg dia suka,tp bila kena muka sendiri, langsung dia x leh terima konon dia pelawak terhebat wahal dia perasan pelawak tp hakikat nya dia xde bakat langsung utk berlakon, tp hanya boleh jadi juri yg perasan bagus .

noora hj din

memang lawak adlin tu x menjadi jgn lah nk salahkan juri pulak..adlin pun pernah juga jadi juri semasa AF walaupun setahu saya dia tak ada latar belakang sebagai penyanyi..

sukmah kasmah

Semua pelawak dari siri Raja Lawak, Maharaja Lawak mahupun Maharaja Lawak Mega, belum ada kelas. Buat diri saya, lawak mereka semua lawak bodoh. Tiada unsur lawak membina. Pada saya pelawak harus berpegang pada beberapa perkara antaranya 1) isu2 kepercayaan contohnya agama dan adat resam/kebudayaan 2) status kaum/bangsa 3)kekeluargaan 4) individu 5) OKU. Ini adalah sebahgian contoh yang dapat saya fikirkan. Jika pelawak dapat menguasai perkara ini, saya pasti lawak jenaka mereka pasti bersih dari pencemaran bahasa dan tingkah laku. Itu pandangan saya.

aieyein

en.adlin prlu mnrima hakikat yg juri da bg komen pda prsmbhan awk..klu komen juri tu xmyenangkn hti awk trma je la..sthu sya bnyk kumpulan lawak len yg d'komen oleh dato chef wan jgk sma sprti dia komen awk tp xla smpai mlenting mcmna awk bt...dato chef wan bg komen yg btul sya sbgai pnonton tahu mnilai mlm tu lawak awk lucu atau x...klu xlucu bt pa maw ktwa kn..klu msa adlin jd juri af dlu bleh plak awk komen smpai m'bunuh hti pjar2 af..tp knp skrg awk d'komen awk nak mlenting plak..

tlog jd mnsia yg blh trma hkikat la en.adlin....adlin mmg xblh bt lawak..lwak dia mmg sngt out..mnsia dlam dnia nie xperfect bg sya dato chef wan pun xperfect da kala nya komen dia snguh pedas tp bg sya jgk komen dato chef wan komen yg blh d'jdikan pngjran hdup ttpi komen ktka adkin brikan tu adlah bkan komen ttpi kutukan yg ikhlas keluar dri hti dia..dri pa yg dato chef wan komen kn d ats tu adlah smua bnar,sya skong 100% krna juri sprti dato chef wan brpendrian profesional, stiap mnsia yg d'krniakan jd juri adlah 1 anugrah krna d'brikn kprcyaan untuk m'gomen lwak anda smua..

komen yg d'brikan dri smua juri maharaja lawak mega adlah ikhlas & sya rsa komen tu mmg tulus dri hti mrka tp xtaw la klu mmg da juri yg m'jga hti spya xnak d'ckap or d'kutuk oleh org len...psnan bt dato chef wan tabah kn hti & kuatkan smngat atas pa yg brlku krna mnsia sprti adlin mmg xkn prnh puas ats pa yg d'komen oleh juri mhu pun org len..

dato chef: sya like dato coz jd dri sndri smsa jd juri maharaja lawak mega..tabahkn hati dato sya tahu dato sorg yg kuat smngat..

Tuk adlin: tlog trma hakikat ya adlin mak & ayah awk sorg yg d'knli org ramai jgn nak mlukn fmly awk ya..& tlog ubah cra bhasa awk ckap dgn org len..klu da smua org sumpah awk konfom hdup awk xkn slmat...

yg pntg dato chef wan terbaiiikkkkkkkkkk....
& the besstttttttttt......

olanda

chef wan terbaeekkkkkkkkkk....

Hasnan

hahaha ..baru dia tau langit tu tinggi ke rendah, kalau tak boleh di kritik jangan mengkritik

SAADAH SURIP

Setuju dgn Chef Wan, beliau telah menjalankan tangungjawab dan amanah yg diberikan. Astro juga memilih juri sesuai dgn kredebiliti individu yang diinginkan. Pro dan Kons memang akan sentiasa ada....

