Adsense

Jumaat, 9 Disember 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


9 Foto Kad Perkahwinan Ana Dahlia & Chef Riz

Posted: 08 Dec 2011 10:29 PM PST

OHBULAN! nak ucapkan tahniah kepada pelakon & selebriti tanah air kita, Ana Dahlia dan Chef Riz yang akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 11 Disember ini. Mengimbas kembali, Diyana Mastura atau lebih dikenali dengan nama Ana Dahlia selamat bertunang bersama Mohd Nadzri b. Redzuawan, anak kepada selebriti chef terkenal, Chef Wan pada 5 Oktober yang lalu.

Sepintas lalu mari kita lihat kad undangan untuk majlis perkahwinan mereka bagi pihak Ana Dahlia. Snow White meets Master Chef merupakan tema cover kad kahwin tersebut dan Ana Dahlia telah memberikan kepercayaan sepenuhnya pada pihak Kadlestari bagi memastikan rekaan kad jemputan itu menepati tema dan trend terkini. Seperti yang dipertontonkan, cover kad kawin ini dilengkapi dengan hard cover yang dihiasi dengan karikatur Ana sebagai Snow White dan Chef Riz sebagai Master Chef. Manakala untuk bahagian interior kad, tema menu makanan yang akan dihidangkan ketika majlis berlangsung di pihak perempuan dijadikan panduan jemputan.

Marilah kita mendoakan majlis yang akan berlangsung di Taiping, Perak ini akan berjalan dengan lancar.

Full content generated by Get Full RSS.

Alaf 21 Terkilan Dengan Penulis Novel “Ombak Rindu”, Fauziah Ashari.

Posted: 08 Dec 2011 10:08 PM PST

Sebelum ini, ada beberapa laman gosip tempatan yang mengatakan bahawa penulis asal novel "Ombak Rindu" yang diterjemahkan ke filem tidak mendapat bayaran yang setimpal walaupun hari ke-6 filem ini ditayangkan, ia sudah mengaut lebih RM5 Juta.

Pagi tadi, pihak penerbit eksekutif untuk novel "Ombak Rindu" hasil karya Fauziah Ashari telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan strategi dan tujuan asal mereka memberikan projek adaptasi filem ini kepada Tarantella Pictures.

Strategi asal Alaf 21 sebenarnya adalah untuk melariskan kembali penjualan buku-buku novel hasil keluaran mereka dan dengan memberikan hak untuk novel "Ombak Rindu" di adaptasi ke sebuah filem, ia mampu meningkatkan penjualan novel yang semakin merundum sebelum ini.

Sebagai penerbit eksklusif, Alaf 21 yang mempunyai banyak produk di pasaran sebenarnya hanya menerima RM4,000 daripada produksi Tarantella Pictures untuk mengadaptasi novel ini kepada sebuah filem.

"Kami hanya menerima RM4,000 daripada Tarantella Pictures dan 40 peratus daripadanya yang berjumlah RM1,600 telah kami berikan kepada Fauziah Ashari."

Alaf 21 turut menyatakan rasa kecewa mereka dengan penulis asal novel "Ombak Rindu" ini yang dikatakan tidak bersyukur.

"Kami sudah mencetak kembali lebih 40 ribu naskah novel "Ombak Rindu" dan setengah daripadanya sudah habis dijual. Jika cetakan yang ke-24 ini habis terjual di pasaran, Fauziah akan menerima lagi RM50,000 royalti dari Alaf 21 selepas ini."

OHBULAN! : Mungkin ini salah satu lagi kontroversi yang sengaja ditimbulkan untuk melariskan jualan novel "Ombak Rindu" dan jumlah penonton di pawagam. Siapa tahu, kan?

Full content generated by Get Full RSS.