Harian Metro: Rap |
Posted: 08 Dec 2011 04:39 AM PST PERTAMA kali bertemu naib juara program Mentor musim kelima, Nurshiha Mohd Zikir atau lebih dikenali, Shiha, 24, minggu lalu memberikan satu ruang terbaik buatnya berkongsi cerita. Meskipun tidak lama duduk bersembang, pertemuan singkat itu penuh dengan kisah terbarunya dan segala percaturan yang kini sedang gigih disusun. Persoalan pertama yang terpacul sebaik melihat protege kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Sharifah Aini ini, mengapa terus senyap dan hilang dari gelanggang seni. Bagaimanapun jelasnya yang cukup bijak menyusun bicara, diamnya tidak bererti mati. Malah tiada publisiti yang diberikan juga bukan pengukur yang mengatakan dirinya sudah terkubur.
Gadis bersuara lunak berusia 24 tahun ini turut mengakui tidak gemar tampil menabur kisah peribadi semata-mata ingin sering kelihatan di lensa kamera sebaliknya lebih menjaga perihal peribadi di ruangnya sendiri. "Umi (Sharifah Aini) dan pengurus memang begitu menjaga saya untuk tidak tercalit kisah yang bukan-bukan kerana bimbang ia akan mengganggu perjalanan kerjaya yang baru hendak bermula ini. "Mereka memang tidak mahu jika saya bersuara soal peribadi atau menjawab sebarang persoalan yang boleh mengheret saya ke kancah negatif kerana ia memang akan merosakkan reputasi sedia ada. "Saya cukup menghormati prinsip itu meskipun awalnya saya mengakui begitu sukar untuk akur kerana jujurnya saya tidak gemar berahsia jika ada pihak yang bertanya. "Namun sebaik membawa status selebriti, saya faham akan perlunya ada ruang peribadi untuk seseorang artis itu agar tidak semuanya diketahui umum. Saya rasa apa yang Umi aturkan adalah untuk kebaikan saya dan kerjaya seni sendiri. "Publisiti memang begitu penting buat seseorang penyanyi namun biarlah ia positif dan satu bentuk promosi yang baik untuk kerjaya. Tampil ke depan dengan memperdagangkan kisah peribadi atau terpaut oleh episod kontroversi adalah bukan saya sama sekali," katanya. Meskipun sudah dimaklumkan dirinya tidak mahu ditanya soal peribadi, persoalan mengenai teman istimewa tetap disulam perlahan-lahan. Menghidu akan dirinya akan terjerat teka-teki cinta, pantas anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mengalih tumpuan. "Saya tidak menafikan punya ramai kenalan dan soal cinta atau kekasih itu terlalu peribadi untuk saya kongsi di sini. Namun apa yang mampu saya katakan, memang setakat ini saya ada mengenali seseorang dan hubungan kami memang akrab. Saya mengenalinya sejak sebelum menyertai Mentor lagi dan dia juga bukanlah sesiapa dalam industri hiburan. "Namun biarlah perkara itu berjalan dengan sendirinya kerana saya tidak mahu membebankan fikiran dengan istilah cinta di hati. Apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah album penuh yang akan diterbitkan tahun depan serta lagu baru, Jangan Lagi Jauh yang sudah hampir siap untuk diperdengar selewat-lewatnya awal Januari ini," katanya. Menyentuh soal perkembangan terbarunya, Shiha yang pernah popular menerusi lagu Bila Bertemu sentuhan komposer Ajai di malam akhir Mentor tidak lama dulu, kini sibuk dengan jadual rakaman album penuhnya. Album yang akan memuatkan lima lagu itu dijangka mula menjengah pasaran sebelum pertengahan tahun depan. "Sekarang saya sibuk mempromosikan lagu terbaru, Jangan Lagi Jauh ciptaan Kuncidemak. Ini adalah satu strategi pihak pengurusan dan rakaman untuk memberikan sedikit bayangan sebelum album penuh dikeluarkan kemudian. "Peminat saya tidak henti bertanya bila album saya muncul. Saya mengharapkan lagu Jangan Lagi Jauh ini akan melepaskan kerinduan mereka dulu sebelum saya menghadiahkan mereka dengan album penuh kemudian nanti," katanya yang kini bernaung di bawah pengurusan Monkey Bone. Selain nyanyian, dalam diam Shiha yang sebelum ini pernah membintangi beberapa drama sebelum menyertai Mentor, turut memasang impian bergelar pengacara televisyen satu hari nanti. Akui Shuiha, banyak tawaran lakonan dan pengacaraan diterima namun terpaksa di tolak atas sebab tertentu. Baginya, mengacara sesebuah program adalah satu lagi cabang seni yang