Kay Sg. Petani

Saya rasa lawak adlin yg best pun masa jadi Pempuan india yg pakai sari tu,mgu2 lain smuanya hampeh,patutnya dh lama dia kena keluar,kritik org mmg senang,tpi kena kritik dh melenting,tk profesional la bro..

ammar syafiq

assalam

x mengapa chef... byk bersabar dgn ape yg terjadi.... Dari raut wajah , Pertuturan kata dan Kelantangan suara menunjukkan niat sebenar seseorang... jadi renung2 kan lah... org yg ikhlas dan baik akan terima nikmat yg terbaik dari NYA....wassalam

tauhu

dulu hang dok komen orang mcm2 ayat yg keluar ... sekarang kena ngan batang hidung hang sendiri ... rasa jangan tak rasa hahaha

Helena

Chef Wan U still the Best!! We all sokong!!

me3 5iaM

saya sokong Chef Wan,ternyata ilmu Chef Wan jauh lebih tinggi berbanding Adlin yang cepat melatah bila dikritik...sebagai artis kita perlu lebih profesional dan bersikap terbuka... idup Datuk Chef WAN!!!!

unknown

klau iya pn nk kritik org..jgnlh smpai bwa kritikan tue ke FB..ckuplh dlm prgrm lawak tue jer dia nk kritik adlin..xyahlh smpai ke FB plak..

Mohd Hazuwan

Sebenarnya saya suka cara Adlin dan datuk che wan...kau org berdamailah..biasalah tu yg ikhlas dan jujur itu memang menyakitkan n sukar dia terima...masa Af Adlin comment anda ikhlas dan membina walaupun sakit mendengarnya bergitu juga dgn datuk che wan dia comment membina dan jujur serta ikhlas , kalau dia kata lawak memang lawak kalau dia kata tak lawak memang tak lawak..adlin datuk che wan byk juga memuji anda..anda seorg yang kreatif dan ada effort dlm membuat persembahan semua org nampak tapi maybe lawak tu belum ada lagi..itu kita kena terima maybe lepas nie boleh dipolish lagi...Peace Yooo datuk n adlin u all semua jujur n berbakat

zairil zain

dh keluar tu dah lh.jangan lh nk salah kn org.adlin tu bkan lh bagus sangat.lawak pun melalut jer.klau tk bolih di kritik jgn masuk lh.

samsul

kalu tknk kna komen @ org tgr pegi wat lwk dpn lembu ke @ man2 haiwan....dh tntu tk kna komen kalu lwk tk klkr... cmne mau maju kalu tk dpt trima tgrn...kta org maaa...tk smprna pnya....

jane

setuju dgn apa yg di perkatakan chef Wan,klu lawak tu bagus secara automatik kita akan ketawa,Adlin menjadi juri AF memberi komen buat Hazama pun...last2 Hazama menjadi juara,klu da tak d terima,terima ja dri juri2...da memang tak layak pun nak buat cam mana,terima ja seadanya..

Robin

Adlin, kalau ko baca ni, sedarlah..ko bukan pelawak seperti bapak ko..sikit pon tak kelakar..bukan semua orang boleh melawak..terima lah hakikat..sekian dimaklumkan..

asrina

pada hemat saya. adlin aman ramlee bukanlah seorang pelawak. apa yang dipersembahkannya dari minggu pertama sampailah minggu penyingkirannya merupakan lawak murahan yang memaksa orang untuk ketawa walaupun lawaknya tidaklah lucu sangat...yang saya rasa lucu ketika adlin membawa watak sangeta sahaja...yang lain taklah menghiburkan...paling membosankan minggu lalu...itu ke yang dinamakan lawak....adlin kena belajar lawak solo daripada Nabil...saya rasa hanya Nabil sahaja yang mampu membawa lawak secara solo dengan baik dan menghiburkan...Adlin, terimalah hakikat yang anda bukannya pelawak...lawak anda menyerlahkan lagi kebodohan anda yang sememangnya bukannya pelawak.

luqman

Masa adlin memberi komen pada peserta akademi fantasia,tak kira pula pedasnya..bila kena pada batang hidung sendiri bru nak naik hangin..bukannya dia tak pernah beri komen shingga menyebbkan orang marah!dunia sekarang karma!what you give, you get back..

razmataz

kalu da tekeluar tu buat cara tekeluar la mo banyak songie lg.....go chef wan.....

khairul basri

chef wan telah melakukan tugasnyer dgn baik sy sungguh berpuas hati, utk para peserta uols terimalah setiap kritikan dgn hati terbuka,kalau yg tak boler terima kritikan tu anda memang SEORANG YG TAK PROFESIONAL........renung-renungkanlah

anti adlin

Aku setuju sngt2 ngan chef wan......elok dr awl minggu lg si adlin tu kena tendang.....lawak hampeh....masa jd juri AF dulu,kaw2 dia kutuk org.....skali kena kat btg idung dia blk.....hahahahaaaaaaa...puas ati aku....aku mmg dh lama menyampah dgn si malaun ni....xpernah2 insaf.....Bravo Chef Wan.....I Like U.....

luqman

Masa adlin memberi komen pada peserta akademi fantasia,tak kira pula pedasnya..bila kena pada batang hidung sendiri bru nak naik hangin..bukannya dia tak pernah beri komen shingga menyebbkan orang marah!dunia sekarang karma!what you give, you get back..

Aswiah

Saya kesihan melihat pelajar Af bila dikeritik yang memalukan oleh Adlin. Satu lagi Adlin ni suka cakap Inggeris, kalau pandai cakap orang putih teruskan sampai habis ayat atau cakap Melayu sepenuhnya. U hendak tunjuk U dari English Educated ke

rafiq

bukan best pn.......macam param jadu je aku tgok......piiiiirahhh.....komen org boleh...org komen ko tak boleh pulak.....open la sikit......

wak

Adlin bukan pelawak..muka pun tak lawak....std badut aje...bukan kerana minat ke tak minat tp dia memang bukan pelawak...terima ler hakikat..chef wan ..best.

shahfeeza selong

ADLIN, GROW UP!!

mimi

dulupun adlin pernah perli saleem (faizal AF) masa dia jadi pengkritik AF. Sekarang dia pulak kena kritik. Lepas tu menggelabah

mamantoz

dah kena ...dulu masa jadi juri AF,gitulah caranya bila org x suka komen dia yg mcm bagus...what goes around comes around...!

mimi

adlin raman ramlie memang mult celupar dari dulupun. Suami saya kata orang yang mulut celupar ni telinganya nipis. Sebab tu bila suka kenakan orang, tapi bila dia terkena balik harus macam beruk kena cili. menggelabah satu macam. Dulu masa jadi juri@pengacara satu rancangan (tak ingat rancangan apa) selamba jer dia sound artis tu tengah khalayak ramai. skang kena kat muka sendiri balik. Ceh...mengelupur pulak

najib

bersedia untik mengkritik orang, tapi tidak bersedia untuk dikritik orang ..... macam mana mahu maju

Emma Razak

Saya sokong chef wan..kenapa Adlin mesti nak mengamuk dan melenting??? Klu masa dia jadi juri AF dulu boleh kritik org sesuka hati kenapa bila kene kritik sikit dah melenting bagai nak rak..kurang faham lah

najib

chef wan mmg terbaik....

katak kuning

Dalam hal ni, Adlin perlu terima hakikat bahawa dia bukan seorang Pelawak. Dia juga harus matang dalam menerima kritikan dan kutukan. Bukan soal karma atas apa yg dia lakukan didalam AF, tetapi tentang hakikat bahawa dia memang tidak layak melawak. Apa yg disuarakan oleh juri adalah suara yang diwakilkan oleh semua penonton. Jika dia ingin pertikaikan soal kelayakan juri, adakah kami sebagai penonton juga perlu kelayakan untuk menilai lawak dia? Menjadi matang tidak merugikan.. itu sahaja pesanan buat Adlin.

awie

ambil iktibar lah adlin...kau hentam org masa AF dulu..skrg baru kau tahu yg kau tu bkn PERFECT...BARU KAU TAUUUUUU....

fiza

kdg2 lwak yg ditonjolkn sesetengah pelawak krg menarik n wajar mndapat kritikan.

azman

adlin pun tak pernah jadi penyanyi bila jadi juri akademi fantasia jadi tak perlu mempersoalkan kredibility chef wan sebagai juri

wan pantai timur air buah

a,kum,,banyak2 la bersabar,,,itulah lumrah alam,,,yg diatas tidak mahu lagi memandang kebawah,,,sedangkan dibawah itulah asal usul mereka,,sedarlah kepada orang2 yg terlupa,,insyaAllah selamat.

GenY

Orang yang mahu belajar walaupun sudah bergelar profesor akan menerima kritikan dengan hati yang terbuka. Kalau sudah pandai sangat, tak payah masuk pertandingan. Orang yang macam ini memang tidak layak menjadi penghibur.

peminat maharajalawak

ceh adlin to mmg cm to datuk.. xyah layan sangat owg yg bajet bagus yg hanya nk kritik orang jer pandai bila owg kritik dia taw lak panas telinga...

aniza abdul wahid

Saya sokong chef wan. Itulah rasanya kalau mengkritik orang tanpa menghiraukan perasaan orang lain.

Dinova

Menjadi juri bukannya kerja mudah..kena profesional & bijak.Susah nak puaskan hati semua orang.Adlin kena terima hakikat, dulu dia komen orang dlm AF lebih2, masa ni turn dia pulak...Dunia balas Dunia.

bahari jalil

Salam.

Sabau jer la Chef. Tak dak sorang manusia pon yang perfect diatas muka bumi nie. Apa yang penting tumpukan tugas anda sebagai seorang JURI yang telah diamanahkan oleh pihak Astro. Lagi pon dalam pertandingan sudah menjadi adat ade yang kalah dan ade yang menang. Tak semestinyer sekiranya bapa dia seoarang PELAWAK maka anak dia pon akan menjadi PELAWAK yang baik macam bapa dia. Lagi pon iman tidak boleh diwarisi oleh seorang anak dari bapanya walaupon bapa-nya seorang USTAZ. Pada Afdlin, dia juga patut check diri dia sendiri sebelum menghentam orang lain. Saya syorkan elok awak bedua berdamai demi kelansungan anda sebagai seorang selebriti. Lagi pon dunia selebriti di Malaysia nie bukanlah besar sangat. Oleh itu jauhilah sifat Mazmumah dan hiasilah diri anda dengan sifat-sifat Mahmudah.

Sekian, wassalam.

rojam

saya sokong dengan komen chef wan. memang patut adlin dikeluarkan. adlin tidak patut menghina bapaknya dikhalayak ramai.

Mohamad Esa

saya mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.Yang terkeluar tu keluarlah,mungkin x ada rezeki.x perlulah diperpanjangkan perkara ini.penonton juga boleh menilaikannya.walaubagaimanapun juga saya mengucapkan syabas kepada Chef Wan,dan syabas juga kepada yang tersingkir .Terima Kasih.

kenn

Adlin...terima lah hakikat...anda belom layak untuk jadi pelawak...Tahniah Chef Wan...Anda pengkritik yg ikhlas...yg tidak beselindung utk memberi komen..tdk spt yg lain yg asyik cover line.

Tok Ayah Mat

Adlin semasa jadi juri AF dan RL lagi teruk membuat komen dan menghina para pelajar/peserta ... hidup Chef Wan

Zulfadli Mustakim

Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ikhlas seseorang bukan hak kita untuk menilai. Apa pun yang kita hadapi..hadapilah dengan sabar. Saya sokong mana jalan yang terbaik, tidak perlu wujudkan peperangan yang tidah sehat. Banyak perkara yang perlu kita sumbang dan usahakan dalam menaikkan nilai murni semua. Tapi jika perkara sebegini berlaku ia akan membuatkan ramai orang kecewa sebab artis atau orang-orang yang terkenal ini adalah contoh dimata masyarakat. Jadi todak lah wajar berlaku perkara yang tidak sehat. Sama2 kita renungkan. Insyallah

Lily

tu baru kena komen ckit...yg dulu2 dia mengkritik sampai budak2 AF menangis...xda plak yg men perang2 ngan dia...apa2 pun...salute tu Chef Wan...

Zulfadli Mustakim

Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ikhlas seseorang bukan hak kita untuk menilai. Apa pun yang kita hadapi..hadapilah dengan sabar. Saya sokong mana jalan yang terbaik, tidak perlu wujudkan peperangan yang tidah sehat. Banyak perkara yang perlu kita sumbang dan usahakan dalam menaikkan nilai murni semua. Tapi jika perkara sebegini berlaku ia akan membuatkan ramai orang kecewa sebab artis atau orang-orang yang terkenal ini adalah contoh dimata masyarakat. Jadi todak lah wajar berlaku perkara yang tidak sehat. Sama2 kita renungkan. Insyallah

zurainiidawati

Bagus chef wan...sy sokong..biar ape org nak ckp..kita masuk telinga kanan kuar telinga kiri..

azriesha

sesiapa pun memang sukar untuk menerima sebarang kritikan namun kita ambik iktibar daripada kritikan tersebut..kpd pengkritik ada hanya melakukan tanggungjawab yang diberikan.

satu

chef wan mempunyai kelayakan sebagai pengkritik. tugas dia sbgai pgacara sgt mghiburkan, pandai mgunakan bhsa badan dan penonton mudah terhibur, adlin aman pula seorang pengacara yg serius dan suka memberi tekanan kpd peserta dan penonton. gaya penyampaian adlin sgt tidak sesuai dgn keadaan...sy kalau adlin jd pgacara akan tukar ke channel lain. tQ

MULYATI ADIR

Kesian Dato Chef Wan. Tak per ~ Dato org yang kuat dan tabah hadapi semua ini. InsyakAllah

Nor Athirah bt Muhd Nasir

Penilaian lawak penuntun bukan pelawak dan geng2nya, mereka ini saja syok sendiri. Saya sokong Chef Wan.

Full content generated by Get Full RSS.