mengundang rasa puas buatnya. "Peluang menjadi pengacara bersama dalam program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI) pada Aidilfitri lalu membuatkan saya mula mencintai lapangan pengacaraan. "Sebelum ini pun ramai teman dan ahli keluarga yang pernah menyuarakan pendapat kononnya saya patut menceburi lapangan pengacaraan. Mungkin mereka melihat pada karektor dan personaliti saya yang gemar berjenaka dan tidak berhenti bercakap. Namun tidak pula saya terfikir hinggalah ada pihak stesen televisyen sendiri yang datang melamar. "Bagaimanapun saya tidak mahu terkejar-kejar untuk melakukan semua kerja sebaliknya bidang nyanyian masih lagi menjadi fokus utama dan kerjaya tetap buat saya. Insya-Allah jika ada rezeki dan peluang untuk mengendalikan sesebuah program, saya ingin sekali mencuba bagi mengukur kemampuan sendiri," katanya. PROFIL Nama penuh: Nurshiha Mohd Zikir |
Posted: 08 Dec 2011 04:26 AM PST PROGRAM Rasa Halal yang menampilkan Farah Diana Anuar sebagai pengacara adalah satu-satunya rancangan terbitan Astro Oasis yang bertahan sehingga lima tahun sejak stesen itu diperkenalkan pada 2007. Tentunya pencapaian itu sesuatu yang sangat membanggakan hingga berminat untuk membukukan setiap menu diperoleh dari setiap negara yang dikunjungi.
Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, berkata, idea ini tercetus apabila setiap kali menyiarkan episod Rasa Halal dengan pelbagai jenis menu negara yang kunjungi seperti Taiwan, Hong Kong, Kemboja dan Vietnam, pihaknya mendapat maklum balas yang cukup positif daripada penonton. "Malah kebanyakan mereka meminta menu yang dipaparkan untuk mencuba di rumah. Kenapa baru sekarang kami merancang menerbitkan buku, ini kerana kami melihat jenama Rasa Halal semakin kukuh dari musim ke musim sehingga menjadi sumber panduan kepada mereka yang ingin melancong.
Izelan menambah, menghasilkan naskah yang menghiburkan juga turut dicatatkan lokasi menarik yang patut dikunjungi pelancong serta menitipkan latar belakang budaya dan keunikan sesebuah negara itu. Biarpun penerbitan buku itu nampak mudah namun besar tanggungjawabnya buat penerbitan Astro Oasis kerana dalam setiap catatan harus tulus begitu juga apa yang dipaparkan mereka menerusi televisyen. "Kami harus memastikan lokasi yang dikunjungi benar-benar menggunakan barangan halal. Ini kerana, kami tidak mahu laporan yang tidak telus menganiaya pelancong Muslin malah, saya sendiri tidak mahu tanggung dosa. "Justeru, sebelum kami memulakan penggambaran, kami bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam di sana dalam memastikan restoran yang kami kunjungi mengambil bekalan makanan daripada pemborong yang dikenal pasti oleh pihak itu sebagai pengedar barangan halal yang sah. "Ayam dan daging misalnya kami ambil tahu bagaimana cara penyembelihan dilakukan. Kami bukan saja masuk ke dapur untuk melihat sendiri cara penyediaan hidangan sesebuah masakan," katanya. Musim keenam Rasa Halal bertajuk, Rasa Halal Laos & Thailand disiarkan setiap Selasa, jam 7.30 malam, mulai 6 Disember. Ia membawa penonton mengembara ke pelbagai budaya, keunikan khazanah warisan seni masyarakat tempatan, tinggalan sejarah, destinasi pelancongan terbaik dan semestinya resipi tradisional halal. Masih mengekalkan konsep yang sama seperti musim sebelumnya, apa yang menarik mengenai kedua-dua destinasi ini penonton dibawa meninjau pusat membeli belah, fesyen, tarian kebudayaan, adat istiadat, sukan, seni kraftangan, muzik dan tidak ketinggalan seni arkitek komuniti Islam. Farah mengakui penjelajahan ke dua-dua negara itu memberi satu pengalaman yang luar biasa kerana makanan kedua-dua negara ini sangat sedap terutamanya Thailand. "Di Thailand juga kita akan teruja melihat persembahan membabitkan haiwan. Saya dicium ikan lumba-lumba dan diangkat gajah dengan gadingnya ketika di Chiang Mai. Paling membuatkan saya sebak apabila melihat gajah pandai melukis dan menulis. Kalau nak tahu, papan di belakang saya yang tentera perkataan 'Rasa Halal Thailand' ini ditulis seekor gajah bernama Thongsa," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |